Bismillahirrahmanirrahimm..
Sedang enak,
Sedang selesa berada di dalamnya,
Tika petir sabung menyabung..
Bersambung titisan dari langit yang tiada tanda berhentinya itu..
Marilah..
Letakkan jiwa-jiwa ini..
Merasai yang sedang berdiri di pinggir bahu jalan..
Yang makin kuyup dan kuyup..
Bertambah kuyup disimbahi air simbahan pemecut di jalan..
It's raining again... by ~ Leminton
Hamboiihhhh ~ berpuisi pulak dahhhh.. Jangan salahkan saya ye..hehe. Salah kan pemilik kereta yang ber plat _ _ _ _ yang telah memecut, lalu menyebabkan air di tepi jalan berkocak dan melompat dengan dasyatnya, sekaligus tanpa bersusah payah,mimi terusss dimandikan oleh air itu tadi..huwaaaaaa ~ ~
Udahla berpayung, terkedek-kedek, nak tengok traffic light dah boleh jalan ke belum, tambah pulak kene hal yang ni pulaakkk.. 3 in 1 teruss..hehehe..
Sabor cek mimi, sabor.. Nasib pejalan kaki, beginilah..haha. (ayat kasihan kasi power sikit..kekeke). Lagipun hari ini hari pekerja, tamau mooody2, nak kene chill ~ heeee..
Main point entri ni:
Kalau kita sedang berasa selesa,
Jangan pernah kita lupa, pada orang yang sedang cuba mencari keselesaan itu..
Kerana apa?
Tidak mustahil, suatu hari nanti, kita pula yang akan mengambil alih "tempat" itu..
Makan dalam tak?kekeke, tak delah. Peringatan bersama kan ;)
MUngkin ni balasan mimi jugak. Mungkin dulu bawa kete langsung tak alert @ tak amik perhatian dengan pejalan kaki atau pembonceng moto. Time tengah hujan, main pecutt je jalan tanpa tengok kiri dan kanan. Sekarang? Rasa la ekau mimi.haha. Mende ni tak mustahil kan?
But, bersyukurlah, sekurangnya Tuhan sedang memberi peringatan dan amaran terhadap diri, supaya bersabar, saling mengingati antara satu sama lain, dan saling memberi perhatian. Mungkin nampak hal ni macam simple je kan? Tapi...
Hakikatnya, sekumpulan awan hitam yang tebal bermula daripada setitis air jugak kan?
Main concept tetap sama. Belajar daripada alam. 24 jam non stop. Memang takkan pernah rugi. Dia sedang dan selalu memberitahu hakikatnya kehidupan tanpa kita sedari,
Subhanallah, Maha Suci Allah ;)
16 comments:
aiya cianye lily kne air cmtu... sabor je lah..ish kete tu pon satu la..x alert lgsung kat org2 yg jln kaki..eeee~
luv,
cik ana
jgn emo2 bah aimi sayaaang!
sabar aje la yea..
nanti harap2 tak kene mcm tu lagi
takpe..sabar2...mungkin orang tu tak perasan kot lopak air tu..bersangka baik..:D
alololoo. kasihan iyee kena bah dgn air. saboo jela. hehehh
subahanallah..
mendalamnya maksud entry ni..
tu la..moga diri sy pun sentiasa beringat =)
cian kena air percik ujan..nsb x tertelan kn?haha =p
nape ni syg??
alahai kesian mimie
terkena air
hehehe
btw, nice sgt entri
mendalam maksudnya :)
'org berkereta patut bg salam dgn org tepi jalan yg bejalan kaki'
kan aimi kan..begitu jgk dgn konsep mcm aimi cerita ni..
alah kesiannya mimi...sy pnh kena gitu..sakit hati!
biasalah, yg 'besar' berlagak.. yang 'kecik' je le jadi mangsa, lumrah alam
ala ciannya Mimito kena percikan air becak.
Jaga kesihatan tau :)
-wina1979-
mendalamnya maksud..betul jugak,bila kita kena sendiri baru kita tau dan ada kesedaran supaya tak buat kat org lain..
mmg mintak kaki la org tu
betul. kitaran alam, seperti kitaran manusia jugak.
sbnrnya comfort zone kta adalah dengerous zone kta. ce pk pk kan. kata2 dari prof muhaya ;)
assalamualaikum mimi...semoga kesedaran tu dtg gak kesian nyer...:)
Post a Comment