BIsmillahirrahmanirrahim..
tetiba nak peeling pagi-pagi..heeee
kekadang kan..rasa nak tengok je ragam ataupun apa yang berlaku di sekeliling orang ramai, terutamanya kawan-kawan sendiri... Makan apa, buat apa, sihat ke tidak.. Sampai satu tahap nak tahu keadaan semua kawan-kawan. ..InsyaAllah, Lillhi Ta'ala, hanya mahu tahu keadaan kawan, hanya mahu meng applykan "Sharing is Caring" untuk setiap insan yang menjadi kawan saya. Saya mahu menjadi "Sahabat" bukan sekadar kawan mereka.
Kadang-kadang rasa sayu, kawan yang dulunya bagai RAPAT macam roti kawin OLd Town tapi sekarang dah macam Kota Kinabalu dengan Perak jauhnya. Sangat Sedih T__T. Begitu mudah ka kehilangan seorang kawan ? Masih tiada jawapan untuk itu. Entah di mana silapnya, masih mencari-cari di merata ceruk buku, internet, meminta pandangan kawan yang lain, ingin tahu, kenapa jadi begitu.
Saya masih belom menjadi KAWAn yang baikkah? ya..saya tahu, saya masih lagi MANUSIA. MANUSIA sememangnya sebaik-baik makhluk ciptaan Ya RAHMAN Ya RAHIM itu, yang bertindak beralaskan anugerah akal, ya,nikmat itu khas untuk manusia sahaja...tetapi bila ia bertindak mengikut kata hati yang jauh tepesong, maka zrupppp, musnahla semua..*nauzubillah*
Bilaman cakap MANUSIA sudah azalinya Not perfect, melainkan rasul junjungan kita, Nabi MUhammad, SAW, sebaik-baik Manusia itu. Subhanallah..
Setiap hari, cuba mencipta sebuah kebaikan untuk orang lain, membuat suatu perkara untuk orang lain dan diri sendiri semata-mata untuk meraih kembali kejauhan yang barangkali diciptakan diri sendiri. Kadang-kadang, usaha untuk meramahkan mulut, memaniskan bicara, mengulurkan salam, tetapi tiada jawapan di pihak sana. T___T, salah ke ape yang saya buat ni? Masih mencari jawapan itu.
Tiap kali terjadi seperti itu, cepat-cepat menjauhkan diri dari "PAKCIK" dan "MAKCIK" yang mungkin membawa saya ke dunia negatif. Sedaya upaya berfikir +ve:
"oo..mungkin die sibuk ni..."
"emm..mungkin line internet kat sana x bagus kan..so lambat la reply.."
"sakit kot..yela..cuaca x menentu kan.."
"ye x de mood kot, x pelah, nanti oklah tu..".
Dok berteka teki seorang diri, memujuk hati supaya tidak bersedih..
Mudah-mudahan, saya jumpa jawapan itu. Kalo ada yang tahu jawapannya, sile la bagi tawu saya ye.. Saya sangat mengharapkannya, kot2 ada silap terdahulu yang tersalah pandang, yang mungkin buat tapi tak ingt, plz remind me kindly frens.. I need U oll ..really2 need~
yes..me too! i need friends~ miiss u oll~
*Ya Allah, moga hati ini masih di berikan peluang untuk merasai kemanisan bersahabat itu, Ya Allah, tautkan hati-hati kami dengan cinta-Mu, agar kami terus saling mengingati kerana-Mu ya Rabb..berilah kekuatan pada hati kami untuk terus mengikat kasih ini demi-Mu ya Rahman ya Rahim...*
No comments:
Post a Comment