Tuesday, February 14, 2012

Abu laHab

Bismillahirrahmanirrahim..



Abu lahab.

Kenal tak sape Abu Lahab? ce citerrr..ce citerrr?heeee.. Sempena dengab maulud nabi Muhammad s.a.w dan rentetan dari Al-Kuliyyah pada hari Jumaat, 10 Februari 2012, cite Abu Lahab ni, mang sesuai untuk kita jadikan pengajaran kehidupan kita sekarang ni.

Abu Lahab, atau lebih kite kenali, pak sedara Nabi Muhammad s.a.w ini, merupakan seorang riang gembira, sampai buat kenduri kendara sempena dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Begitu dia terlalu seronok dengan kelahiran anak sedara lelakinya.

Tetapi kegembiraan ini, hanya tinggal kenangan, apabila Nabi Muhammad mula menyeru semua kaumnya, meninggalkan agama2 terdahulu, sembah berhala dan sebagainya, dan mula untuk menganut Islam,mengenal iman dan mempercayai Allah itu lah sebaik2 pencipta kita..

Abu lahab ini cam tak puas hati. Cam ase ape yang nabi cakap, sume bercanngah dengan kefahaman yang dia amalkan sebelom2 ni. Dia macam tak boleh nak terima segala kebenaran yang nabi bawa untuk semua ummah.. Dia pun mula untuk membengkang bengkok kan dakwah Nabi. Mula untuk menghasut kaum2 Quraisy supaya tidak mempercayai dakwah Nabi Muhammad s.a.w.

Sampailah Allah sendiri menjawab segala ketidak puas hatian Abu lahab dalam surah Al-Masad. Subhanallah ;))

Cuba kita lihat, betapa bapa sedara nabi itu sendiri, yang kemain gembira menyambut kelahiran nabi, sanngup dan berusaha memesongkan ajaran yang sebenar2 ajaran yang diwahyukan kepada baginda untuk semuanya. Hebat nye la dugaan Nabi itu, lebihhhhhhh sangat dari kita yang dibawah-bawah ni..

nak ke kita jadi macam abu lahab?

kekadang kita menyanjung, menghormati orang yang menyampaikan kebenaran, dkawah,sekian sekian sekian, tapi dalam sedar kita menjadi duri dalam badan orang itu sendiri. KIta tidak mempedulikan seruan2, dakwah2 orang sekian2.

Kalau setakat tak peduli, hanya menjejaskan diri sendiri tu, tak pelah jugak. Ni pi sebar pulak yang bukan2 kat orang lain. Ni dah membabitkan kefahaman, iman orang lain. Tak ke kita dah sedikit2 mengikut jejak langkah abu jahal?

Minta jauhhhhh la sangat semua ni kan. Cuba hadirkan diri, dekat2kan diri kita mengenali, memahami segala kebenaran tentang agama kita, Islam itu sendiri. Apabila hati kita sendiri mula menjauh dan menjauh dari rasa suka untuk mendalami ilmu Islam, sejarah perjuangan nabi2 kita dahulu, tidak mustahil hati kita makin gelap, gelap dan terus hilang di balik pertimbangan diri sendiri..

Azabnya?

Takot jugak bila dengar ostad cite, Abu Lahab meninggal dalam keadaan yang bangkai mayatnya busuk sekali, anak dia sendiri pon tinggalkan dia, dan akhirnya terpaksa menyelenggarakannya dan membuang abu lahab di padang pasir, dan melontarkan batu dari jauh ke atah mayat abu lahab itu.

Nak ke kita jadi macam tu?.. Nauzubillah.. Minta jauhh sangat. Abu lahab, pembesar Mekah, orang terkenal, menyambut maulud nabi, gembira dengan kelahiran nabi Muhammad s.a.w itu, tetapi akhirnya menentang baginda rasulullah sendiri dalam urusan kegiatan dakwah, akhirnya di balas dengan kematian sebegitu rupa sekali..huuuu..

Begitu besar azab yang Tuhan turunkan bagi orang yang mengganggu, menghina, memcaca marba segala urusan-urusan dakwah agama-Nya itu.. janganlah sekali2 kita mengikot jejak langkah abu lahab ni kan. Semoga Allah itu selalu memelihara hati dan diri kita..insyaAllah ;))



p.s: otoooopublissshhh ;)


11 comments:

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

semoga dengan apa yg ditulis didalam entry ni akn menjadi peringatan kepada semua umat islam..

reena blogwalking sini...kalau rajin jenguk la my blog..dan follow me sekali =)

nuyui a.k.a miss YUI said...

renungan bersama ni..

[sutera kasih] said...

nauzubillah..jauh2 drpd berperangai mcm abu lahab huhu

biela bell said...

sama2lah kita ambik pgajaran dari kisah abu lahab nie..

ShahzCudin said...

jdkn pengajaran..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

nice story.. banyak pengajaran.. harap tak sesat jalan :)

syakey said...

Allah sentiasa menjanjikan balasan yang setimpal...

Rapunzel Cikilolo said...

abu lahab. emm teringat surah la...

Lia Irdelia said...

zaman sekarang pun ada yg berperangai mcm abu lahab tuh..
huuhuhh

*minta dijauhkan..

ShErA said...

berdoa semoga kita tidak menjadi seperti abu lahab...

Iffah Afeefah said...

xmau2

opahhh sygggg