Wednesday, February 15, 2012

roti canai 2 keping ke dhuha 2 rakaat?

Bismillahirrahmanirrahim..




Roti canai 2 keping ke dhuha 2 raka'at? 

ngeeeee..jawab jangan tak jawab? 

heeee.. Nampak cam tak bape kritikal je soklan ni, tapi sebenanye besooooo kesannya dalam kehidupan kita.

Caya ke tak caye?

Kalau kome diberi kesempatan untuk menilai dua orang yang melakukan 2 perkara ni pada waktu yang sama, kome cube lihat dari aspek kehidupan mereka. Yang mana satu yang lebih baik kehidupan mereka.

Tak pon, ce cube je.hehe.

Cuba apa, cuba dan teruskan sampai bile2, amal solat sunat dhuha ini. Asenye ramai kan yang dah tawu kelebihan dan keuntungannya bagi mereka yang melaksanakan solat sunat dhuha 2 rakaat ni.

Seperti mana, tuhan begitu mengingatkan manusia dengan masa dalam surah al-Asr, begitu jugalah Tuhan menonjolkan begitu kepentingan nya solat sunat dhuha dalam surah ad-Dhuha.

Dalam waktu Dhuha ni, antara waktu seusai syuruk sehingga la sebelom zuhur, ketika tu, kita perasan tak, waktu ini, kita rasa amattttt segar. Bertenaga. Buat kerja semua smooth je, time ni bagilah keje ape pon, semua dapat buat kan? ;)

Sebab itulah, waktu ini juga harusssss dimanfaatkan dengan bermunajat kepada-Nya. Tak susah pon, 2 rakaat je. waktu rehat kerja, setengah jam, kalau pi makan roti canai pon, sempat lagi nak solat sunat dhuha 2 rakaat kan? Yang paling panjang, 12 rakaat. Tapi bak kata ostad, tak kisah lah 12 rakaat ke, 8 rakaat ke, 2 rakaat ke, yang penting, kita buat atau tidak kan? ;)

Dengan melakukan Solat sunat Dhuha ini, Allah itu menjanjikan pemeliharaan kehidupan kepada kita.. "Kalau manusia yang jaga kita pon kita dah rasa senang, apetah lagi Allah." -------->ayat ostad tu..hehe..

Allah itu,Tuhan kita. Yang paling berkuasa sekali. Allah itu dah janji nak jaga kita. Subhanallah. Memang nikmat beso sangat dah tu kan ;)

Pemeliharaan ni, bukan setakat memberi kita rezeki,Dia memberi kita nikmat kesihatan yang baik, dengan kelapangan hati. Hati kita ase cukupppp je. Ase tenang je. Bila tengok slip gaji, "ohh, cukuplah untk kehidupan aku, alhamdulillah.." ----->ayat ostad tu.

sape yang tak nak ni, memang rugi. So, nak tak? kalau nak, jom kita mula nekadkan diri kita, disiplin kan diri kita, mencari sebuah rahmat Allah dalam waktu Dhuha ini. InsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan kalian ;))


15 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

kalau lapar makan roti canai 2 keping dulu baru buat dhuha :)

maszull said...

assalamualaikum mimi...moga sentiasa ada niat tu n teruskan melakukannya InsyaAllah ada ganjaran yg menanti...:)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

ok zuan baru tahu! thanks :D memang x prnah tau pn kebaikkan solat dhuha ni.. insyaAllah akan diamalkan :)

ShahzCudin said...

thanks ingatkan..

Kaca Lensa said...

err.. kritikalnya soklan ni.. =) Baik adik kayuuuuuuu..... haip2!!

Ct Aja said...

terbuka rasa hati baca entry ni...thanx aimi..

Cik Pulau said...

waaaa.. bagusnya.. mekaseh ingatkan.. heee~

biela bell said...

kan senang kalau makan roti canai 2 keping then wat solat dhuha.hehe

Bagus amalkan solat dhuha nie..pembuka rezeki..In Sha Allah :)

Iffah Afeefah said...

xbuat besenye

terase

mas saari said...

solat dulu pastu baru pekena roti canai... dua2 dapat!

Bidadari Syurga said...

mula berjinak2 kembali untuk dhuha sayang... lama tak jenguk...

syarifahsidrus said...

yeah. dhuha :D

littledolphin said...

dua-dua! hihi xD

Cikgu Ma said...

waaa...teringat wall post saya semalam...berjam-jam ngadap FB, twitter, blog bagai, dhuha 3min tak ramai dapat buat..paddahal, pahala dia, masyaAllah...

A retarded kitty said...

pernah buat sekali je*malu*