Friday, February 17, 2012

siNar itu..

Bismillahirrahmanirrahim..




kenapa aku masih di sini..
Kenapa aku masih belum punyai apa-apa yang aku hajati..
Kenapa aku dilontarkan dengan kehujanan yang penuh kegelapan ini..
Kenapa seolah jauh untuk aku melihar sinaran cahaya untuk diri aku ini..
Kenapa..
Kenapa..


di suatu sudut yang lain..


ada suara lain yang datang menyapa lalu menjawab..




Saudara ku..
Usah ditanya kenapa..
Usah ditanya dengan soalan-soalan yang sudah pasti tiada ketemu jawapannya..
Hakikatnya, kau memang tahu, kau tidak akan ketemui sinar itu..
Andai kau terus masih berteka teki, bersoal jawab dengan hati mu..


Sinar itu bukan untuk dihajati..
Sinar itu bukan untuk disoalkan..
Akan tetapi..
Sinar itu untuk dicari..
Sinar itu untuk dipelajari..
Sinar itu untuk dituntuti..
Sinar itu untuk dibela..
Sinar itu untuk diperkasakan lagi luar dalam hati ini..
Sinar itu untuk kamu..




Jika kamu terus mengeluh sebegini..
Sinar itu pasti menjauh..menjauh dan meninggalkan kamu sendiri..
Adakah kamu mahu sinar itu pergi tiada kembali?
Pasti tidak..
Kerana sinar itu yang teramat kamu hajati..


Tugasnya kita ini, untuk mencari, mencari, mendalami, menguasai sinar itu, terus dan terus selamanya sehingga waktu itu nanti..
Tiada gunanya, hanya mengeluh, menadah tangan, bagai mengharap bulan jatuh ke riba, jika harapan itu hanya tinggal harapan. Harapan yang kosong, yang tiada setitis pun isinya..


Harapan yang penuh kepalsuan yang meniti berbicara pantas di bibir.. 
Kembalilah kita ini kepada fitrah-Nya..
Untuk apa kita hidup..
Kenapa kita hidup..
Bagaimana aku mahu terus hidup dengan sinar yang sentiasa memayungi tiap derap langkah ku..
Adakah masih ruang-ruang, celorong-celorong masa untuk aku masih sempat mencari sinar itu..
Semoga kita semua menemui sinar itu..dan terus menjadi lembayung cinta kita buat Ilahi..


9 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

jangan hanya mengeluh, truskn usaha ;)

Si BuDaK KaChAk said...

usahalah smpai berjaya...

=)

fRaMe+LenSeS said...

kalau kita usaha mesti boleh, Mimie, PM nadh kat pesbuk sat. nadh ada tag sesuatu kat kamu. p tgk tau

Gen2Merah said...

keluh dan kesah hanya menjauhkan kita drp rahmat daripada Nya..

fathiahRAIHANA said...

moga tujuan hidup tak lari, nak mencari cahaya cinta Ilahi :)

Mishter Izwän said...

New Look new entry, feel free to visit
http://speechless009.blogspot.com/2012/02/design-review-presentation.html

mas saari said...

moga sinar itu menerangi kegelapan..

Iffah Afeefah said...

niran mentari pun menyinar

walaupun tika hujan

kerna itulah aturanNya

maszull said...

assalamualaikum mimi...teruskan usaha agar temui sinar yg indah nanti...:)