Thursday, June 30, 2011

yes saya maw itu!

BiSmillahirrahmanirrahim...




ye2, saya maw yang itu....! plissss.....









naaaaaak!





*okeh tengah berangan yg kat dalam tu cek mimito,kiki*








waaaaa! bole tak sape2 bagi saya mende-mende ni skrg!huuuuu, naik sekali pon jadilah,kiki =.<







lessOn 11 ~ SpeCial EdiTion~

BIsmillahirrahmanirrahim





Abi MuslimAt-tighlibi r.a. meriwayatkan:
"Sekali aku pergi menemui Abu Umamah (r.a) tatkala beliau berada di dalam masjid. Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda bahawa apabila sesaorang mengambil wudhu' dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya, Allah s.w.t. mengampun segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak kearah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinga yang mendengar berita-berita maksiat. Jawabnya, "Demi Allah, daku mendengar perkataan-perkataan ini dari Rasulullah s.a.w berkali-kali."


sempena dengan kehadiran Israk Mikraj yang diraikan setiap tahun untuk sekalian mukmin, insyaAllah , bersama-samalah saling mengingati antara satu sama lain dengan tonggak ISLAM itu sendiri, kunci kejayaan ISLAM itu sendiri, pencetus idea-idea mukmin itu sendiri dan perkara yang menjadi MAIN POINT utama dalam peristiwa Israk Mikraj adalah :

SolaT

Sesungguhnya di angkat Rasulullah SAW dengan kehebatan ALLAH S.W.T itu, adalah untuk membawa perkhabaran buat semua umatnya mengenai kewajipan solat 5 waktu ini.

Moga, kita tidak alpa dengan kewajipan ini ye kengkawan!


SALAM ISRAK MIKRAJ!


dupdap

BIsmillahirrahmanirrahim..






anak tangga tidak pernah berkurang, cuma langkah sahaja yang mahu ke belakang
naik atau turun


wish me luck!


insyaAllah

^___________________^

Wednesday, June 29, 2011

lessOn 10

BISmillahirrahmanirrahim..


sajian ingatan untuk hari ini adalah:

http://puteriaishah.tripod.co




tiap yang dilakukan , sama ada mahu atau tidak, sudah semestinya, mahu untuk dipermudahkan tiap detik yang berlalu itu.

ALLAH yang maha Mengasihani itu selalu mendengar kata-kata hati hambanya, maka, doa ini molek diamalkan bagi meringankan apa jua yang dihadapi

InsyaAllah,pasti ada jawapan nya.

YAKIN!





can i

BIsmillahirrahmanirrahim..







can i have superman rite now?

plisssss!


T______T

i really need superman rite now~

Tuesday, June 28, 2011

CoP MoHor = AKu ciNta PadaMU

Bismillahirrahmanirrahim..





kikiki...apelah saya merepek ni kan. Ni adalah kesan-kesan or tanda-tanda orang yang semakin x tahu nak buat apa dalam masa terdekat ni...ish3, teruk bebeno dah  aih.. 0.0

COP

atau dengan nama lain, ala, yang kalo kita pegi pejabat pos, yang die punye pekerja dok tumbuk-tumbuk kertas guna bende gemok tu.Ha..tulah cop,kiki
*okeh, dah banyak sangat makan kaki ayam ni..ish3*


AKU CINTA PADAMU

takkan x taw kot, kiki, dalam eti kata lain:


I love YOU (ENGLISH)

Saranghae난 널 사랑해(KOREA)

Wo ai ni (MANDARIN)

te quiero (SPANISH)

mahal kita (FILIPINE)

P̄hm rạk khuṇ (THAI)


私はあなたを愛して = Watashi wa anata o aishite (JAPAN)

eu te amo (PORTUGESE)




Okeh, sumber adalah Google Translate, boleh cuba lagi, dengan belajar cara sebutan ye, hihi
=.<'







"He who has never experienced hurt, cannot experience true love"Tristan J. Loo




p/s: dedicated to you ~ ^_^

lessOn 9

BIsmillahirrahmanirrahim..



doa hari ini:

       


Surah Al-A'raaf, ayat 51


Semoga hari-hari sahabat ku, sentiasa di kasihani-Nya, insyaAllah


^______________^



HaVe a Bless Day!


*bole x nak beli obo chan lagi, huuu T__T *


al-'ajalah VS al-anah

BIsmillahirrahmanirrahim..



"mimi! ce jangan kalut..tenang, ya ampun..apolah ai...relax...sume tu bole setel k.."

"kamu tu..kelam sangat....dompet depan mate je ha tu..."

"ha...kan sape suh gelojoh dah tercekik tulang...adohai.."


hehehe, tulah antara dialog2 saya, yang selalu gak la terkeluar dari mane-mane corong radio hidup, kiki..mimi2..aduhai...Jangan contohi itu ye kawan2 saya.


Daripada Sahi bin Saad al-sa'di, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, membawa maksud: "sikap bertenang adalah dari Allah, dan sikap tergesa-gesa adalah dari syaitan."
(Riwayat al-Tirmizi no.2144)

Jadilah al-anah(bertenang) perisai perilaku, jauhilah al-'ajalah(terburu-buru) dalam tiap tindak tanduk itu, insyaAllah, *peringatan diri sendiri yg selalu kelam kabut, ish3*

sahabat Nabi, 'Amr bin al-'Ash pernah beucap: "Seseorang akan memetik buah penyesalan dari sikapnya yang tergesa-gesa.."

so! owes keep coooooool bebeh!
ngeee :D








Monday, June 27, 2011

Qanaah la MiMi!

BIsmillahirrahmanirrahim..


Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, curahkanlah waktumu untuk beribadat kepada-Ku, akan Kupenuhi hatimu dengan kekayaan, Aku beri keberkatan pada rezekimu dan Aku semayamkan rasa tenteram dalam dirimu. Jangan lalai daripada mengingat-Ku; jika engkau leka dan lalai, maka Aku akan penuhi hatimu dengan kefakiran, jasadmu sentiasa merasa letih dan penat dan dadamu berdukacita.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali


akhirnya, berakhirlah penantian ku sebagai mahasiswa UTM skudai. Alhamdulillah atas rezeki ini, tak sabo asenye nak jumpe sumee kengkawan untuk menerima "HASIL TITIK PELUH" ini, dengan redha Allah S.W.T, insyaAllah

^_____^



*mode: cepatlah bulan 9, plissss, 3 in 1 nih..kiki*



Sangat bersyukur dengan rezeki ini. ..So, next step, sile BERLIPAT2 ganda usaha anda sebaik yang mungkin untuk dunia baru anda ye cek mimi 
=.<

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Sesiapa yang redo akan bahagian yang telah Ku-tetapkan baginya, maka aku beri keberkatan pada harta dan rezekinya; dunialah yang datang mengerjakannya, meski pun ia tidaki menghendakinya.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali 


Alhamdulillah tidak pernah lelah..

^_________________^


roTi kaweN

BIsmillahirrahmanirrahim..

 tetiba nak peeling pagi-pagi..heeee

kekadang kan..rasa nak tengok je ragam ataupun apa yang berlaku di sekeliling orang ramai, terutamanya kawan-kawan sendiri... Makan apa, buat apa, sihat ke tidak.. Sampai satu tahap nak tahu keadaan semua kawan-kawan. ..InsyaAllah, Lillhi Ta'ala, hanya mahu tahu keadaan kawan, hanya mahu meng applykan "Sharing is Caring" untuk setiap insan yang menjadi kawan saya. Saya mahu menjadi "Sahabat" bukan sekadar kawan mereka.

 Kadang-kadang rasa sayu, kawan yang dulunya bagai RAPAT macam roti kawin OLd Town tapi sekarang dah macam Kota Kinabalu dengan Perak jauhnya. Sangat Sedih T__T. Begitu mudah ka kehilangan seorang kawan ? Masih tiada jawapan untuk itu. Entah di mana silapnya, masih mencari-cari di merata ceruk buku, internet, meminta pandangan kawan yang lain, ingin tahu, kenapa jadi begitu. 

Saya masih belom menjadi KAWAn yang baikkah? ya..saya tahu, saya masih lagi MANUSIA. MANUSIA sememangnya sebaik-baik makhluk ciptaan Ya RAHMAN Ya RAHIM itu, yang bertindak beralaskan anugerah akal, ya,nikmat itu khas untuk manusia sahaja...tetapi bila ia bertindak mengikut kata hati yang jauh tepesong, maka zrupppp, musnahla semua..*nauzubillah*

Bilaman cakap MANUSIA sudah azalinya Not perfect, melainkan rasul junjungan kita, Nabi MUhammad, SAW, sebaik-baik Manusia itu. Subhanallah..

Setiap hari, cuba mencipta sebuah kebaikan untuk orang lain, membuat suatu perkara untuk orang lain dan diri sendiri semata-mata untuk meraih kembali kejauhan yang barangkali diciptakan diri sendiri. Kadang-kadang, usaha untuk meramahkan mulut, memaniskan bicara, mengulurkan salam, tetapi tiada jawapan di pihak sana. T___T, salah ke ape yang saya buat ni? Masih mencari jawapan itu. 

Tiap kali terjadi seperti itu, cepat-cepat menjauhkan diri dari "PAKCIK" dan "MAKCIK" yang mungkin membawa saya ke dunia negatif. Sedaya upaya berfikir +ve:

 "oo..mungkin die sibuk ni..." 
"emm..mungkin line internet kat sana x bagus kan..so lambat la reply.."
 "sakit kot..yela..cuaca x menentu kan.." 
"ye x de mood kot, x pelah, nanti oklah tu..".

 Dok berteka teki seorang diri, memujuk hati supaya tidak bersedih..

Mudah-mudahan, saya jumpa jawapan itu. Kalo ada yang tahu jawapannya, sile la bagi tawu saya ye.. Saya sangat mengharapkannya, kot2 ada silap terdahulu yang tersalah pandang, yang mungkin  buat tapi  tak ingt, plz remind me kindly frens.. I need U oll ..really2 need~




yes..me too! i need friends~ miiss u oll~


*Ya Allah, moga hati ini masih di berikan peluang untuk merasai kemanisan bersahabat itu, Ya Allah, tautkan hati-hati kami dengan cinta-Mu, agar kami terus saling mengingati kerana-Mu ya Rabb..berilah kekuatan pada hati kami untuk terus mengikat kasih ini demi-Mu ya Rahman ya Rahim...*





lessOn 8

BIsmillahirrahmanirrahim..





Dari Aisyah r.a : “Bersabda Rasulullah s.a.w kepadaku pada suatu hari: “Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?” Aisyah berkata: “Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku berpuasa”.
(Muslim)


So, today's lesson is about fasting or nama lainnya, PUASA. Sebabnya hari ini, insyaAllah saya akan berpuasa julung-julung kalinye setelah sekian lama tak berpuasa di Kota Kinabalu *huuuu, boleh buka awal, ish2..apo nih* heee =.<
 al-sebenarnya, banyaklah fadhilat2 puasa di bulan rejab dan sya'aban ni. Sedikit sebanyak dapat melatih diri untuk berpuasa selama sebulan pada Ramadhan yang mulia nanti. Sesungguhnya, puasa mengandungi 1001 hikmah =.<


Cuba dulu, baru tahu!
>_______________<

JOm pose sesame eyh!




*mimi, sile jangan berangan makanan yang sedap2 hari ini, ~ ups, no tepetal menulah today..kikiki*


Happy MOndaY !

lupe Nak ciTe

BIsmillahirrahmanirrahimm....




heeee, sebenarnye nak tulih entri ni semalam sebab pekara ni berlaku semalam



tapi


apakan daya, cek lappy ini telah dikatop terlebih awal, makanya tepaksa la di updated sedikit lewat daripada hari kejadian..

ngeee, tak pelah,asal dapat berkongsi, kikiki =.<


so, menu tepetel hari ini, ups, hari semalam ye:



KEBAB DAGING ERSHADIAH
*heee, memandai jek boh name, sebab resepi adalah hak milik ersha,kiki*





tadaaaa!

ni adalah inti dagingnye, rotinya x dapat diambil gambarnye sebab dah selamat masuk dalam peroooot, heee! ups~ dah makan baru teringat nak snap gambo, huu.. sorry eyh!

tanx ershadiah 4 the recepi!

my sistar LOVE dis bery muchi2

^_____________________^

Sunday, June 26, 2011

lessOn 7

BIsmillahirraHmanirrahim...





Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim


maka, bersama-samalah menikmati kegembiraan dan tidak lupa untuk terus memberi kegembiraan itu kepada setiap hati-hati yang sedang melangkah dengan redha Allah S.W.T itu =.<

insyaAllah Allah yang Maha Pengasih itu akan sentiasa memudahkan urusan hati-hati mereka ini..







taddaaaaa!

today got new bOOk

bOOk yang comei dan isi kandungan nye pun agak comei la, so, nanti kita bedah buku ini step by step eyh!


HappY SundaaaaaaaY 
*.....cone,kikiki*

lessOn 6

Bismillahirrahmanirrahim..






Sesungguhnya Allah Tunggal (Esa) dan suka kepada yang ganjil (bilangan yang tidak genap).
(HR. Tirmidzi).


so aFdalnya, segala tindak tanduk dilakukan dalam kiraan ganjil. Antara yang saya tepikir sekarang:

wudhuk- 3 kali setiap anggota
makan kismis-dalam kiraan ganjil
 pe lagi ek..
sunat bagi salam- 3 kali

emm...sumelah pape yang berkenaan..ngeee ;D




*x paham ape motif boh nombor 9 ni..hehehe*