Friday, February 17, 2012

al-Mulk

Bismillahirrahmanirrahim..




Seorang lelaki telah meninggal dunia dengan hanya berbekalkan surah Al-Mulk yang diamalkannya selalu,dijaga, dan dipelajarinya. Maka, datanglah seorang malaikat dan berkata pada surah itu,


"Sesungguhnya aku tidak mahu menyusahkan kamu (surah Al-Mulk) dan jika kamu ingin memberi manfaat kepadanya (si mati), maka temuilah ALLAH.."


Maka, surah itu menemui Allah S.W.T, lalu berkata,


"Wahai Tuhanku, si mati ini telah memilih aku, membaca,mempelajari dan mengamalkan aku,wajarkah Engkau membakarnya,walhal aku ada di dalam dadanya? Maka jika demikian,padamlah aku dari kitab-Mu.."


Maka Allah S.W.T berfirman,


"Pergilah, sesungguhnya Aku memberi dia kepada kamu, dan kamu menjadi shafa'at kepadanya.."


Maka, selamatlah si mati itu..




p.s : Menjumpai kisah ini dalam tafsir Al-Quran yang telah digunakan sejak form 1 lagi.. (errrr. ni mesti salin kat suro mase waktu halaqah al-Mulk waktu kat asrama dulu..ngeeee).

Kesimpulannya, subhanallah.. Maha Suci Allah. Begitu Al-Mulk ini melindungi pembaca nye kan? Kalau nak diikutkan,surah yang mengandungi 30 ayat ni, tak delah lame mane pon nak dibaca nya..Antara nak dengan tak nak je.


Mana nak lawan nafsu titon lagi..nafsu nak tengok cite lagi kan.. termasuklah tuan yang menaip entri ni, huuuu.. Seingat dulu, masa kat sekolah, ari2 bace sebelom titon..Sekarang? huu..malu asenye dengan diri sendiri, apetah lagi dengan tuhan.. =.=


Ase nak mule berjinak2 balik, mendisiplin kan diri, sebelom titon, bace al-Mulk. Al-Mulk yang mengandungi sejuta rahsia kemuliaan Allah  S.W.T, kekuasaan Allah S.W.T, dan kasih sayang Allah  S.W.T itu.. ;)


Jom kawan2, kite sesame bace eh.. kalau ase tak leh nak buat ari2, ce buat seminggu sekali ke selang2 ari ke ..  Lelame, kita mesti ase cam janggal bile tak buat, sebab apa? Sebab keindahan ayat Al-Quran itu macam seolah-olah dok panggil2 kita pi baca dia. Ase cam tak lengkap hidup tanpa dia.


Eh..panjang pulak p.s ari ni..kikiki..soweee kawan, terbagi ceramah pulak..hee.. Semoga dengan menulis ni, mampu remind back di mana kita berada sekarang.. InsyaAllah.. Dah terasa mata dan kepala lalokkkk, sommm titonnnn, nunite! ;)





12 comments:

Tasha said...

kena amalkan..kwn tasha kat matrik ade ckp, hehe

Gen2Merah said...

wah ye ke.. saya pun baru tau ni.. insya saya akan amalkan... thanx ya sharing

.........cP~ said...

Terketuk hati.. malu rasanya. ini peringatan yang baik.

biela bell said...

erkkk..betul tu..dulu sebelum tido mesti baca al-Mulk berjemaah dgn kwn di asrama..hehe..
Surah nie mmg perlu diamalkan sbb ia byk membantu kita nanti.Allah~

Naniey TJ said...

setiap surah dlm al-quran ada fadhilat dan manafaat nya... klu nk, kne rjin amalkan... bce quran blh elak pnyakit nyayuk tau...

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

insyaAllah akan diamalkan :)

thanks for the info :D

fathiahRAIHANA said...

dok asrama mbuatkan al mulk ni lekat dalam kepala, dan tak selesa kalo tak baca tektiap malam mcm dlu --"
hehe.

Ct Aja said...

suke singah sini, byk ilmu...akak pun baru tau jek, mekasih aimi

mas saari said...

bagus surah al-mulk ni, selalulah amalkan..

faridah nazurah said...

heee masa time asrama dlu wajib baca ramai2..bila dh baca tu rasa tenang je masa nak tido

Iffah Afeefah said...

mmg tapi kan liat sgt nk bace quran kan


ps pjg beno

maszull said...

assalamualaikum mimi...n3 yg best gak...:)