Bismillahirrahmanirrahimm..
Hati terluka..
Bila ku sedar..
Kau tiada di jiwa..
Jiwa meronta......
Lagu dicipta..
Sedondon selalu dengan pemilik jiwa kan?
Begitu la juga adat kehidupan. Langit tidak selalu cerah.. Langit berubah dari putih menggamit kelabu datang dan akhirnya berakhir dengan titisan-titisan suci dari langit. Tetapi.. itulah pengembaraan di sebalik pelangi kan?
As we go through our life, same as the rainbow also rite? ;)
Cuma, apabila hati dan perasaan di lukai oleh orang yang kita sayang, orang yang kita akrab, orang yang kita kasihi, kesannya teramat la menggaung hingga ke dalam kalbu. Tak gitu? ;p
Bagi mereka yang tidak merasai sebegitu, syabas! Hati anda memang kental lagi besi, ampuh, tahan lasak dengan segala bentuk elnino, mahupun tsunami yang melanda.
Walaubagaimanapun, sudah namanya manusia. Manusia itu lemah, walau zahirnya kuat. Kerana mereka sentiasa memerlukan sokongan di sisi mereka untuk berdiri, berjalan dan berlari.. Maka mereka berharap, sesiapa yang disayangi, yang paling akrab itulah bersama-sama mengharungi segalanya yang bakal ditempuh di hadapan kelak.
Secara tidak langsung, mereka sentiasa mengharapkan yang indah2, yang manis2, yang positif belaka daripada orang-orang yang mereka sayangi, kasihi, cintai. Namun, sekali tergores, sekali terkelar dek sikap mereka ini, tusukannya tidak mampu diceritakan lagi.
Barang diingat,walau sayang seketat, seakrab mana sekalipun, harus la sedar dan sedar, mereka juga MANUSIA seperti kita.Ingat, MANUSIA. Mereka bukan makhluk yang mampu yang dicipta untuk menjadi "agen bahagia" buat kita 24 jam. Bagaimana kita pernah melukai perasaan orang lain, sudah pasti dan pasti, dan tidak mustahil, mereka juga akan melukai hati dan perasaan kita suatu hari nanti.
Dilukai, melukai, suatu perkara yang mungkin tidak dielak. Terdapat pelbagai sebab kenapa dan mengapa ini berlaku. Yang nyata, andai sebabnya munasabah, sudah pasti tidak menjadi permasalahan. Andai tidak, di situ bermulalah zon muhasabah diri, menelek di setiap sisi, di setiap sudut, di mana salah dan silap, aku atau dia yang salah?
Maka benarlah kata yang tidak dijumpai sumbernya, andai sayangi seseorang itu, titipkan sedikit rasa ragu-ragu, atau hati-hati terhadapnya. Kelak, kita tidak akan tahu, di mana hala tuju kita bersama nya..
Yang pasti kita manusia. Dia manusia. Kedua nya adil untuk mendapat hak yang serupa. Peringatan untuk diri sendiri dan yang lain. No discrimination. No war. Peace. (errr, asal terbalik jek, =.= )