Friday, February 3, 2012

Bahagia dengan mereka


Bismillahirrahmanirrahim..





Mereka membesar bersama-sama ku..
Melihat dewasa ini..sama seperti ku..
MEnjadi manusia besar bersama sehingga ke hari ni..

Kini..
Sudah yang menjadi ibu dan bapa..
Belum campur yang sedang dikendong membuyong di perot si isteri..
Indahnya mereka..
Alhamdulillah..
Aku bahagia melihat mereka akhirnya menemui insan 
yang menemani hidup mereka sehingga ke akhirnya..
InsyaAllah..

Kini..
Ada antara mereka..
Menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi.
Sarjana,
Doktor Falsafah, 
Bukan calang-calang orang mampu memilih jalan ini..
Tetapi mereka ini,insan terpilih..
Menjadi peneraju ilmuan Dia..
Alhamdulillah..
Aku bahagia mereka membuat pilihan ini dalam hidup mereka..
Kerana mereka tahu di mana kehebatan mereka..
InsyaAllah..

Kini..
Mereka sudah berkerjaya..
Hebat-hebat belaka..
BErkerete megah menyusur dijalan raya (errrkk..macam lagu pulak..hehehe)..
Guru, doktor, Jurutera, Wartawan, Journalist, eksekutif, segala barisan terhormat kini menjadi..
Kalangan sahabat ku..
Alhamdulillah..
Aku juga bahagia, mereka akhirnya menemui..
Inilah hasil setelah berpenat lelah di menara gading..
InsyaAllah..

Walau aku masih disini..
Seakan tidak tahu bila aku akan  tiba  apa yang kan terjadi akan hidup aku..
Esok..
Esok dan esok lagi...
Tetapi aku bahagia melihat mereka bahagia..
Kerana, seolah dari jiwa ku, sudah menjadi cebisan bahagia buat mereka..
Alhamdulillah..
Manisnya bercinta dalam persahabatan..
Aku bahagia melihat engkau bahagia..

Berbahagialah sahabat-sahabat ku..
Semoga doa yang dikirim menjadi teman hidup mu..InsyaAllah ;)




13 comments:

anamizu kaito said...

kgkawan cik ana pon ramai yg dah btunang + kawen.. turn cik ana tah bile tah =P






luv,
cik ana

Ezad Skytech said...

seronok bila lihat kawan2 kita berjaya kan...:D

Si BuDaK KaChAk said...

seronok tgk kwn berjaya...tapi kdg terasa jeles...tapi bila dah jeles jgn la juthkn dia pulak tp kita patut berlumba utk jd lbih baik dr dia...hehehe

pndai wat ayat ala2 puitis ek??

nk mintak permintaan boleh tak??

fRaMe+LenSeS said...

nadh doakan mimi pn berbahagia. :D

Iffah Afeefah said...

orang puitis memang gni

harap opah pon akn jd cm mereka

Si BuDaK KaChAk said...

xnk...nk komen sni gk...hehehe

nk mintak tlg buatkan ayt khas untuk sy...

cerita dia pasal teringatkan ex dia yang sekarang sudah mempunyai teman baru

lepastu nekad xnak bercinta sekarang tapi nak bercinta lepas bernikah...


boleh tak agak2??takyah pnjg2 sgt2...

klu dah ada idea tu bgtau la...nnt sy bg email k??

Gen2Merah said...

masing2 ada rezeki tersendiri kan.. Insya allah diri kita pasti akan seperti mereka2 yang berjaya jua andainya kita berusaha utk mengubah hdup sedia ada.. amin

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

dont forget the root.. :D

♥ p a a n i ♥ said...

turn ko biler? :)

Mishter Izwän said...

dear my follower: new entry in my site, feel free to visit

http://speechless009.blogspot.com/2012/02/hacked-wireless.html

ghost writer said...

hebat dikelilingi oleh para sahabat yang hebat.

Kaca Lensa said...

xpe mie... bia lah lmbt asalkn ape yg akn ditemui kelak akn lebih baik dr org lain.. insyaAllah.. sme2 kte brdoa k adk kayu...

Anyyss Shuhaimi said...

ada jugak teman2 saya yang dah punya anak. ntw, betul kata akak.bukan calang-calang orang yang ambil sarjana dan PhD. mereka ni istimewa. punya kekuatan tersendiri