Tuesday, June 11, 2013

# Nota 47 ~ Soretan Sore

Bismillahirrahmanirrahim..






Di suatu petang,
Terdengar aku derapan,
Derapan apa itu,

---Jangan tegur orang sana bilang

Mungkin ilusi dan imaginasi aku sendiri,
Yang pasti,
Aku mahu aku berjalan di jalan itu yang satu,
Aku tidak mahu,
Aku diganggu,
Oleh jalan yang dua, tiga atau apa-apa sahaja.


Aku terdengar lagi

---- ish, jangan tegur!


Aku tidak mahu sesiapa pun mengawal aku,
Aku tahu aku perlu kawal diri aku,
Sebelum aku dikawal yang lain,

Jangankan yang lalu,
Yang masa kini juga belum tentu,


--jangan dikenang yang lalu


Aku bukan mengenang yang lalu,
Yang lalu itu aku,
Yang sekarang juga aku,
Pijaknya langit ini oleh aku,
Yang lalu dan yang masa itu,

Maka,
Aku masih yang sama,
Nanar dan samar mencari jalan.



Kita semua manusia yang sama yang ingin mencari tujuan dan arah tuju sendiri. Tuhan itu sendiri meminta kita sendiri yang mencari diri sendiri. Jangan pernah ada ruang yang gelap yang mempengaruhi arah tuju ini walau sekecil kuman itu.

Tapi kita kan manusia?

Siapa kita yang menidakkan lemahnya nafsu, bergegar nya iman, bila mana kita di duga rencaman jiwa dan raga. Maka,perlunya sokongan, untaian, rantaian yang penuh dengan mutiara kasih dan sayang yang berpandukan Dia yang satu.

Saya juga seorang yang sangat terhuyung hayang. Adakalanya baiknya seakan tidak mempercayai, adakah ini aku yang berbuat baik ini. Adakalanya jahat, seakan, mahu mengeluarkan segala nanah, kudis yang merasuki diri ini.

Sungguh pilu.

Aku mohon, aku menjadi yang biasa-biasa sahaja. Aku mahu menjadi seorang yang di tengah-tengah, yang mampu mendidik diri menjadi sesumpah, yang boleh bertukar warna, mengikut keadaan dan waktu.

Sesumpah yang baik. Baik sahaja.

Ohhh~ panjang hari ini aku sudahi dengan muhasabah diri aku yang kelam..





4 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

:)


Sabar itu nikmat :)

jom baca:_
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/06/ustaz-fawwaz-zubair-bin-awam.html

a said...

metafora sesumpah tu menarik! boleh kupas pjg lg hehe :p

Invisible Me said...

Ku juga ada keinginan untuk mengolah begini. Ada.

NA said...

Ya Kak Wina pun masih mencari diri. Sedih masih belum dapat faham sangat 100%.
Lama tak komen sini :)

-wina1979-