Sunday, December 30, 2012

Nota #1

Bismillahirrahmanirrahimm..






" Dalam suatu perjalanan.. kita akan berjumpa dengan 2 perkara.. 
hitam..
atau
putih..

Aku mahu keduanya.. tapi aku buntu..
Sujud..

Moga itu petunjuknya..

Hitam tak bermakna keji..
Putih tidak bermakna suci..

Biarlah Dia memilih untuk aku..
aku redha..."












Yang benar,

Friday, December 28, 2012

kudrat

Bismillahirrahmanirrahimm...






Setelah sekian lama tidak mencoret sesuatu di sini.
Bila berhenti..
Menulis..
Berhenti..
Dan menulis..
Seolah tiada sesuatu yang konsisten..

Terkadang sedih dengan diri sendiri..
Tidak mampu memahami diri sendiri..
Tidak mampu memberikan yang terbaik untuk diri sendiri..

Mungkinkah diri ini "lalang"?
Tolong..
Tolong wahai diri, berdiri lah teguh, walau kecil seperti pohon cili..

Aku tiada kudrat ini..
TUhan..
Pinjamkan sedikit kekuatan untuk diri ku yang lemah ini.. ;(





Monday, December 10, 2012

08/12/12012 ~ day of rings!!

Bismillahirrahmanirrahim..







moga Allah redha ~







p.s: one step to be ~ hikhik ~ tengok gambo jela kan? tidak perlu explain pape kan? heeeee ~ doakan kami na ;)




Tuesday, November 27, 2012

my journey!

Bismillahirrahmanirrahim..






Asenya dah masuk 11 bulan saya bekerja, tapi tak pernah nak share ape2 yang menarik dalam industri bidang kerja saya kan? eerrrrkk (angguk pleasee..kekee :p)

Ade jugak yang bertanya, ade jugak yang dah tahu, ade jugak yang bertanya tapi agak2 dah tahu, dan mungkin ade jugak yang tidak tahu langsung..kekeke..

Tidak mengapa my dear frens! Today, sempena dengan ke tidak begitu bizinya saya..  Maka adalah sedikit hajennye diri ini ingin berkongsi : " Scope Of Work ".

Saya bekerja di sebuah Construction Firm, atau dengan mudahnya, Kontraktor Elektrik. Yelah, udah amik bidang elektrik, makanya kerja dalam bidang elektrik la. Bidang pekerjaan ini tidak begitu 100% seperti apa yang saya pelajarui di uni tercinta aka UTM, tapi once become engineering student, all the basic still same.

Saya pong tak taw kenapa bos agak berani mati mengambil worker yang tiada kaitan langsung dengan Power Electrical, hanya berbekalkan ilmu2 basic electrical, mungkin ini namanya rezeki, maka sampai sekarang, saya masih di sini.. Alhamdulillah ;)

Okeh, next ---- > scope of work!


1) tendering , documentation and costing

Udah nama kontraktor, mestilah cuba untuk fight merebut tender2 yang daripada the highest figure until the lowest figure. Sebab dengan tender inilah, datangnya money! profit! income! company, ye dak?

Maka dapat drawing yang gedabak beso tu, start untuk calculate measurement. Lepas siap calculate measurement, bermula arena costing..

Errr.. costing ni yang leceh sebab nak kene tunggu harga dari supplier la itulah inilah, nak kena isi schedule of unit rates la, schedule of technical data la..

Cite pendek2 jela nohhh.. ;)


2) Design

Inilah yang palinggggg mencabo. Di sinilah nak menguji tahap kefahaman yang telah kita pelajari since sains sekolah rendah, lepaih tu, amik sains PMR, tak cukup, pi tambah fizik, kimia, add math, math sampai la masuk Uni .




Ha.. tengok gambo atas ni.. Inilah antara yang BOS saya design. Mendesign flow of electricity from the source until the final load ;D

Saya masih berada di anak tangga pertama dan hopefully, from this steps, I can be like him, someday ;) InsyaAllah..

Dan banyak perkara yang perlu di ambil kira.. Dan saya jumpa buku ini :



Ha... buku ini ibarat KITAB yang menjadi sumber rujukan untuk mendesign segala circuit.. Heheh.. Sistem british?  Of course la, kita kan, jajahan negara kolonial itu..

Unless, kalau ade sesiapa yang dapat challege all the rules inside this book.. Ade beraaannnnnn?hiihihi :p


3) Report/ Technical submission.

Haa.. ini yang den lomah sangat nihhh.. Sebab ia umpama Thesis untuk kali ke-dua, ke-tiga dan seterusnyaa dalam hidup ini :





Tengok tu, dah bape kali dibetoikan, entah bape kali di tong sampahkan, masih ade minor2 error..

PEMINAAN ------> PEMBINAAN la.. grrrrrrr

Agaknya perlu tambah power spek kot.. Dah, tak yah nak mengada. Sendiri yang careless nak salahkan power mata.. hakhakhak..

Kadang2 client nak minta proposal atau pon technical report. Macam kat atas ni, technical report, macam mana kita nak pilih kabel elektrik yang betol untuk sesuatu sistem elektrik tu. So, cite la, blablablabla, lengkap dengan prove semua from A until Z.

Tak ke macam thesis tu? huuuuu...


4) Procurement

Ha.. aku ingat bile dah masuk engineering tak yah masuk pasai bisness.. Ade jugakkk.. Grrrrr.. Tak pelah... Extra ilmu and skill kan, ye dak?

Hee.. saya juga, orang yang bertanggungjawab mengeluarkan Purchase Order tiap kali pembelian apa2 material untuk sesuatu subjek. So, kena check costing, within in budjet/ not, memang perlu beli atau tak, sesuai ke beli jenama2 ini, atau nak kena brand yang mahai2 ka..

Pendek cite, membantu bahagian akaun dalam urusan pembelian, penghantaran dan sebagainya..heeee...



Huwaaa..panjang jugak pengalaman saya selama 11 bulan ni..kekee.. Panjang lagi, tapi inilah the MAJOR Scope of work saya selaku pekerja di sini.. Position ape? mestilah kuli bos..hehe.. Kalo bos, dekat LONDON dah sekarang nihh..hahah :p


Kome! share la apa kome belaja, apa kome keje , very pleasure to read your journey! :D



Cintai .......

Bismillahirrahmanirrahim..




semoga kalian bahagia
dengan jalan yang kalian pilih...



Terkadang diri ini menjadi nanar,
Menahan sakit dalam selumbar yang menyesakkan dada ini..


Nanar kerana apa,
Tidak pernah mahu menunding nanar itu jatuh ke riba sendiri..


Terkadang juga membatu mengeras diri,
Dek seerat mana diri ini dengan yang lain..

Akhirnya aku tetap sendiri..
Sendiri menuju hingga ke akhirnya...



cewaahhh, ayat nak berbunga bungi.. nak berbuah buih..hakhak.. Wujud lagi rupnye belog ini..kekeke...

Macam la ade orang yang baca. Entah sendiri taip, sendiri yang baca.. keke.. Mengenangkan jasa baik jiran yang sanggup mendesign belog ini.. atas kenangan yang tersimpul rapi di sini.. Atas kenangan membina sebuah keluarga blogger di sini juga..

Maka insyaAllah tidak akan disia-siakan penulisan belog ini walaupun tidak sekerap yang lalu.. Rindunya zaman waktu itu =.=

Sudah makin menuju ke akhir 2012..

Masih menghitung dengan jari apakah, banyak sudah perubahan ke arah kebaikan yang dibuat untuk diri sendiri dan orang lain?


Asssebeno nye, entri ni entah bape kali taip..hold kejap, jadi draf..sambung taippppp balik.. pastu hold jap jadi draft.. lepas tu save.. simpan lagi..

Hakhak.. harap yang kali ke berapa ini, dapat lah jadikk sebuah entri..hakhak.. Dah tax taw ape sindrom ni.. dah lame tak menaip di ruangan Blogger.com gamaknye kot 0.0


Seperti biasa, nak share sumtin, sebab dah jarang2 berbelog annn..heee ~ 


“Jika Allah mencintai seorang hambaNya, Dia memberitahu kepada Jibril:  Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia’. Jibril pun mencintai si fulan tersebut kemudian dia menyeru di kalangan penduduk langit: ‘ Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia’. Seluruh penduduk langit pun mencintai si fulan tersebut. Kemudian, seluruh penduduk bumi juga mencintai si fulan tersebut.”
( Riwayat al-Bukhari no.3037 dan Muslim no.2637)


Sungguh berbunge dan ingin dicintai kan?  Jadikan diri ini dicintai-Nya.. Susah kan? Tak delah susah kalau set kan hati ini  seindah kalimah2-Nya..

Sekejap timbul, sekejap tenggelam, itu yang payah tu kan? Tidak cakap tentang orang lain, bercakap dengan diri sendiri yang begini =.=


Aku mahu dicintai-Nya..
Aku mahu dicintai rasul-Nya..
Aku mahu dicintai malaikat-Nya..
Maka..
Aku terlebih dahulu perlu mencintai Dia, rasul dan malaikat-Nya....

Terasa rindu mahu mentarbiyah diri bersama orang2 yang soleh.. ~




Sunday, November 11, 2012

indahnya ketidak sempurnaan itu ;)


Bismillahirrahmanirrahim..






pejamm..
celikk..
pejamm..
celikk.
timbul..
tenggelam..
timbul..
tenggelam..




Aduhai, itulah keadaan diri mimi sekaramg..hakhak..Macam bos cakap, " hidup you, ha, macam ombak,  datang ombak, you serabot, sangat super duper bizi, bila laut itu tenang you free, boleh terbang terbang.. boleh main itu farmville.." errkk..kantoi main game =.=

Maka,begitu la jugak corak berbelog saya, macam ombakk.. Tidak lagi air sungai yang laju, tenang melalui batu bata pinggiran sungai. cewaaahhh! (nak jugak kias2 peribahasa gitu..)

So, far, macam-macam yang berlaku dalam hidup, setelah nak masuk 9 bulan saya menjadi pekerja.. 9 bulan dah eh? macam sat je kan?heee..

Time will come..
Time also will go..
Never stop until the end..
This is LIFE!

Dan tak lama lagi...suatu perkara besar jugak bakal dilalui dalam hidup saya. One step to be.. Hakhak.. Ape dia? Tak taw.. Tak taw... semoga jalan yang dipilih itu, jalan yang diredhai-Nya... ;)

Nak kongsi sumtin la.. heee.~ macam dah lama tak buat post yang ilmiah sikit..heeee.. Let move!

 "Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu sia-sia dan bahawasanya kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? " ~ Surah Al Mukminun, ayat 115.


Andai mendapati diri kamu kurang.. memang kamu benar
Andai kamu mendapati diri kamu lebih..seharusnya kamu lebih waspada..
Hanya Dia yang sempurna..
Hanya Dia yang berhak menentukan sesuatu kesempurnaan itu..

Kita perasan tak, dengan ketidaksempurnaan kita, kita sentiasa dapat teruskan hidup. Dengan kata lain, esok kita bangun pagi, kita akan capai satu lagi perkara untuk hidup kita, secara langsung dan tidak langsung.. ;)

Misalnya:

Esok pagi nak pegi makan eskem pelangi lah.Maka esok kita kan berusaha mencapai hajat itu dengan mencari eskem pelangi sampai dapat. Misal la, hari-hari kita dapat makan eskem pelangi, hajat tu dah tak menjadi suatu kenikmatan apabila kita memakannya..

Yelah, hari-hari dah makan, ape nak kesah kan?

Maka dijadikan ketidak sempurnaan nya hidup ini supaya kita sentiasa berusaha dan berusaha, secara langsung mendidik diri ni menjadi seorang yang cekal, tabah dan tidak mudah berhenti sekerat jalan.. ;)

Ini terjadi secara langsung dan tidak langsung. Kadang-kadang mulut ni merepek nak bagai bile tak dapat sesuatu, tapi nak tak nak, kita push gak diri kita nak mencapai sesuatu tu, See? Dah capai satu titik menjadi seorang yang kuuat! ;)

Allah is the Great!

Apa yang dijadikan itu adlah yg terbaik utk kita, proud to be human, alhamdulillah ;)

selamat berhujung minggu!





Wednesday, November 7, 2012

malam ku lagi

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiap kali bait menari..
Tiap kali itu juga,
Bicara malam kian mula menyepi kembali..

Ya..aku takut dengan kelam itu..
Takut akan kelam waktu hadapan ku..
Takot gelap akan siangku..

Sesungguhnya..
Malam itu buat aku akur dengan hukum-Nya..,
Kun faya kun..

Terkadang tersipu membisu..
Pekak berdarah kian berlalu..
Namun..
Sedikit pun tidak mampu menemani ku..

Terus aku kelam sendiri..
Mungkin yang lain tidak melihat ku sebegitu..
Biarlah hanya Dia yang tahu..

Kerana hanya Dia berhak akan akar umbi hidup ku..
Bicara ku hanya sunyi dengan-Mu..
Aku tahu..
Engkau selalu memayungi ku..

Sakit sekalipun...
Aku tahu aku mampu..

Tuhann..
Tolong aku....

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, October 30, 2012

malam

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila tiba malam itu..
Aku jadi takut..
Takut air mata itu menemani tidurku... :'(

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, October 28, 2012

hampa dengan diri sendiri

Bismillahirrahmanirrahim..


pessss sekaliiii nak ucap!

Selamat hari raa Aidil Adha buat semua yang beragama Islam,
Heppy eid adha ;)



Ya ampuuuuunn, maseh wujud lagi belog aku ni, ingat dah lenyap dah dek zaman =.=
Hukhuk, betapa berkurin tidak melontarkan kata2 yang indah an jugak tidak indah di sini..Ish Ish. apoo nihhh cek aimie amalina hhhooiiiiiihhhhoiiiiii...

Kemana hilang semangat berblogging bagai nak giloooo dulu tuhhhhh -.- (hampa sangat nihhhh!)


Sesungguhnya apabila kita erniat nak ber istiqomah terhadap sesuatu tu amat la susah kan, melainkan empunya tekad, keazaman yang menjulang gunung everest tuhhh.. ish..ish.. amalina, amalina, awat hang nihhhhh....

huk..hukk.. tak taw pasaipa jadikk lagu nihh..jadikk nak taip papa pong tak taw..besday sendirikk pog tak wishhh pong kat diri sendiri kat belog..huwaaaa..sangat sedehhhh ;((


Kehilangan masa tidka boleh dicarikk ganti kan? Jadikkk, tak payah nak sedeh sangat la aalina hoooiiii..sendiriiikkk tak nak rajin bukak aimieamalinaazman.blogspot.com, so, tak payah nak tunding mana2, tunding at badan sendrikkk =.=

Gamkanya entri hari ni, pembukaan entri dikala melepaskan maah terhadap dirik sendiri..hukhuk ;((


Sedang mencuba merealisasikan impian dolu-dolu nak jadikk penulis konon (huh, berangan jeklah amalina hhhoiiihhhoiiiihh..)

Sedang marah dengan dirikk sendiriikk nihh.. Ade sesape nak pujok tak? o.0



Friday, October 12, 2012

aku yang mengantuk

Bismillahirrahmanirrahim..



Kadang-kadang..
Mereka itu lebih 'alert' kpd 1 titik hitam yang halus..
Yang terconteng Pada sehelai kertas putih...
Berbanding warna putih pada kertas itu sendiri.....
Mungkin diri ini juga begitu..


Beberapa patah ayat yang ditampal ke dinding Muka Buku sebelum berangkat ke dunia mimpi semalam..

Emmm..

Kenapa? kenapa dan mengapa hal ini terjadi?
Terjadi kepada siapa?
Bila?
Di mana?
Bagaimana?


Setiap persoalan itu tidak membawa makna kata apa-apa sekalipun. Yang penting, mengapa akal ini tidak mendahului hati ini apabila bertindak berbuat keputusan mahupun meluahkan kata-kata?

Hati seringkali merajai segala perbuatan yang bertindak memakan Tuan kepada si hati tadi di kemudian hari. Tapi tiap kali itulah hati itu buat lagi dan buat lagi..


Apakah itu?

Itulah tandanya, hati itu masih lemah.
Hati itu masih perlu dibajai dengan ilmu..
Hati itu masih perlu dicurahkan kasih sayang yang sejati..
Hati itu masih perlu dibimbing dan dikawal rapi
Agar tidak tersasar jauh meninggalkan si akal keseorangan di sini..

Azalinya manusia itu lemah. Lemah pancaindera, lemah lagi imannya..Mampu di paling tinggi dan mampu jug tercorot di sudut akhir sekali..

Mungkin juga sudah "peel" tuannya begitu..

Mungkin juga..

Emm, terlalu banyak kemungkinan yang mungkin boleh dianalisis di sini..
Hanya jauhari mengenal manikam..
Hanya diri yang mengenali diri..


Mungkin susah untuk merubah dari sebatang pokok kepada se kebun tanaman indah..
Tapi tiada yang musatahil,
Sedangkan yang gemok itu boleh kurus,
Dan yang kurus itu boleh gemok,
"secara fizikal dan dalamannya.."


Maka, tepuk dada, tanya minda..
Mungkin aku belom cukup kenal takat paras hati aku di mana,
Takat minda aku di mana,
Adakah sama tinggi mereka berdua ini?
Atau ibarat KLCC dengan rumah ku?

Aku manusia,
Dia manusia,
kita semua manusia,
Tiada yang lebih berharga,
Andai kita sama-sama membantu diri kita dan mereka,
Membina takat paras Minda dan Hati itu,
Berdiri sama tinggi..
Duduk sama rendah..


Betul kan? ;)



Yang mengantuk,
mimito!!


Thursday, October 11, 2012

..dulu...sekarang..dan....

Bismillahirrahmanirrahimm...



Hoooolaaa! ;)

Aiyaaaakkk~ berpeluh-peluh sambil kesat dahi yang tak berapa nak sempit dan tak berapa nak luas, mengenangkan belog yang agak lama dipapaikan akibat daripada ke addict an terhadap GAME!!

huwaaaa....!!!!!!

Ini tidak boleh diterima akal kerana saya bukanlah seorang penggemor game, terutama game2 dalam komputer nihhhhh tapiiii....

Hakhak, beberapa hari yang lalu, jari jemari ku yang demok demok telah ligat dan hebat mule mengklik2 mouse sambil mata ke arah permainan kaler2 pul di FB. Yeee.. di FB ye..hahahaha..

Aimie Amalina binti Azman, mengisyhtiharkan, dia sudah mulai suka main game! Sampai beberapa kawan rapat, mulai tanya, "aimie???? aimie main game??? ape kesss?" ~

Hakhak, yeahhhh, itulah saya...hahaha..
Tetibe saya rasa, saya perlu main game sekali sekala. Yeee, ingat ye aimir, sekali sekala ye, bukan berkala2, hakhak~

Bila umoq makin nak meningkat dalam beberapa hari lagi, makin manyak pulak perkara yang tak pernah di buat atau dengan lebih tepat nye..

DULU:
"aku tak naklah main ni.."
"aku tak minat semua ni.."
"errr. tak pelah kome la pegi dulu.."

SEKARANG:
" haaa..naknak!!!.."
"wehhhh, cepatla, aku nak join jugakk.."
"bile eh..aku tak sabar dah ni.."

hahaha, kenapalah diriku sebegini rupa.. Ade sesape boleh jawab tak?kekeke..Tetibe rasa dah lame tak berpuisi/ tak bermadah/ tak bercerpen kan?

Kak ngah jeklah jugak yang tegar, sesuai la dengan belog dia..kekeke.. Sape dah pi tengok belog dia, kalerrr pooll~ ai like! Jom kita pi lawat ;))


Thursday, October 4, 2012

Apa Sudah Jadi waHai mimi?

Bismillahirrahmanirrahim..







Dulu :
"kome main ape ni..."
"Nape aku tak minat eyh..."


Sekarang :
Pantang freee, laju jek tekan game, errrrr =.-


Apa sudah jadi mimi?
errrr~ mimi pong tak de jawapan. Kesan dari stress ke? :p



Monday, October 1, 2012

rutin weekday~

Bismillahirrahmanirrahimm..




Camat petang kome!
petang la kan, sebab belom nak say nuunite lagi, hakhak.. Pada hari ini, saya ingin menceritakan rutin seharian saya ;)

6.00am : Bangun, solat dan menyiapkan diri kott.. emmm..kiki :p
8.00am : Bergerak dan bergerak ke opis
8.15am : Sampai opis.. Awww.. dekat kan?heeee, syukur ;)
8.30am : Start menyerabotkan diri di depan cek Sammy (baca : laptop)
1.00pm : Rehat- makan- mungkin jugak ngulor ke JJ kejap,hak2 - mungkin jugak titon ;p
2.00pm : Sekali lagi mengusaikan keserabutan di depan cek Sammy
5.30pm : alamak! dah habis waktu keje, tapi jangan mimpi lah nak balik awai =.=
6.30pm : Ni waktu paling awal akan balik, PALING AWAL ye, paling lambat pukoi 3am pong 
              ade =.-
7.00pm : kalau keluar opis pukoi 6.30pm la..kalau ye..hehe, campur jem2 mentega segala, 
              pukoi 7 sampai dah umah ;)
8.00pm : heeeee....siapkan diri 
             1) mandi + solat + .....
             2) kalau ade "keje sekolah", bukak cek Sammy sambil pikir esok nak lunch ape. 
                  hakhak...
             3) Siapkan2 barang untuk masak, untuk bawak bekal esok, dan memasak la, sambil 
                 buat keje sekolah yang manyak tu..hukhuk...
             4) Tengoklah tibi kalau sempat, tak pon hanya Tibi yang tengok saya, hakhak..

11.00pm : Get ready to "dreamland" ~ ;)

huwaa..ajen pulak nak kongsi rutin harian saya, selama 7 bulan ini..hee. 7 bulan dah saya keje?hee..alhamdulillah ;)

Seronok jugak,melihat  mak ayah dapat rasa hasil 7 bulan tu.. alhamdulillah.. =)
Weekend? Next entri, hooyeahhh~nuunite!



...okTober 2012....

Bismillahirrahmanirrahim..



silence is golden by ~ MCG0603
Saya mengharapkan yang terbaik!
maka apa yang perlu?
Saya perlu berusaha menjadi lebih baik!
kenapa begitu?
kerana tuntutannya begitu.


Setiap hari adalah peluang,
Setiap hari adalah jalan baru,
Yang perlu diterokai menjadi insan maju!


Selamat pagi oktober yang baru,
please be so nice with me bebeh ;)



p.s: Macam terasa setiap hari nak buat satu perkara yang sangat baik untuk diri sendiri dan orang lain..~ heeee ;)




Sunday, September 30, 2012

....terlalu banyak kadang-kadang itu....

Bismillahirrahmanirrahim...

Kadang-kadang,
Apa yang kita rasa dekat,
Kita jauh hakikatnya..
Sampai satu tahap,
Sangat jauh,
Jauh dari hati ini...

Kadang- kadang,
Apa yang kita rasa,
Amat jauh,
Teramat berbezanya,
Antara apa yang kita rasa,
Dengan orang lain rasa,
Sehingga sampai satu saat,
Kita hanya mampu lihat dan diam..

Kadang-kadang,
Kita rasa sehabis daya,
Jiwa dan raga,
Memahami,
Membantu mereka,
Namun, hanya tinggal titik nokhtah dihujung,
Tiada ulasan dan sendirian disitu..

Tidak mengapa..
Allah itu ada..
Walau tidak sedikit mengusik jiwa mereka itu..
Dia ada untuk dekat dengan kita..

~mimi

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, September 29, 2012

...Wahai Buah Hati...

Bismillahirrahmanirrahim..



Saat yang paling bahagia adalah saat pabila dapat melebarkan sayap terapung-apung di katil sambil berangan2 minum air kelapa di tepi pantai ~ lalalalalalaa....

Twilight Hope by ~ WolfinMy Eyes
Namuun itu hanya berlaku dalam awan-awan tebal yang mulai tumbuh dengan pesatnya di atas kepala cek mimi.. hukhukhuk...~

Minggu kedua, keempat dan kelima, setiap bulan, setiap sabtu, saya perlu gigih untuk bekerja, haiyakkkkkkkkkk!!!! Tak baik mengeluh..tak baik merungut, mana nak datangnya berkat kan? Bukan susah pong, ari2 bangun pagi kaaaannnnn? (tengah berdiri sambil memotivate diri sendirikk ni =,-)

Lagipong, half day kan? Come on la bebeh.. BUkan ade bosss pong. RIlekkkk laa..hakhakhak.. Sedaya upaya abis sume urat, tulang, dan saraf bekerjasama memberi support sebaik yang mungkin kepada tuan badan..hakhak...

Hakikatnya manusia memang tidak akan larikkk dari merungut. Andai rungutan tu boleh bertukar menjadi "DUHET" tak pela jugakkan? Boleh pi beli kehepsi hari2, mengdomokkan badan yang sedia domokkk, namunnnn, amat mustahil akan berlaku sedemikian...

Bangun tidur.. duduk..baca doa bangun tito.. Cuba pikir, apa yang cuba untuk dicapai arini.. Nak senang cite, tak yah pikir ape2, pi amik tuala, pi toilet, mandi.. pakai comei2, siap2 bekpess, maka bergerak la anda ke tempat kerja/ tempat belaja.. Ye dakkk?

Asenye, bila kita ke tempat kerja/belajar dengan lebih tidak berperasaan, lebihhhhhhhh membantu kita supaya lebih menjadi efektiiiiif dan melupakan hasrat untuk "alaaa, malasssla...malaassss..."..

Kekeke... ~ Suka hati buat teori sendiri. Apa boleh buat, kalau bukan diri sendiri yang motivate diri sendiri, sape lagi kan? Buah hati? Sape ade buah hati untungggla kan..hakhakhak..

Buah hati.. sila motivate saya okeh! ;p
Happy weekend! ^__^



Friday, September 28, 2012

..Takdir...

Bismillahirrahmanirrahim..



Meant to be by ~ marjol3in1977



"..People who are meant to be together,
always find each other in the end.."




This in not just only for husband and wife..
numerous meaning can be find in this phrase..
Mom and her daughter and son..
Friend and her/his truly friend..
Brother and sister..





"When the soul of the son is blown when he is in his mother's womb, 
had set term, fortune,mate and wretched or happy in the Hereafter"

Thursday, September 27, 2012

"Don't simply judge the books, by it's covers.. but.."

Bismillahirrahmanirrahimm..



"Don't simply judge the books, by it's covers.."


Selalu lah sangat kita dengar peribahasa omputeh ni kan? Dari zaman sekolah rendah nak menghadap karangan BM dan BI untuk UPSR. Lepas tu di perkukuhakn lagi masa zaman menjawab PMR yang ada jugak BM dan BI.. Tak cukup dengan tu, SPM pong nak guna term peribahasa ni jugokkk =.-

"boringgg nye la kan...errrrr..."


Tapi walau dok cakap macam mana pong.. Even tukar peribahasa tu kepada bahasa ibunda sekalipun, masayarakat sekarang tetap mahu meng "judge" by it's cover jugak. Tak taw pasaipa degillll la sangat depa ni kan.. =.-

Biasalah. lagi melarang lagi nak buat. Manusia kan? keke. Termasuklah tuan badan sendirikkkk..kekekke.. Makanya mimi ase, tak lama lagi peribahasa tu kena pi tukar la..


" Don't simple judge the book by it's cover, but ... "



Haaa..agaknya kene tambah "but" di situ.. Ini adalah disebabkan pandangan masyarakat lebih memandang luaran TERLEBIH dahulu sebelum menilai isinya... Contohnya :

Kelmarin bos nak recruit 1 lagi engineer baru  untuk membantu saya menerajui kekusutan2 yang membelenggu hidp saya setiap hari.. Makanya, adalah 1 sesi interbiu dengan sorang candidate ni..

Bos: ........
Candidate : ...........
Bos: Okay, I want to ask you. What is the voltage use for house?
Candidate: Emmmm, I forgot because having holiday last week.
Bos: x%+-)9^7%..%$#..



Disebabkan candidate menjawab soklan bos sedemikian ghope, dia telah direject!huhu... Bos mengatakan, this candidate not ready to work.  

Answer 1 : Emmmm, I forgot because having holiday last week.
Answer 2 : I forget, but I remember, I already learn this at university last time.


Answer 1 dan Answer 2, dua2 memberikan makna yang sama, mengatakan tidak tahu untuk menjawab soalan intebiu, TETAPI cara menjawabnya adalah berbeza.

Answer 1: lebih kepada kebudak-budakkan
Answer 2 : lebih kearah persediaan menhadapi interview...


Haaaa..nilah huraian boss kemarin..hehe..Mimi tolong menghupdatekan bebelan bos di "kerana Lily" ini aje..heeee... Maka nya kome dapat tak apa yang mimi nak sampaikan ni?heeee... Hakikatnya bos tak taw pong candidate tu bagus ke tak macam mana cara dia akan bekerja..

Tetapi..

Dek performance nya hanya semasa diintebiu, dengan menjawab soklan sedemikian ghope, Bos telah bertindak mereject candidate sedemikian walaupun candidate itu memiliki kelayakan akademik yang agak baik..Fuhhhhh~ penattt bercerita...heeee..

Walau kadang2 ghope kite ni tak lah begitu penting bukan bermakna TIDAK PERLU dipelihara. Kerana sikap sambil lewa kita, menganggap orang lain berfikiran sama dengan kita, justeru , kita terus mengabaikan perkara2 yang remeh itu..

Maka ada baiknyaaa..


"Don't judge book by it's cover.. 
but Don't let it's cover look so grimy.."


Selamat hari khamis kalian! =.<

Saturday, September 22, 2012

"..aku terima nikahnya.."

Bismillahirrahmanirrahim..




tawen!
tawen!
tawen!



Morning peeps!
selamat2, bagi mereka yang bakal melangsungkan walimahnya, sama ada yang baru nak berkenduri ke, memang baru akad nikah ari ni ke..  Uihhhhh tak sabaq dah nak pi ni. Aikk, bukan pengantin pulak tak sabaq.hehe. Siap dah pakai siap2 baju kurung comei2 pegi opis ni.. errrkk ! =.=

Sahabatku,Semoga kalian bahagia sehingga ke akhinya, insyaAllah ;)

Bileeeee nak taweeenn ni? ammmmboiii, gatainyaaaa, hakhak..~ ala, standard la gatai macam ni kan?keke :p

Wedding by ~ Ironpow

" Perkahwinan bukan hanya sekadar "aku terima nikahnya...". Perkahwinan itu menjunjung suatu amanah-Nya sehingga ke akhirnya.. " ~