Thursday, June 23, 2011

lessOn 4

BismillahirraHmanirraHim..



Sebelom berceloteh dengan lebih hebatnya, saya ingin memberi peringatan:


SILE PANDANG KIRI DAN KANAN eyh  
^_______^



Nape, nape perlu nak pandang kiri dan kanan? Sebab mak kite dah ajar kite dari kecil, sebelom lintas jalan, pandang kiri dan kanan. Begitu kah?
Ye, mang tepat, dai kecil, diasuh supaya berhati, sebelum melintas jalan, jengah dulu kepala di bahu jalan, tengok, kiri kanan, ada kereta ke tidak,jika tiada, barulah melintas kan.

Tapi, kenapa bila dah besar, sume lupe ajaran mak tu? Aiii...itulah hakikatnya manusia itu harus saling mengingati, mesti Istiqomah dalam apa jua kebaikan yang dilakukan.
Walaubagaimanapun, bukanlah nak bercakap panjang lebo pasal jalan nih, tapi analogi di sebalik toleh kiri dan kanan sebelom melintas. 

Perasan ke idok?heeee, okeh, nak cite la ni. Yang sebenarnya, sila ambil perhatian di sekeliling anda sebelum anda mahu melakukan ape pon. In another words, avoid to be "SELF-FISH"


Dari Abu Hurairah ra katanya; bersabda Rasulullah SAW : “Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at (sumpah setia) pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah)”. (Muslim)


Of cosla, kalau tanya sesiapapun, semestinya x mau tergolong di dalam golongan-golongan yang tidak mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat. Tujuan amalan yang dilakukan di dunia semata-mata hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T di akhirat nanti. So, teramatla rugilah kita mengerjakan segala amalan kewajipan, amalan fadhu ain, tapi masih menjadi orang yang bongkak, sombong, tidak mempedulikan orang lain, mementingkan diri sendiri untuk kesenangan diri sendiri sahaja. 



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”
 
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Yang sebenarnya, hari-hari saya berasa pelik dan kasihan dok tengok mak saya bebel ari-ari. Sebab apa?


Sebab sikap mementingkan diri sendiri wara rakyat jelata yang dok kat area perumahan yg kami menetap sekarang. Sudah sedia maklum, persekitaran kawasan apartment bukanlah macam padang bola, luas terbentang. Adalah cenonet, ngam-ngam untuk kereta parking di tempat yang disediakan.

Walaubagaimanapun, atas sikap mementingkan diri yang semakin menebal setiap hari utk sesetengah warga rakyat jelata ni, deme main suke hati je park kete sampai boleh membentuk seperti jahitan silang pangkah..aiyaaak...dan yang paling geramnya, sehingga menyusahkan orang lain yg pun dok menetap di kawasan yang sama. Tidak fikir kah mereka yang kemungkinan orang lain akan mengalami kesukaran setiap hari? Orang yang rushing nak pegi keje awal pagi? Nak hantar anak sekolah dan lain-lain lagi. Mereka yang Suke hati ini, dok sedap lena di katil, sedangkan orang lain tercungap-cungap.

Aiyoooo, nilah susahnya menghadapi kejiranan yang agak tidak bertimbang rasa dengan orang lain. Nah, berpanjang lebo pulak saye mengomel ye, hiihi, Bukan ape, menyuarakan rasa hati yang mungkin orang nampak temeh tapi andai dibiar tumbuh meliar di dalam hati rasa "SELF-FISH" tu, alamatnya, robohnya tiang-tiang rumah ni sat gi.

Ini peringatan untuk diri saya sendiri juga supaya selalu toleh kiri dan kanan. Kalau boleh depan belakang sume perlu ambil port gak eyh =.<

uhuuuuussss..hehe









Have a Nice ThursdaY

^_______^


No comments: