Thursday, October 16, 2014

# nota 2014 (40) ~ Allahu

Bismillahirrahmanirrahim..





dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
semoga Allah terus disisi kita ini,
dan -- ya,
Allah takkan sekali jauh dengan kita,
yang hanya sebahagian penciptaan-Nya,

Bergelumang puting gasar sekalipun jiwa ini,
moga Allah jadikannya kekal bernadi,
sehingga waktu diangkat pergi..

Mohon secebis lagi sisa waktu ini, tuhanku,
Allahu ~






Monday, September 8, 2014

# nota 2014 (39)~ ayuh kita?

Bismillahirrahmanirrahim....

Jauh mata merendahkan redup pemandangan yang kian kabur ini..
Berkubur harapan yang satu..
Bangkitlah melawan nafsu ..
Jadikan ini tulang belakang mu..
Ayuh kita?

Thursday, July 3, 2014

# nota 2014 (58) ~ Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim. ..


Menerima terlalu banyak complain
Membuatkan diri ini terlalu rasa muak dan tepu :'(

Adakah diri ini terlalu teruk
Atau
Tidak menyedari keadaan sebenar apakah yang sedang berlaku?
:'(

Ini juga dugaan ramadhan. .
Teruskanlah menatang hati ini bagai tiada akan datang lagi esok hari..

Salam ramadhan kalian --

Sunday, June 22, 2014

# nota 2014 (57) ~ manusia

Bismillahirrahmanirrahim. ..



Jadilah kita ini manusia
Tidak tinggi daripada langit
Tidak dimamah isi bumi..
Moga kita ini manusia..

Friday, June 20, 2014

# nota 2014 (56) ~ swallow

Bismillahirrahmanirrahimm..


semoga aku mampu telan semuanya yang pahit lagi manis walau aku sudah tiada "nyawa" lagi....

Thursday, June 19, 2014

# nota 2014 (55) ~ untuk mu sayang

Bismillahirrahmanirrahim. ..


Lebih dekat hati kita sayang,
Lebih dalam luka kan?

Lebih lama kita kenal sayang,
Lebih lebat menangis kan?

Lebih akrab hubungan kita sayang,
Lebih hitam hati tahan amarah kan?

Mengapa ini berlaku? Dan bukan sebaliknya? Kerana kita sudah ditakhluki rasa sayang yang teramat banyak sehinggakan kita tidak mahu sedikit celanya pon..

Hakikatnya kita hanya manusia yang sentiasa terus duduk dan bangun.  Moga kita takkan pernah sesal untuk yang sayang ini..

Kita sayang dengan harapan sayang itu yang akan menemani kita sehingga ke akhirnya..moga-moga.. sakit pun ditelan jua..itulah sayang..itulah cinta. .itulah kasih..

Itu sentiasa terus harapan kita..

InshaAlllah. .

# nota 2014 (54) ~ sejauh mana

Bismillahirrahmanirrahim. ..



Sayang,
Rindu,
Cinta,

Sejauh mana kita sedar akan maksud itu semua?

Sejauh mana kita ucapkan nya sejajar dengan perilakunya?

Adakah kita tahu akan semua ini?

Monday, June 16, 2014

# nota 2014 (53) ~ yang pertama

Bismillahirrahmanirrahim. ..


Mungkin kita bukan yang pertama dalam hatinya, namun bersyukur dan bergembiralah, kita sebahagian daripada kisah hidupnya..

Saturday, June 14, 2014

# nota 2014 (52) ~ pilih kasih

Bismillahirrahmanirrahim....

Timbul dihati enak cemburu
Tawa yang lain
Sedang diri ini juga ke arah itu
Untuk beza-bezakan antara satu dengan yang lain..

Tiap apa yang dibaitkan adakalanya, bukan adakalanya. .pasti akan diuji kembali..

misalan..

Jangan pernah nak memilih..
Walhal kita sendiri memilih teruk dalam hidup..

Jangan kepoh kecoh dan kencang sangat
Walhal kita sendiri sedang riuh sekampung..

Jangan cuba main api..
Walhal sendiri sedang cuba menawan hati si api..

Moga ini suatu kata pemberian yang tersemat di hati..moga-moga..

Hidup ini sungguh singkat. Esok apa pula? Lihat sahaja.

Thursday, June 12, 2014

# nota 2014 (51) ~ Sunyi

Bismillahirrahmanirrahim..





Sunyi.
Ya, kita akan sunyi.
Dan kita akan sentiasa sunyi.
Kerana dengan sunyi, 
Kita takkan lupa cermin diri kita,
Kita sentiasa tahu,
Yang kita ini lemah,
Tidak akan pernah kuat tanpa-Nya,
Tanpa kasih sayang,
Tanpa ehsan,
Tanpa kudrat,
Yang telah Dia beri untuk kita..

Sunyi,
Inilah rasa waktu untuk bersendiri,
Memerhatikan embun yang lahir dari hati,

Sunyi,
Temani aku malam ini..






Wednesday, June 11, 2014

# nota 2014 (50) ~ aku juga manusia

Bismillahirrahmanirrahim..




Ku termenung seorang
Ku menangis disebalik sepi
Ku mencari cebisan memori
Yang kunamakan misteri

Ku tertawa mendengarnya
Ku mengerti aku siapa
Ku tak peduli sebenarnya apa yang kau ada

Jangan kau menilai dari rupa
Kerna semuanya milik Dia
Hati ini akan ku jaga
Kerna ku hanya manusia biasa


Kerna ku hanya manusia biasa

(Amir Jahari)




Terselit rasa di hati. Inilah yang dirasakan. Inilah yang berlaku. Inilah dunia. Aku hanya manusia biasa. Tidak mengapa sayang. Ini hanya sedikit sahaja. Apalah sangat yang di sini ini. Sakitnya hanya sementara. Sedihnya hanya seketika. Bangunlah untuk terus ;)

Walau tiada siapa kita ini, Tuhan kan ada?

Tidak ternampak di mata, tidak terdengar gerak langkah dek telinga, namun terkesan di hati.. ;)





# nota 2014 (49) ~ apa-apa

Bismillahirrahmanirrahim. ..


Adalah lebih baik tidak punyai apa-apa daripada ada apa-apa..

Sakitnya punyai apa-apa sehingga merasakan tidak punyai perasaan apa-apa..

Mati begitu sahaja..

# nota 2014 (48) ~ jalanan

Bismillahirrahmanirrahim. ..

Tidak semua di dunia ini kita dapatkan yang teringinkan
Hanya terus jalan apa yang disusurkan..
Terus-terusan gembira
Halangi duka..

Tuesday, June 10, 2014

# nota 2014 (47) ~ dekat jauh

Bismillahirrahmanirrahim. .


Al-fatihah
Buat yang dirindui..
Walau kita dekat , terasa kita jauh..
Moga Tuhan kasihani kita
Dengan memberi sedikit masa lagi..

# nota 2014 (46) ~ atas nama-Nya

Bismillahirrahmanirrahimm....

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih..

Moga setiap tindak tanduk
Kata-kata
Gerak geri
Perilaku
Disusuli dengan kasih dan sayang..

Moga tiada sakit dihati
Walau sedang disakiti

Moga tiada dendam kesumat dewa dewi
Walau rebah menghempap bumi

Moga tiada itu semua..

Kerana kita sedang bersumpah..

Atas nama-Nya yang amat berkuasa ini..
Moga itu pendinding diri
Sehingga mati..

# nota 2014 (45) ~ berkubur di hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Adakalanya terlalu banyak perkara yang hendak disuarakan tetapi berakhir dengn jeritan, laungan,  pekikan, tangisan,  sedu di rumah hati ini..

Emmm...

Ini juga suatu bentuk anugerah yang Tuhan berikan untuk setiap manusia.

Kenapa begitu?

Inilah juga masa dimana dia akan sedar di mana dia berada sekarang. Sejauh mana diri dia mampu bertabah mengharungi lohong-lohong gelap ini..

Ini juga masa di mana kita tahu di mana tempat Dia di hati kita. Yang pertama atau tidak bernombor?

Mungkin inilah sebab nya ada sesetengah perkara hanya mampu berteka teki, bersorak gembira bernanah dan berkudis api di dalam hati..

Biarlah tiada siapa yang tahu..

Hanya Tuhan yang setia menemani..dan mendengarkan isi hati ini..

Biarlah..

Mungkin apabila perkara ini dimuntahkan secara nyata, ini akan bertambah buruk dan padahnya terkesan hingga ke lubuk paling dalam..

Biarlah terus kekal bersemadi di hati..mungkin ini lebih baik..

Benar kata orang tua itu..

Terlajak perahu bole diundur
Terlajak kata tiada gunanya...

Makanya..biarlah dia terus berkubur di situ. Moga tuhan berikan yang lebih baik untuk kita ini..

InshaAllah..

Saturday, June 7, 2014

# nota 2014 (44) ~ tangis tawa

Bismillahirrahmanirrahim. ..

Tika terlalu banyak ketawa
Pasti esok lusa luka menyentap jiwa

Tila terlalu banyak gembira
Sedih duka susuli esok lusa

Tika senyum menggamit dunia
Kecewa menghentam jiwa berjuta-juta

Inilah hakikatnya. Tuhan mengajar untuk sentiasa sederhana jiwa dan raga walau di mana kedudukan kita.  Moga kita tidak tersungkur menyembah dunia yang hanya sementara ini.

Rapatkan jiwa ke dalam erti yang lebih ke arah yang lebih sempurna...

InshaAllah :)

Friday, June 6, 2014

# nota 2014 (42) ~ ertikan diri

Bismillahirrahmanirrahim..



Sejauh mana sayangnya kita dengan manusia itu,
Dia pasti akan meninggalkan kita,
cepat atau lambat,
sedang menanti kita,

maka,

mulai detik ini, waktu ini,
cuba ertikan diri dengan
"REDHA"






Thursday, June 5, 2014

# nota 2014 (41) ~ benarkan

Bismillahirrahmanirrahim..






Benarkan aku hidup dalam hidup mu,
Benarkan aku bernafas dalam lagu mu,
Benarkan aku menari dalam dunia mu,
Benarkan aku singgah melengkapi lopong-lopong zarah nyawamu,
Benarkan aku..

Walau aku tahu, aku tidak mampu..








Wednesday, June 4, 2014

# nota 2014 (40) ~ warna pilihan

Bismillahirrahmanirrahim..






Qada dan qadar itu, datang nya dari cara BAGAIMANA kita memilih untuk hidup.. Ya, BAGAIMANA ya, bukan nya KENAPA..

Saya cukup tidak bersetuju apabila terdengar suara-suara mengatakan "inilah takdir aku..nak buat macam mana.." " ini semua takdir..." setelah menhgadapi kesusahan, kemudharatan, atau apa jua bentuk musibah..

Hurm..

Sedangkan mulut sendiri kadangkala berbunyi sedemikian. Sedih. Rasa benci dengan sendiri. Kenapa tidak bertanya kepada diri sendiri, "apa yang sudah aku lakukan, dan akhirnya aku diuji sedemikian rupa?" dan kenapa mesti berbalik kepada takdir, salah takdir, takdir yang buat aku begini.. hurmmm..


Sedangkan, segala bentuk kecelakaan, kemusnahan, adalah datangnya dari diri sendiri. Diri sendiri yang memilih untuk merencanakan sedemikian rupa pengakhiran sesuatu kehidupan..

Sedihh kan?

Kenapa mesti mahu menunding jari ke arah orang lain? ke arah takdir? Sangat tidak adil. Apabila terjadi saat ini, kita mampu lihat, seramai manakah antara mampu menanggung akibat terhadap perilaku sendiri.. atau masih berada di takok yang sama..


Maka, di mana kita? ;(


Semoga kita masih sempat dan sentiasa beringat untuk memilih yang terbaik dalam hidup kita. Andai tiada jawapan, masih "blur" sehingga ke saat akhir, INGAT, tuhan kita lebih dekat daripada Nadi kita. Pintalah kepada-Nya jalan yang seharus dipilih. InshaAllah, sinar pasti kembali.

Jangan pernah sekali belakangkan Dia dalam tindak tanduknya. Ada Dia dalam gerak geri kita, maka, mudah-mudahan ada barakah mengiringi kita ;)

Sungguh kita sangat hina, Dia tidak sekali membezakannya. Bersangka baik, berbuat baik, dan jadilah pelangi untuk diri sendiri..

Berikan waktu yang singkat ini lebih penghormatan, demi waktu yang "panjang" nanti..






Monday, June 2, 2014

# nota 2014 (39) ~ kekurangan

Bismillahirrahmanirrahim...





Apabila berkisarkan mengenai kekurangan, semua manusia di dunia ini serba kekurangan. Tiada satu manusia pun yang sempurna. Hatta, sebaik mana sekalipun ahli ulama itu, dia masih seorang manusia, dan dia masih ada kekurangan.

Kekurangan.

Hanya boleh didapati apabila sesuatu perkara berlaku kepada diri kita. Misalannya, kita kehilangan orang yang disayangi, kehilangan harta benda, perubahan hidup secara mendadak dan aneka macam lagi.

Kekurangan ini hanya boleh didapati oleh mereka yang sering kali merasa diri mereka begitu kecil, begitu jauh ketinggalan berbanding mereka yang lain, begitu lemah berbanding mereka yang hebat.

Hakikatnya, orang yang hebat itu juga memiliki kekurangan. Harus SEDAR dengan FAKTA ini. Beza nya, mereka mungkin pandai menutup kekurangan mereka dengan menyerlahkan lagi kekuatan mereka yang ada. ;)

Allah itu kan Maha Adil?

Tidak pernah dibeza-bezakan, kejadian hamba-hambanya. Tidak pernah. Kita sendiri yang sedang membeza-bezakan diri kita, tanpa menyedari, kita sedang menjauhi-Nya yang begitu banyak memberi sehingga kita SELALU LUPA.

Susah. Ya, sangat susah, kerana kita bukan seperti mereka. Kita akan makin undur dua tiga langkah ke belakang, sedangkan mereka, sudah maju 10 tapak kehadapan. Mari cuba jadikan hati dan diri kita positif ;)

Dekatkan diri dengan perkara yang positif.
Damaikan hati dengan aura kerohanian yang lebih tenang.
Penuhkan tentatif hati dengan perkara-perkara yang menguatkan lagi kekuatan diri.

Kan?

Mulakan hati dengan niat. Kuatkan hati. Yakin kan hati. Kita juga mampu hebat, cantik, handsome lagi bergaya macam orang lain. Kita semua anugerah dari Tuhan buat ibu dan ayah kita. Makanya, kita adalah "gift" yang membuatkan ibu bapa kita terus untuk survive sehingga ke hari ini. InshaAllah ;)

Jangan sia-siakan peluang yang ada. 1 orang tolak, 10 orang tarik. Kita bukanlah, teruk, huduh sangat seperti yang diomong-omongkan dalam fikiran kita ini. Kita adalah "gift". Apabila dikatakan "gift", ini bermakna, sesuatu yang istimewa daripada Pemberi kepada si penerima.

"Gift"

"Istimewa"


kita boleh melakukannya ;)



# nota 2014 (38) ~ bukan siapa-siapa

Bismillairrahmanirrahimm..




Masa silih berganti, usia semakin meniti hari-hari yang terakhir. Aihhh ~ cepat sungguh masa itu berdetik..

Adik yang dulu jadi kawan gadoh, sekarang dah jadi kawan manja, yang tidak pernah2 dipeluk dan memeluk sebelom ini, akhirnya dah bertukar sejarah. Tiba masa untuk adik berdikari, menceburi dunia luar, dunia erti belajar yang sebenar.

Rasa berat hati tinggalkan adik di U. Haha. Ohh, ini perasaan ajaib. Mungkin kerana dia satunya adik, dan kami hanya 2 beradik. Tiada yang lain. Syahdu -.-

Dan yang pasti, dia juga tidak akan bersama kita selamanya. Tiba masa, dia perlu mencari hala tuju nya sendiri. Seperti diri sendiri yang sudah lamaaaaa sangat merantau ke sana ke mari. heeee ~

Adikk..ohh adikk..

Tidak ku sangka, aku begitu menyayanginya..huu..sebak pulak :'(

Hakikatnya, semua manusia begitu. Kita bukan milik siapa-siapa untuk siapa-siapa. Kita hanya kepunyaan pencipta kita. Kita menentukan hidup kita, maka qada-qadar itu berasaskan dari pemilihan kita itu sendiri.

Maka, jangan pernah bersedih seandainya, kita tidak dapat bersama selamanya dengan mereka yang begitu kita sayangi, cintai, kasihi.

Tuhan telah melebarkan sayap kasih dan sayang-Nya, menjaga mereka, melindungi mereka dengan menempatkan mereka bersama insan lain yang lebih memerlukan mereka.

Perginya mereka jauh daripada kita bukan kerana tidak sayang, tidak cinta, tidak kasih. Perginya mereka bersebab. Dan sebab itu, mungkin walau nampak pahit di hati kita, yakinlah, ketentuan Tuhan adalah sebaik-baiknya ;)

Yakin

Percaya,

Tawakal dengan erti sebenar-benar tawakal,


inshaAllah ;)

Kasih sayang itu bunga-bunga yang akan kembang setiap hari. Madunya sentiasa diperbaharui setiap hari. Madunya berbeza walau datannya dari spesis yang sama. Indah! Habis yang ini, yang itu ada, tapi yang lama, tetap di hati, kerana, tanpa yang lama, tak mungkin kita akan mampu "survive" untuk yang baru ini. Alhamdulillah ..


Wahai hati,

Jangan menangis lagi. Allah itu ada. Selagi Dia ada, kasih sayang sentiasa ada di mana-mana. Kasih sayang itu takkan berhenti disebarkan. Ar-Rahman, Ar-Rahim akan terus mengegarkan seluruh cakerawala ini.. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembalikan segalanya...




Saturday, May 31, 2014

# nota 2014 (37) ~ mereka

Bismillahirrahmanirrahim..




Semua manusia, waras, tidak waras sekalipun, mahupun bahagia menari-nari mendampingi hidup mereka sehingga ke akhirnya,

Walau terpaksa menelan duri dalam lahar jiwa yang sedang mendidih, menahan sebak dengan luka yang berselirat hebat,

Moga Ar-Rahman, Ar-Rahim, terus melindungi insan ini ~

Perkasakan hatinya,

Tegapkan lagi imannya,

Kukuhkan lagi tawakal mereka,

moga-moga..

inshaAllah..

*hujanlebatbertakungdihati*




Monday, May 26, 2014

# nota 2014 (43) ~ menipu

Bismillahirrahmanirrahim. .
Menipu.
Tidak bercakap benar.
Begitu banyak istilah yang sinonim dengannya. Walaubagaimanapun, serasanya, tidak ada seorang manusia pun yang tidak pernah menipu. Barangkali.
Menipu kepada diri sendiri
Menipu orang-orang yang tersayang
Dan yang parah lagi
Menipu Dia yang menjadikan diri kita ini..
MasyaAllah. .sedih :(
Entah berapa banyak kali, tidak terhitung rasanya selalu menipu Tuhan.
Sedangkan diri sendiri begitu terhiris hati ini apabila ditipu oleh manusia lain..maka bagaimana pula Tuhan? Apa yang Dia rasakan ?
Allah.. :'(
Rungkai kembali diri...
Menipu manusia pula. Mungkin mereka ada sebab yang tersendiri.
Mungkin mereka masih perlu diberi peluang untuk membuktikan atas sebab apa mereka menipu.
Mungkin..
Adalah lebih baik kita berprasangka lebih baikkk lebihhh banyak dari yang buruk itu. Ya, Hakikatnya , yang buruk itu sedang cuba menewaskan yang baik-baik.
Letakkan hati dan percaturan kepada-Nya  sehabis mungkin dalam menguatkan benteng hati dengan aneka penipuan kehidupan ini..
InshaAllah. .Tuhan pasti ketemukan kita dengan jalan-Nya..

Friday, May 23, 2014

# nota 2014 (36) ~ hati dan bicara vokal

Bismillahirrahmanirrahim. ..

Kerana mulut badan binasa
Kerana hati air mata berkuasa

Mungkin memang ada perlu nya hati bercakap sendiri daripada dilontarkan vokalnya.

Adakalanya vokal itu menggugat hati dan perasaan..

Adakalanya vokal itu membunuh jiwa dan hati itu..

Adakalanya vokal itu mengigit nyawa menjadi semakin halus dan kian rapuh..

Emmm...

Perlu adanya diam apabila terlalu banyak berbicara. Mungkin hati belum cukup kental menahan ribut petir taufan dunia intuk dihadam habis-habis seisi dunia ini..

Hati..bertahanlah ya..bertahan untuk sedikit masa lagi..

Engkau kawan aku kan?

Sunday, May 18, 2014

# nota 2014 (35) ~ hujan minggu ini

Bismillahirrahmanirrahim. ..

Minggu ini disirami dengan hujan yang lebat. Lebat teramat sangat.

Sehinggakan mampu merasai hujan iti tidak akan berhenti dalam masa yang terdekat ini.

Hujan ini akan terus memayungi daerah ini.

Bila hujan turun , ada yang duka , ada yang gembira.

Ada yang seakan semahunya hujan itu menitis tanpa hentinya.

Ada yang seakan sakit dan seksa dengan hujan ini. Berhentilah..berhentilah sesegera mungkin. .

Itulah rencana Dia. Mungkin nampak baik di mata kita tapi tidak Dia. Mungkin nampak lusuh di hati kita..tapi tidak Dia..

Belajarlah untuk terima hakikat..segala yang ada bukan milik kita. .

Please let your heart to release a big gift for a special gift. InshaAllah :)

Tuhan..tabahkan aku melalui hari-hari mendatang ku dengan segala kudrat yang ada. Jadikan aku hamba Mu yanh redha dengan tiap asbab yang berlaku..
Jadikan aku seorang yang tidak meminta lebih daripada apa yang aku perlu. Jadikan hati aku kuat daripada yang aki tahu. Tuhan...

Saturday, May 17, 2014

# nota 2014 (34) ~ rentetan 445am

Bismillahirrahmanirrahim. ..

Apabila sentiasa sedar akan diri yang tidak sempurna di mata insan yang sentiasa disayangi..

Perasaan yang bergelodak di dalam jiwa sering betanyakan..berbisik-bisik..

"..semoga dia dapat yang terbaik..aku ni apelah sangat...Dengan aku..hidupnya mungkin lagi terbeban..biarkan dia memilih.. Langsung tiada rupa..sudahla gemok..kurus tiada..rupa? Hmm...sudah..jangan cerita..nanti dikata tiada syukur.."

Pertanyaan..perkataan sedemikian akan sering membunuh jiwa. Pedih tahu ?

Aroma ditambah lagi seandainya mereka itu pula sedang mereka cerita yang lain pula..konon-kononnya menyelematkan jiwa dan raga tersayang...apa benarkah terselamat?

Selagi belum terlafaz akad, kita bukan milik siapa-siapa. Hatta, akad tercipta sekalipun , kita sentiasa milik tuhan. Tuhan itu yang sedang membenarkan segala yang sedang terjadi ini..

Makanya,  lenyapkanlah perasaan itu jauh, dalam-dalam lubuk yang paling dalam, Meskipun ada seauatu yang perit akan berlaku..

Andai berlari ke paling hujung dunia sekalipun , bila itu akan terjadi , maka tetap akan terjadi.. kun fayakun. Hukum alam. Tiada siapa dapat mengatasi ini.

Sesungguhnya. .mungkin inilah waktu untuk diri belajar menghadapi kedewasaan , kematangan , kesulitan hidup , realiti sebenar kehidupan yang bukan nya novel fantasi semata - mata.

Mungkin sebelum ini , jiwa banyak dimanjai, dibajai dengan yang putih-putih belaka. Apabila hitam mulai melata, nah, terkaku sudah kesuciannya itu..

Belajarlah untuk menyental kembali yang hitam agar sentiasa untuk kembali putih.  Asal ada hitam sental, rendam , cuci , buat lah apa sahaja asal hitam tidak akan berani menjejakkan kaki ke putih lagi..

MasyaAllah..

Tuhan jadikan hati manusia itu merah berdarah..kerana hati itu kuat. Kuat segalanya. Menanggung 1001 rahsia yang kekal abadi di dalam nya.. inshaAllah kita semua mampu melalui nya. .

" ...selagi Tuhan ada, takkan engkau tercela..."

Monday, May 12, 2014

# nota 2014 (33) ~ tidak semua orang

Bismillahirrahmanirrahim..





Tidak semua orang suka apa kita suka,
Tidak semua orang sayang apa kita sayang,
Tidak semua orang benci apa kita benci,
Tidak semua orang hargai apa yang kita hargai,
Tidak semua punya apa kita sedang punyai,
Tidak semua orang leka apabila kita sedang leka,
Tidak semua orang nampak apa kita dengar,
Tidak semua lalui apa kita hadapi,
Tidak semua orang menangis apa yang kita sedang ketawakan,
Tidak semua,
Sampai mati,
Tidak semua...



Nota lily : Mungkin hari ini sakitnya melepaskan sesuatu yang dihajati, dimiliki, bertahun-tahun lamanya. Mungkin yang pergi itu akan datang kembali dengan versi yang lebih diredhai, diberkati. InshaAllah.. Moga-moga ada kesempatan kita..Apa yang lebih tegar, berani menghadapi hidup ini , berani yang datang dan yang makin jauh ini sudah menjadi halwa hidup..Yakin ;)






Sunday, May 11, 2014

# nota 2014 (32) ~ jalan kita

Bismillahirrahmanirrahim..




Setiap jalan yang dititipkan buat kita pastinya berbeza. Tidak akan pernah sama. Asalnya kita dari rahim lain ibu dan bapa, inikan pula jalan cerita kita kan?

Makanya, tiap jalan yang dilalui sesungguhnya berbeza aku dan dia..

Sesuai la dengan kesanggupan, ketahanan, kekuatan, keazaman yang berbekal di jiwa tiap manusia itu. Oleh itu, tidak layak sama sekali kita membandingkan dia dengan kita. Kerana kita sendiri itu sudah unik. Bila kata unik, maknanya jelas tidak sama, berbeza, rupanya , parasnya..

Segala yang hadir dalam hidup ini tiada kebetulan, tiada sebarang ter, tiada kalau atau apa jua yang memungkinkan kejadian sesuatu itu. Inilah namanya suratan, jalan, takdir kita.

Walau sedetik memori itu hadir, hargailah seumpama, datangnya selama-lama hidup ini. Peluang yang datang, tidak akan berulang-ulang mengikut keinginan di hati.

Sekali datang
sekali pergi

Sekali undang
sekali jalan

begitulah percaturan dunia ini..

Sebab itu tiada erti kebetulan. 

Hidup semakin singkat..semakin tenat..Sungguh indah waktu yang berlalu. Moga kita bertemu lagi di lain perancangan-Nya..

Yang pasti rindu sentiasa subur mewangi..





Nota: Apabila kawan rapat mula melangkah ke arah baru, makin merasakan diri semakin sunyi..dan semakin menuju ke fasa yang lain. Umm.. bersedia?



# nota 2014 (31) ~ ibu

Bismillahirrahmanirrahim. .

Apabila bercakap soal ibu..
Terus jatuh berkali-kalinya air mata
Sebak
Sebu
Pilih
Gembira
Luluh..
Segalanya akan sekaligus bercampur baur

Begitu rapuh sekali hati itu dengan perkataan ibu, ummi, mama dan seangkatan dengannya. .

Ibu itu sarat nya mereka dengan kasih sayang..
Ibu itu penawar segala sakit dan lelah yang bernanah dijiwa..
Ibu itu doanya diangkat setinggi yang diredhai-Nya..
Ibu itu lahirnya umpama keajaiban yang mengalahkan segala yang ajaib di dunia ini..
Ibu itu kelu..

Terlalu luas untuk diterjemahkan erti ibu itu..

Ibu itu..

Ibu ini..

Ibu..mungkin aku bukan anak yang terbaik..
InshaAllah. .aku akan cuba menjadi seorang insan yang engkau telah lahirkan 26 tahun yang lalu..
Ibu..
Ina sayang ibu..
Ibu, adalah hadiah terbesar buat hidup ina..
Moga Allah selalu memberikan segala yang terbaik buat hidup mu..

Selamat hari ibu, mama :)

Tuesday, April 15, 2014

# nota 2014 (30)~ soal jawab monolog dalaman

Bismillahirrahmanirrahim. ..

Sunyi hidup..emmm..
----habis tu kau sorang ja sunyi? Orang lain tidak?

Datang satu...pergi satu..
----dah kenapa kau ni? Nak hidup dunia lain dah ke?

Mudahnya mereka bahagia..
----kau hidup dalam hidup diaorang ke? Tahu sangat ke diorang makan lauk apa hari-hari?

Memendekkan pemikiran dengan memikirkan perkara hanya kerana diri adalah amat merugikan..

Lapangkan dada
Luaskan jasad di bumi yang nyata

Kita semua menghadapi hari-hari yang sama dengan dunia yang berbeza.

Telanlah seluruh isi riwayat hidup ini dengan erti sabar dan redha..

Tuesday, April 8, 2014

# nota 2014 (29)~ hargai yang ada

Bismillahirrahmanirrahim...


Berperang dengan "jiwa" yang telah pergi adalah lebih sakit daripada melihat "jiwa" yang sedang bahagia dengan dunianya yang baru..

Al fatihah buat yang telah pergi..

Monday, April 7, 2014

# nota 2014 (28) ~ jurang

Bismillahirrahmanirrahim. .


Agama
Iman
Dan Akal
Yang sedang membezakan perilaku kita..

Bagaimanakah jurang kita dengan Nya?

# nota 2014 (27)~ rindu ayah

Bismillahirrahmanirrahim...

Zarah cinta sedang rebah ke bumi
Teringatkan ayah
Yang pernah tampar
Pipi mulus
Dek mengoyak not 50 se brief case
Rindu

:(

Sunday, April 6, 2014

# nota 2014 (26) ~ rencana kerang

Bismillahirrahmanirrahim. ..

Hempasan lautan singgah ke daratan,
memutihkan kembali comotnya kulit kerang itu
Yang bergelumang lamanye
Dalam lubuk lumpur,
Pekat,
Likat,
Kelam,

Putih jadinya
Sekawan memenuhi sisir pantai..

Namun setelah kembali menjadi putih,
Keraskah ia melawan badai kelak?

Thursday, April 3, 2014

# nota 2014 (25) ~ tipikal manusia

Bismillahirrahmanirrahim. .

Apalah sangat gundah yang sikit lagikan tidak kekal ini..
Sedangkan masih haus yang abadi Hakikatnya. .
Kelam..

Monday, March 31, 2014

# nota 2014 (24) ~ takkan sama

Bismillahirrahmanirrahim. .

Sedangkan keluarnya anak adam itu dari rahim yang tidak sama,
Inikan pula takdir yang membawanya terus dewasa,

Hidup ini tidak akan pernah sama,
Walau kita berkongsi nama yang serupa..

Thursday, March 27, 2014

# nota 2014 (23) ~ Al- Hadid [22-23]

Bismillahirrahmanirrahim..




" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya ; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah..

" (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang sombong, takbur lagi membangga diri.."

 - Al-Hadid, [ 22-23]


Terlalu banyak perkara yang sedang singgah menghinggapi ruang legar mata ini. Terlalu banyak juga yang perlu diselanggara sejak kebelakangan ini.

Pahit, manis, tawar, masin segalanya bercampur aduk aneka rasa agaknya. Ya, agaknya. Ikutlah tiap lidah yang merasa, hati yang terkena.

Biarpun sungguh begitu, kudrat manusia itu hanya segumpal darah yang perlu dinyahtoksin setiap hari.

Adakalanya segar, bersihlah isi seluruh badan.

Adakalanya masih ber baki sisa yang hitam, yang kelam, lemah lagi pitam tubuh bagai merasa nya.

Mungkin apabila tahap ke dewasaan sudah tiba pada tahap yang tertinggi, keadaan sesuatu musibah dipandang dengan penuh kematangan sekali. Tetapi itu mungkin sekali. Tiba kali kedua, tidak lagi. Segalanya merubah jiwa dan raga sehingga mampu mati.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sayang,
Sungguh aku tidak berada dalam diri mu, doa dan kata akan sentiasa singgah dalam tiap gerakku..yang 5 kali itu..inshaAllah..


Moga aku akan terus ingat ini,
tidak akan siakan pengorbanan ini..
Iya..

Itu pengorbanan, 
apabila kita menyerahkan harta yang paling kita harapkan , 
mampu kita milik hingga akhirnya, 
namun, 
hadirnya sehingga ..... 
aku tidak mampu ungkap itu..

Aku tahu, 
itu perngorbanan yang terbesar yang akan engkau lakukan.. 

Aku harap engkau sedang redha sayang, 
Ya, 
apabila kita redha, 
biar umpama hati itu luluh hancur berderai, 
tidak mampu bercantum kembali, 
namun Dia tahu. 
Dia lebih tahu sakitnya itu, 
sesaknya itu, 
punah nya rasa itu..

Inilah katanya kasihnya Dia,
Mahu kita tidak jauh dengan Dia setelah kita gembira,
Mahu kita tidak leka walau kita sudah tidak papa,
Sayangnya Dia dengan kita..

Biarlah hanya Dia tahu. 
Semoga Dia menempatkan engkau dalam kalangan mereka yang terpilih ..

Mungkin zahirnya yang hitam belaka hendaknya. 
Namun harapkanlah yang indah-indah sahaja ya sayang?

Yang indah-indah disebalik dukanya ini..

Yang putih-putih belaka,

Gegarnya dunia kerana hebatnya orang ini menanggung gelap dunia meraka untuk pelangi dunia mereka yang lain. 
Subhanallah, 
kuasa apakah yang Tuhan sedang serapkan pada tubuh orang-orang seperti engkau ini?

Sayang,

Aku ada. 
Aku sentiasa ada. 
Aku sentiasa ada. 
Aku kaku melihat ini kerana aku tidak mampu berbuat apa. 
Aku sedih. 
Aku umpama patung bernyawa. 
Aku bisu .

Tip tap tip tap tip tap....

Bunyi itu sahaja menemani malam ku semalam, dan mungkin hari ini juga, dan mungkin esok, lusa..mungkin..


Sayang,
Jangan sedih ya?
Ya, aku tahu hati engkau mulai nangis. Mulai belajar menangis.
Semoga kata-kata Tuhan di atas itu, sedikit mampu menyapu luka di hati mu ya sayang?
Ya, tidak mengapa walau sedikit,
Sedikit-sedikit, 
Selamanya terbinalah singgahsana bertakhta di hati,
inshaAllah sayang,
Kita bina sama-sama apa yang kita inginkan ya sayang?





Monday, March 17, 2014

# nota 2014 (22) ~ baik

Bismillahirrahmanirrahim. .

" Agama itu sangat mudah dan sesiapa pun yang membebankan diri dengan agama secara berlebihan maka dia tidak akan sanggup menanggungnya. Jadi engkau tidak perlu berlebihan tetapi cubalah mendekati kesempurnaan. Dan terimalah khabar baik bahawa engkau akan diberi ganjaran. Dan mohonlah pertolongan (daripada Allah) dengan melakukan solat pada pagi hari, siang dan penghujung malam. "

----------------------

Oleh kerana itu, tidak pernah sedikit pun kita ini dipaksa untuk kearah yang lebih baik.

Kita berhak menentukan yang baik untuk diri kita.

Dan yang baik, yang suci, yang jujur itu hanya bole dihadam dengan rasa ikhlas dan ihsan yang Dia seringkali dorong buat kita hamba-Nya..

Semoga kita selalu dikalangan orang-orang yang sentiasa ingin menjadi baik dan ada orang disisi kita yang selalu memperbaiki diri kita menjadi orang yang lebih baik..

InshaAllah

Hadam ini untuk malam ini :)

Friday, March 14, 2014

# nota 2014 (21)~ jumuah yang bahagia

Bismillahirrahmanirrahim.

Andai kita tahu erti syukur itu, ya Rabb itu akan sentiasa melimpahi rasa kecukupan itu..

……‥‥‥‥‥‥‥……………………

Subhanallah..
Subhanallah..
Subhanallah..

Hanya itu yang sedang bertakhta di hati ini..
Hari ini
Dan buat selamanya..

:)

Tuesday, March 11, 2014

# nota 2014 (20) ~ berserah

Bismillahirrahmanirrahim. ..

"Wahai Tuhan kami, kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat seta kepada Engkaulah jua tempat kembali.." -surah al-Mumtahinah:4-

------------

Sejak kebelakangan ini, dunia yang semakin sakit ini sedang mengharungi tragedi, fenomena, suasana yang mungkin tidak terjangkau di fikiran..

Wallahualam..

Namun tiada apa jua yang mustahil bagi-Nya untuk merencanakan sesuatu yang berlaku di dunia ini..

Dunia ini ibarat hamparan yang luas
Dijejaki dari sebesar-besar makhluk sehingga ke sekecil-kecil hama..

Makanya semua pasti akan berbalik kepada tapak yang sama

Dunia ini ibarat masa yang sedang berdetik
Tik tok tik tok tik tok
Menghitung sejumlah masa bagi mengapai sesuatu

Siapa yang mengizinkan ini semua..

Dia..
Hanya Dia..
Dia empunya milik segalanya.

Di sinilah kita akan melihat sejauh mana diri kita ini mampu berserah dengan segala penuh hati dan jiwa ini..

Kenapa masih ada ragu?

Monday, March 10, 2014

# nota 2014 (19) ~ krisis identiti

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebetol nya kekadang keliru dengan diri sendiri. Huhu. Hendak menggunakan kosa kata pon jadi keliru..

Nak guna aku ke saya?

Nak berblog secara selamba atau nak secara skema yang low critical atau apa?

Tapi jiwa ini lebih menyintai seni (baca: puisi, ritma, irama). Jadi bagaimanakah?

Aihh..ni baru berbelog belum lagi kehidupan sendiri baik kerja, famili, pasangan hidup. Huhu (tengok, kadang-kadang nak jugak letak huhu, haha, hihi, kikiki  di frasa2..cam mana tu? -.-

Yang utamanya,

Mungkin aimie amalina ni tidak begitu mengenali diri aimie amalina sendiri.. Ohh malangnya..huhu

Mungkin terlalu banyak krisis yang tak berjaya diselesaikan dalam hidup ni.. Mungkin tu jadi tak fokus dengan diri, keperluan diri. Sangat malang -.-

Bila nak selesai nya?

# nota 2014 (18) ~ sangsi

Bismillahirrahmanirrahim. ..

Perasaan teramat-amat merendah diri, rasa kurang, rasa membebani orang lain , menyusahkan , menyerabotkan , mengecewakan , menghitamkan , lagi menyedihkan sedang perlahan-lahan membunuh perasaan ketika ini.

Andai ini bukan milikku..aku redha..

Pergilah..

Sunday, March 9, 2014

# nota 2014 (17)~ MH370

Bismillahirrahmanirrahim. .

Tuhanku,
Engkau lindungilah hamba-hamba Mu ini..
Leraikan segala nya tuhan ku,
Moga kami tabah mengharunginya..
InshaAllah. .

---------------

Tragedi 2014 ini kian hangit dan hangat. Semua bangsa mahupun agama saling memerlukan sokongan dan bantuan..
Mudah-mudahan segala nya selesai

Sedihh..

Sebab selalu juga naik juga naik flight. Apa perasaan mereka dan keluarga mereka ? :'(

Tuhan sedang memberi 'sesuatu'..
Semoga kita semua sedang mendalaminya..

Friday, March 7, 2014

# nota 2014 (16) ~ jumaat ke dua

Bismillahirrahmanirrahim. ..

Jumaat yang kedua
Jumaat bekerja
Dan
Yang pasti
Biskut marie cicah teh
Emmm
Itu keadaan sekarang

P.s: hari ni lunch nasi kabuuuuuuuuuu. Ini gambar ketika luncheon

Wednesday, March 5, 2014

# nota 2014 (15) ~ dekat

Bismillahirrahmanirrahim. .

" Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka) : Sesungguhnya, Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka menjadi baik serta betul." -Surah Al-Baqarah: 186

-----------------

Sebelum melelapkan mata 2 kuntum ini, belek dan belek rak buku. Masih berbaki buku yang belum sempat dikhatamkan. Aihhh..membazir betol.

Apakan daya..orang tamak tidak mahu rugi. Beli tetap beli. .baca itu akan di belakang kirakan. Haha.

Tapi terlintas di muka surat ini, sedikif sebanyak ingin menconteng sepatah dua kata.

Subhanallah.  Maha Suci Allah :)

Sungguh pertolongan,
Bantuan,
Harapan,
Seperi burung-burung Ababil itu akan terus menerus Tuhan kirimkan buat kita.

Atas sebab apakah kita ini harus membongkokkan diri mencari bebenang rambut yang takkan pernah usai kira nya.

Pinta dengan Tuhan
Lakukan apa yang Dia tulis
Akur dengan larangan-Nya

InshaAllah
Kita tidak akan kemana-mana..

Sunday, March 2, 2014

# nota 2014 (14) ~ subuh

Bismillahirrahmanirrahim. .

Dingin
Tenang
Tiada pekikan lolongan
Tiada jeritan
Yang ada
Hanya kicauan burung mulai terbang
Mengembara mencari beberapa butir suapan untuk si kecil yang masih merah-merah itu..
Alhamdulillah
Nikmat apa lagi yang kamu dustakan?

-------------------

Subuh adalah waktu yang amat hening dan mendamaikan. Kan? Kerana itu segalanya bermula dari subuh ini..

"Berpagi-pagilah dalam mencari rezeki"

Apa yang orang dahulu madahkan itu bukan hanya madah temberang. Madahnya asal dari asam garam kehidupan mereka sendiri.

Dia terlebih dahulu telah sentuh hal ini beribu tahun lamanya dalam kitabnya :)

Subhanallah.  Maha Suci Allah. Sayangnya Dia dengan kita. Tidak sedikit pun membiarkan kita merasa tidak cukup dalam mencari rezeki. :)

Tapi dah kenapa kau masih kat katil amalina?

Degil.  Jawapan muktamad. Haha. Aihhh, ini bukan lagi kes syaitonirrajim.  Ini kes hawanafsutakcukuptidur.huhu

Bangunlah eh..jom solat dhuha pulak :)

Saturday, March 1, 2014

# nota 2014 (13) ~ uncontrollable

Bismillahirrahmanirrahim. .

Adakalanya. .
Sehabis daya berusaha menangkis ular di hadapan..
Namun semut kecil di sisi tidak akan terhabis dipijak..

-------------

Inilah keadaan diri apabila sedaya upaya menangkis hawa nafsu rakus meneguk secawan kopi setiap hari.

Sungguh kasihan..

Ketagihan yang amat teruk. Tambah aneka kedai mahupun kafe kopi semakin berlambakan di Malaysia

Coolblog
Chatime
Each a cup
Cofee bean
Setabak
Gloria Jane
San Francisco Cofee
Komugi

Penat. Kalau nak kira, jari kaki mak pon belom tentu abis nak kira.huhu

Inilah nasib ku. Nasi bole x makan sebulan. Tapi kopi? :(

P.s: minum green tea la..asek kopiiiiiii je..huhu

Monday, February 24, 2014

# nota 2014 (12) ~ ayuh

Bismillahirrahmanirrahim....



Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. [al-Insan:12]




........................................



Ayuh wahai kawan-kawan ku, menggerak segala saraf, liang, urat, anggota ke arah perjalanan menuju rentetan sutera abadi ~

Ayuh,
kayuh,
Biar berpeluh,
Asal tidak mengeluh,
kerana orang berjaya,
tidak kenal erti 'membunuh'


selamat malam ;)

Sunday, February 23, 2014

# nota 2014 (11) ~ berikan aku..

Bismillahirrahmanirrahimm..




Berikan aku,
Kasih dan sayang mu,
Bukan satu,
Mahupun beribu,
Sehingga sedikit pun tidak tertinggal dek pusara mu ~


Berikan aku,
sedikit kenangan bersama mu,
sejak di awal kenal
sehingga mata hanya melihat sejengkal langit di kepala~

Berikan aku,
Waktu yang lalu,
coretan realiti dan mimpi,
igauan sepi,
mencari erti diri,


...........................................................................

Walaubagaimanpun kita sedang cuba memberi  beribu kali peluang kepada diri kita untuk mencari sesuatu dalam hidup ini, namun, ini semua tidak akan berganjak seandainya diri sendiri tidak mampu membuka pemikiran dan hati untuk mencari nilai itu..

Pekerjaan,

Hakikatnya, walau di mana kita bekerja, kita akan tetap akan menghadapi stress, dugaan, dan cabaran, hatta pekerjaanya hanya pencuci tandas sekalipun. Berdepan dengan karenah manusia yang menggunakan perkhidmatan awam bagai omak dan ayah yang empunya milik. Si pencuci itu sentiasa bersabar dan bersabar. Mungkin sekali dua tewas, terduduk dan nekad untuk berhenti kerja. Tetapi pilihan apa yang dia ada?

Ya, hidup akan sentiasa ada pilihan. Maka, pilihan yang ada ;

a. Quit and apply new job
b. Keep going, be strong and think the new solutions to improve the work (prevent the stress )
c. Quit forever (goyang kaki tangan badan di rumah)
d. Discuss with upper lever regarding the job's issue.

See? pekerjaan sebagai pencuci itu sendiri mempunyai begitu banyak pilihan, apatah lagi bagi mereka yang lulusan pelajaran yang berkali ganda lebih baik.

Berdasarkan pemerhati saya yang masih kerdil ini, saya dapat rumuskan, walau apa jua yang direzekikan untuk kita, dijalan kan untuk kita, ditakdirkan untuk kita, pegang baik-baik. Tidak akan ada yang tidak baik dalam rezeki itu KECUALI kita sendiri yang memilih untuk jadi TIDAK BAIK.

Adakalanya saya merasakan diri saya terlalu 'manja'. Salah sikit, give up. Kena sound sikit, sedih. Apa ni? Sampai bila nak macam ni? Cukup-cukup la. Sekarang bukan lagi masa untuk menjadi budak-budak 12 tahun. Sudah begitu dewasa untuk mengawal emosi dan perasaan. huhu..

Agak sukar. SANGAT! Tetapi bak kata kawan baik aka kakak api yang garang tapi baik itu, follow the flow. Yes! Just follow. Sekiranya hati ini sudah muak, sudah mahu meletus sekalipun, ikut sahaja. Biarkan dahulu jiwa itu sepi seorang-seorang. Tidak perlu berkompromo dengan jiwa yang sepi itu.

Sepi itu juga akan menjadi jemu untuk menjadi sepi selamanya. Gembira akan cuba mengambil alih kedudukan di hati. InshaAllah ;)

Ya, saya yakin, kita semua pasti mahu memilih cara yang terbaik untuk menjalani kehidupan ini. Ayuh, kita cuba lagi !


p.s : esok keje.. dannn..huarghhhhhhhh ~






Thursday, February 20, 2014

# nota 2014 (10) ~ part time

Bismillahirrahmanirrahim..




Ditelan mati emak,
Diluah mati ayah,
Mana mungkin kedua nya,
Akhirnya berteleku,
Tuhan,
Beri aku ilham-Mu..


---------------------------------------------------------


Ohhh, adakah bunyinya sungguh kritikal? haha ~ 

Tidaklah sedemikian, akan tetapi begitulah, keadaan diri seperti di atas itu, huhu. Sungguh pun kini sudah memiliki pekerjaan yang boleh dikatakan, tetap la kan, (dah dibayar gaji, haruslah tetap, hihi) tetapi terbit suatu perasaan yang sukar. Haihhhhhh..

Adakah perlu mengisi kegundah gelana an hati ini  dengan pekerjaan separuh masa? Siapa setuju hangkat tangan, siapa tidak, hangkat hidung. -.-

Ditambah dengan faktor kehidupan yang semakin lama semakin menjulang ke Everest, menguatkan lagi keinginan di hati.(ayat macam nak terbang ke langit dah haih ~)

Syukur, Ya, itu lafaz paling utama. Dengan sumber rezeki dari Dia sekarang ni, alhamdulillah. Tidak terjangka yang akan mendapat 'nilai' sedemikian. Alhamdulillah. Tapi.. aihhh.. kenapa mesti ada tapi itu? why? porke? -.-

Ohh, omma pasti tidak mengesyorkan keinginan ini, " takpelah ina, tak yah susah-susah. Ina tu dah la selalu sakit, bla..bla..bla.." (oppss..sori omma, heee)

Maka.. marilah 'tanya Tuhan'.


Hari ini genap 2 tahun menjadi jurutera. Alhamdulillah. Masih banyak yang tenggelam. Ayuh kayuh lagi sehingga benar-benar timbul di dasar.




Sunday, February 9, 2014

# nota 2014 (9) ~ fitrah sudah begitu

Bismillahirrahmanirrahim

"...bertemu dan berpisahan...adalah..lalalalalla.."

--------##

Agak-agak ingat lagi anda lagu di atas?

Begitu lah fitrahnya kehidupan. Tiap yang bertemu pasti ada yang berpisah. Tiap yang datang, pasti akan pergi. Tiap mendapat yang baru pasti yang lama dibuang (erkk..ini untuk sesetengah perkara sahaja ye..heeee)

Begitu jugalah mereka dan saya yang sedang menjalani kehidupan bujang yang menyewa bilik ataupun rumah.

Teman rumah silih berganti datang dan pergi.  Ada antaranya begitu terkesan di hati. Kerana..begitu dekatnya mereka dengan kita sehinggakan sudah sebatinya hidup ini dengan mereka seperri adik beradik sendiri.

Hari ini, seorang lagi teman rumah berpindah. Dan sekali lagi mungkin mendapat teman rumah baru..heeee..

Aihhh..cuti kian senja. Esok kerja?