Monday, April 9, 2012

1# monday BlueSS mimiTo

Bismillahirrahmanirrahim..




Monday Bluesssssss..



MEmey bluessss sungguh la. Bos tak de. Tapi keje tetap ade. Nak rushing2 chase orang, dengan keadaan tak de mood, cenggane tu? Asik tengok jam je.hahahaha. Bile la angka nak menunjukkan pukoi 530 dan ke atas..hahaha.

Tapi sebenarnye, tanpa disedari, kekadang mood kita sendiri boleh mempengaruhi mood orang di sekeliling kita. See! Betapa pentingnya kita mengawal emosi dan perasaan kita.  Kalau orang disekeliling kita jenis yang tak kesah, aku tak pedulik, aku tak berperasaan, aku no hallah, itu lain cite la kan.

Tapi dalam tak kesah, tak kesah ni, mereka kesah sebenarnya. Kalau mereka tak kesah, mereka takkan terdetik, "asal dia ni, moody semacam jek, ahhhh, lantaklah, bukan hal aku, buat pe aku nak kesah.."

Bila ada word "lantak ko lah " nilah yang menyekat emosi orang-orang lain di sekeliling tadi menjadi seorang yang "tidak berperasaan"  buat sementara waktu. Tapi.. Ha, ada tapi lagi..hehehe.

Kalau dibiarkan mereka terus menyekat emosi mereka dengan sempadan "lantak ko lah" ni, macam memanjakan perasaan mereka. Seakan, kita pulak "train" emosi mereka ini supaya bertindak balas menjadi "lantak ko lah". Cuba datang kes, kita tergolek tengah jalan sorang-sorang, and the same time, mereka yang selalu berpegang prinsip "lantak ko lah" nampak pulak kita tergolek2, dan sekali lagi mereka menggunakan prinsip mereka iaitu, "lantak ko lah, nak tergolek ke ape, bukan hal aku.."

Seeee! Bahaya kan? Sebab tu kadang-kadang, banyak jugak perkara yang tidak diingini ni, lahir daripada kita sendiri tanpa kita sedari. Tengok macam hal2 kecik, emosi segala bagai ni, tak mustahil boleh pengaruh emosi orang lain, sekaligus, melatih emosi mereka bertindak sedemikian.

Maka, cuba dan cuba, kawal emosi dari mempengaruhi emosi orang lain. Cuba sedalam-dalamnya. Banyak cara sebenarnya. Berbicara dengan Tuhan? Ya, itulah perkara terbaik. Gunakan waktu solat itu sebaiknya.

Waktu solat itu, waktu yang perlu dinantikan2 oleh semua umat Islam. Kerana waktu itulah, waktu dimana kita bermuhasabah diri, meluahkan segala isi hati dan perasaan hanya kepada Tuhan. Rahsia kita, hanya antara kita dan DIa.Unik kan?

Senggang waktu itu, walau sekejap, tapi nikmatnya, subhanallah, beruntunglah bagi mereka-mereka yang mengambil peluang itu untuk sungguh-sungguh bersama-Nya tika itu..

Maka, monday bluesssss ke.. Tak bluessss ke, keep being positive human! Bila kita positif, secara tidak langsung, orang disekeliling kita pon positif. Kalau mereka tak positif jugak? Itu terpulang kepada mereka. Mereka berhak menentukan emosi mereka. Setidaknya, kita memberi influence yang baik untuk membantu mereka mencerna  emosi mereka.

Huwaaaa..naip belog sego je mata. Bila nak mengadap koje, terus kuyu.hahaha.. Aip2, keep positif mimi. Tak baik bagi orang lain nantok jugak..heeeee.. Selamat hari senin!




9 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

sokong, lagi-lagi buat kerja dengan orang ramai. tu memang bergantung pada emosi kita

mizara said...

yeahhh... your right... ^___^

Cik Sara said...

Yeszzzzaaaa.... mimie blues???

syakey said...

slalu mcm kalau roomate ke kann, mmg banyak pengaruh kalau diorg moody2 ni.

slalu kalau rasa tak senang ke apa2 yg negatif ke, mmg akan solat. dah solat pon,buat la solat sunat apa2. bg neutral blk rasa negatif tu (:

mas saari said...

kalau mood ke laut tu yang susah..

mas saari said...

kalau mood ke laut tu yang susah..

ღKekunangpelangiღ said...

Kerja jangan tak kerja. bhaha ! :p

Faaein Talip Roy said...

mimi bila ngadap blog..

karang berjela-jela pun tak per kan.. hehehe.. ;P


chaiyok2 mimie.. moga rajin2 kan diri buat kerja... =)

Iffah Afeefah said...

Lantakla hehe