Wednesday, April 11, 2012

semoga temui sinarnya

Bismillahirrahmanirrahim..




langit tidak selalunya cerah..
pasti kelamm..
Hujan tidak selamanya lebat..
pelangi pasti muncul menawan keresahan..


Bila waktu aku nak senang..
asik orang lain je..
Kenapa aku..
kenapa jadi..


Pernah kan? Mungkin pernah atau tidak terdetik di hati saat bilamana membanding kan nasib diri ini tidak sebaik orang lain. Lebih memikirkan yang pahit nya dari yang manisnya. Kenapa emosi begitu?

Kerana emosi lebih cenderung sensitif dengan perkara yang membawa kesakitan berbanding kebahagiaan. Betul tak? Jadi, biasa-biasakan diri melatih diri untuk kekal bahagia walau tengah pijak duri yang sarat dengan wayar elektrik :)


Saya ada seorang kawan. Mungkin rezekinya tidak sepantas yang lain. Saya yakin dia pasti menemui rezeki yang memang terbaik untuk dia. Puas sudah memberi semangat dan semangat supaya dia yakin dan tawakal yang lebih sempurna kepada-Nya..

Tapi saya faham akan keadaan dirinya. Apabila kita berhadapan orang lain, masyarakat luar yang tidak berada di tempat kita, yang sewenang-wenangnya melontarkan pelbagai andaian dan kritikan tanpa mempedulikan nasib mereka yang dikritik.

Tetapi berkat kesabaran, berkat hasil usaha, walau LAMBAT, berbanding orang lain, akhirnya, TUhan telah menjawab segala persoalan yang membelenggu diri nya selama ini.
Persoalan?

1)Tuhan memberi peluang kepada nya untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya, sementara dia masih belum menemui peluang kerjaya untuk dirinya.
2)Tuhan memberi peluang kepadanya untuk dirinya mendidik erti kesabaran yang jarang-jarang dimiliki oleh seseorang hamba-Nya..
3)Tuhan memberi peluang agar dirinya menjadi seorang yang cekal dan tabah walau hari-hari berdepan dengan telahan manusia yang aneka ragamnya..
4)Tuhan memberi kenikmatan dirinya menjadi sahabat yang benar2 "sahabat" dikala sahabat lain dalam kesusahan.

15.52 - Bottle of Luck. by ~  dragonfly-oli


Subhanallah. TIdak dijadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Kalau benar kita rasa sia-sia, kenapa kita masih hidup? kerana Dia. Setiap hari. Setiap saat. Dia memberi nikmat dan cinta-Nya supaya hamba-Nya sedar akan kewujudan diri-Nya adalah untuk seluruh hamba-Nya..

Jadi buat yang di luar, yang membaca ini, yang masih belum ketemui tujuan kehidupan, yang masih belum berjaya mencapai aims yang hendak dicapai, apa yang perlu kamu semua buat, 

SABAR+USAHA+TAWAKAL+JANGAN PUTUS ASA = SEGALANYA BERSERAH KEPADA-NYA

Nampak macam mudah kan? Memang mudah, tapi berapa ramai yang betol2 konsisten untuk buat ini semua? Maka, cuba2, latih diri untuk menjadi kan frasa di atas ini sebagai kata kunci untuk capai matlamat dalam kehidupan.

InsyaAllah..pasti ketemui sinarnya..



p.s: Buat kamuuuuu yang disayangi, semoga berjaya menjalani kehidupan baru, dunia baru, cabaran baru esok hari, semoga dipermudahkan segalanya..insyaAllah.. aminn ;))



19 comments:

sergeant keroro said...

opah, dah lama tak datang. sori ye, huu.

gudluck ye opah, keje leklok XD

Ini Kisah Tia said...

insyaAllah ...

Bidadari Syurga said...

amin.... akak suka yang persoalan tu... sejuk hati baca... dah semakin matang adik akak ni... jaga diri ok... rezeki dan ke semuanya datang dari Dia.... usaha dengan berdoa moga diperkenankan... segala urusan

Ezad Skytech said...

yang penting jgn cepat down..putus asa semua tu...:D

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

buat baik lebih senang dari buat jahat.. sbb pas buat baik hati rasa senang, bila buat jahat, apa rasa? :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

insyaALLAH.amiinn.

mas saari said...

bukan senang nak senang, jadi kena rajin berusaha dan berdoa..

Kancil 8349 said...

cari semangat yang hilang...good luck

ShahzCudin said...

yg penting skali ialah jgn sekali-kali putus asa..cuba sedaya yg boleh

[sutera kasih] said...

doakan sis mu ni cpt2 dpt keja huhu

maszull said...

assalamualaikum mimi....alhamdullilah moga d'permudahkn semuanya...:)

Rapunzel Cikilolo said...

cik lily, aku suka bandingkan diri dengan orang lain... kadang-kadang aku sedih, kadang-kadang aku syukur. aku manusia, permudahkan yang terbaik

cik najihah said...

sabar & doa..insyaAllah akan berhasil

Iffah Afeefah said...

Erm untungla ade kamuuuu kn haha

kura said...

tak ada satu pun yg sia sia. setujuu!

sis92 said...

cik lily sis datang

mmg terkadang selalu sgt mengeluh
nampak sangat tak bersyukur kan.. huhu

semoga kita semua sentiasa ingat Allah ada sentiasa bsama kita susah sng kita..cuma kita je tak endah.

msredcheesecake said...

Walau susahnya kita, sentiasa ingat ada yg lagi susah dari kita. Jangan lupa bersyukur....

khairunnisa ♥ said...

bersabar k :) Allah is with us~

syakey said...

latih diri untuk itu.

bersangka baik pada Allah,pada apa yang Allah tetapkan. (: