Thursday, February 2, 2012

bengkok ke lurus?

Bismillahirrahmanirrahim..


Adakah anda?
jejeeeengggg..


sukakan kehidupan yang lurussssss?

atau

yang bengkang bengkok?


ha, jawab jangan tak jawab!


1)LURUS
kemungkinan orang-orang ini tidak mahu langsung menjebakkan diri dengan masalah remeh-temeh ni, tetapi die seorang yang lebih jujur dan berterus terang.

orang-orang yang memilih jalan luruss ini juga mungkin agak sukar untuk mencuba sesuatu yang baru, takot2, sesuatu yang baru itu tak tertanggung dek badan, dek jiwa dan raga..

pendek cite, dia mang mahu kehidupan die straaaaaiighhhht je , no kona2,hehe. Dia mengharapkan juga ada la seorang dua untuk dijadikan tempat berpaut di tengah jalan.


Tapi dia juga ada menyimpan cita-cita yang tinggi untuk berubah menjadi seorang yang mampu keluar dari kepompong yang sedia ada.



2) BENGKANG-BENGKOK
ha...ni berbeda pulak dengan yang kat atas tu. Opkos la, apa juga yang di hadapan nye, dia kan redah, sama ada dia ragu2 mahupun tidak.

Dia memang sukakan cabaran, Dan akan sahut cabaran itu, Bagi dia, tiada masalah yang tiada penyelesaian, dan tiada yang mustahil untuk dilaksanakan.

Dan, otak dia agak putar belit jugak kekadang. Ini mungkin teknik dan skill untuk dia meloloskan diri dalam permasalahan yang rumit tumit ni.hehe.

So, kekadang agak susah untuk predict,apa next step orang-orang cenggini. Sebab otaknya memang kretip dalam menghadapi masalah.



So, di mana kalian?hehe ;p
Tak pe, kalau tak nak share pon, cukup untuk diri kalian tahu okeh? Mengenal diri ni penting untuk  tahu, di mana kita sebenarnya kan?

Lurus ke bengkang bengkok ke, bagi mimi ada lebih, ada kurangnya. So, jika kita dapati kita di mana-mana side sekalipun, kita tahu kita maju yang mana, kita kurang yang mana kan? So, kita sentiasa ada masa untuk ubah yang kurang tu, kasi mantoppp sikit ;)

Sikit-sikit, lelama jadi banyak kan?

Better tahu kekurangan diri dan ingin mengubahnya, daripada tak tahu langsung dan akhirnya SS= SYOK SENDIRI, dan mulalah, macam2 jadi kat diri kita.

jadilah manusia yang sentiasa ada perubahan ke arah yang lebih baik, setiap detik, walau perubahan itu sebesar hama sekalipun. Anda mampu mengubahnya!haha ;)




p.s: budak engineering nak amik master psikologi boleh tak?hehe ;p




21 comments:

cik najihah said...

idup sy pon x tau la lurus ke bengkok ke uhuhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

mana2 pon boleh..jnji kt pndai settle..InsyaALLAH..

..cik gugu.. said...

gugu nak jalan lurus tp seringkali tersalah masuk jln yg bengkang bengkok -.-

maszull said...

assalamualaikum mimi...walaupun jalan lurus tetap ada masalahnya dan jln yg bengkok pun ada masalahnya juga jadi kita kena juga hadapi kedua2nya walau jalan mana pun yg kita pilih...:)

syarifahsidrus said...

kalau tengah2 boleh? heee

mas saari said...

lurus pun ok, bengkak bengkok pun ok! jadi dapat hadapi hidup ini dengan cekal dan tabah..

Chegu said...

Idup pun susah, mati pun susah... Aiiiyaa!!!

Hehe, idup ni, kalo xde cabaran, x thrill la. Tp stiap masalh tu mesti kembali kpd islam, itu yg terbaekk

ShErA said...

selalunya kena jalan bengkang - bengkok... kadangkala pening juga nk selesaikannya...

.........cP~ said...

Saya memang macam si lurus. Sekarang pun susah hati, tak tau nak pilih jalan.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

sy suka lurus dan bengkang bengkok~

si kiut lavender said...

tatawlah hidup sya nih lurus atau bengkang bengkok...+_+

tapi,xpalah..janji bahagia..ngeh2..:)

KaK LimAh Si SupiR said...

kalo blh nk hidop senang memanjang..tp,mane mungkin kan

Kaca Lensa said...

ada sesetengah perkara mmg xpkir pnjg, ada sesetengah perkara kena pkir rumit cket mimi... huhuhu...
mehla amek master, sgt dialu-alukan.. bdk klas kte adala 1 2 org akn smbg blaja.. =)

Ujie said...

suka atau tak..jalan hidup mmg bengkang bengkok.
tapi tulah yg mewarnai hidup.

*boleh je amik psiko tu..sbb penting utk menghadapi hidup seharian. dulu akak pun ada hati nak sambung master psiko, tapi sampai skrg tak amik pun.

FasiHaH SupiaN said...

yg tak lurus tu lebih mencabar ;)


boleh je kak aimi!

qlah said...

herm.. yang tak menjebakkan diri dengan dosa :)

Lia Irdelia said...

lurus dan bengkok!!!

hehhe..

sambung master?..
wwwwaaaaa,, hebak!

Zahirah Dzulkifli said...

bengkok mungkin? Haha.

Bulan Syurga Firdausi said...

akal mampu bg solution..Allah Maha Tahu ;) mm lame nye ase x ziarah lily :) ziarah cni ye..

Suhaili Sarif said...

dua2 pun boleh.ikut keadaan..
cth lurus tu dr segi pakaian.xkan kot ikut trend2 skrg ni.hehe

bengkang bengkok lg byk especially kalau bwk kereta kak long suka tau banyak jalan even nk g tmpt yg same.even dr banting nk blik kl kak long suka try byk jln.hehe

Iffah Afeefah said...

entahla opah

rase2 opah kak ngh bengkok ke lurus eh

ps: psikologi? bolehhh..bole jadi kaunselor skola