Bismillahirrahmanirrahim..
Mereka membesar bersama-sama ku..
Melihat dewasa ini..sama seperti ku..
MEnjadi manusia besar bersama sehingga ke hari ni..
Kini..
Sudah yang menjadi ibu dan bapa..
Belum campur yang sedang dikendong membuyong di perot si isteri..
Indahnya mereka..
Alhamdulillah..
Aku bahagia melihat mereka akhirnya menemui insan
yang menemani hidup mereka sehingga ke akhirnya..
InsyaAllah..
Kini..
Ada antara mereka..
Menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi.
Sarjana,
Doktor Falsafah,
Bukan calang-calang orang mampu memilih jalan ini..
Tetapi mereka ini,insan terpilih..
Menjadi peneraju ilmuan Dia..
Alhamdulillah..
Aku bahagia mereka membuat pilihan ini dalam hidup mereka..
Kerana mereka tahu di mana kehebatan mereka..
InsyaAllah..
Kini..
Mereka sudah berkerjaya..
Hebat-hebat belaka..
BErkerete megah menyusur dijalan raya (errrkk..macam lagu pulak..hehehe)..
Guru, doktor, Jurutera, Wartawan, Journalist, eksekutif, segala barisan terhormat kini menjadi..
Kalangan sahabat ku..
Alhamdulillah..
Aku juga bahagia, mereka akhirnya menemui..
Inilah hasil setelah berpenat lelah di menara gading..
InsyaAllah..
Walau aku masih disini..
Seakan tidak tahu bila aku akan tiba apa yang kan terjadi akan hidup aku..
Esok..
Esok dan esok lagi...
Tetapi aku bahagia melihat mereka bahagia..
Kerana, seolah dari jiwa ku, sudah menjadi cebisan bahagia buat mereka..
Alhamdulillah..
Manisnya bercinta dalam persahabatan..
Aku bahagia melihat engkau bahagia..
Berbahagialah sahabat-sahabat ku..
Semoga doa yang dikirim menjadi teman hidup mu..InsyaAllah ;)


Let's start again


