Monday, April 23, 2012

ketakutan dalam mencerna kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim..




Pernah tak fikir diri akan dilamar?
errrrr, pernah..

Pernah tak fikir diri akan berjauhan dari keluarga asas yang sebenar setelah dilamar?
eeerrrrr, penah dan takot untuk fikir..

Errrr.. DIam tak diam, semua manusia didunia ini akan melalui frasa kehidupan berperingkat-peringkat.

bayi>>budak kecik>>budak separa beso (remaja)>> mak dan bapa budak (dewasa)>> atok dan nenek (dewasa kuasa 2) >> .......(isik sendirik!..heeee)


Kita tidak akan tahu, sesiapa pun tidak akan tahu bilamana saat nafas itu akan berhenti. Apa yang manusia tahu, mereka akan terus berjalan untuk mengecapi impian mereka. Yang itu pasti. Sama ada tercapai mahu pun tidak, itulah GOAL yang paling utama dalam hidup mereka.

Apabila bercakap soal dilamar dan sebagainya, semua manusia itu pasti ada keinginan untuk berkeluarga "baru", yakni memiliki teman hidup yang akan bersama-sama dengan nya menyusuri kehidupan, melahirkan generasi2 baru yang bakal mewarisi gen2 dan baka darah daging mereka, bagi mewarnai pentas kehidupan penuh aneka warna ini.

Tapi..

Setiap kali kita memiliki sesuatu, kita pasti akan meninggalkan sesuatu? Perasan atau tidak wahai sidang pembaca ku sekalian? ;)

Makna kata meninggalkan ini bukanlah bermaksud, kita tidak akan langsung menemuinya, tetapi corak dan ritma kehidupan kita jelas akan berubah.

#Dulu:
Tiap-tiap bulan mesti balik kampung jumpa mak ayah.
#Selepas berkahwin:
Masih lagi berjumpa tapi tidak sekerap dahulu, kerana bergilir-gilir untuk melawat mak dan ayah mertua juga.


#Dulu:
Bermanja dengan mak, tidur bawah ketiak mak. Mak pegi mana pong wajib ikot walau ke tandas sekalipun.
#Selepas berkahwin:
Ouhhhh, harus suami menjadi tunggak utama (bagi si isteri) dan bagi suami, 2 orang emak perlu didahulukan disamping, tanggungjawab dari suami untuk isteri turut perlu bergerak seiring.


#Dulu:
Apa2 masalah, segera yang mungkin mahu refer terus kepada mak dan ayah. IBarat mak dan ayah itu balai pengaduan masalah.
#Selepas berkahwin:
Berfikir 2, 3, 4 kali dahulu nak cite kepada mak dan ayah, terutama hal2 melibatkan rumah tangga, agak tidak sesuai diceritakan kepada orang lain. Suami tumpuan utama. Tapi kalau suami pun tidak mahu diajak berkomunikasi, tambah lagi 1 masalah.


Yang jelasss, mimi sendiri, agak takut bila memikirkan ini ya (ini bukan sebab gatal nak kawen ye, hahaha). Inilah realitinya kan? Dah tak boleh selalu ngendeng2 dengan mak. Mesti hari-hari rindu kat mak dan ayah. Macam ni ke? Ke dah lupa mak ayah bila dah kawin? Sebab ada suami, si jantung hati, limpa dan buah pinggang idaman hati? Nauzubillah..huuu.. Takmooo!takmooo!

Yang jelas nya sekali lagi..
Tanggungjawab tetap tanggungjawab kan?
Peranan tetap peranan kan?
Hubungan antara ibu ayah dengan anak, tetap selamanya kan?
Lumrah hidup tetap lumrah hidup kan?

Di sinilah, segalanya akan terbukti. Apa yang terbukti itu? Jom tengok, ini apa yang mimi fikirkan kan ;)

1) Kita berkahwin atas dasar apa?Tuhan?Cinta?ikot2 orang?seronok2?
2) Betulkan kita menjadi anak yang baik dunia dan akhirat walau apa pun yang terjadi, even dunia terbalik sekalipun?
3) Adakah kita sedar apa erti tanggungjawab, dan apa betul2 kah kita melaksanakan tanggungjawab kita itu?


Kalau ada yang nak kongsi boleh kongsi kat komen ye ;)


Oleh sebab itu, perkahwinan, kerjaya, kehidupan, perkara yang boleh dikatakan kemuncak kepada perjalanan kehidupan sesorang manusia itu. Adakah jiwa dan rohaninya sudah benar bersatu dengan Tuhan untuk beroleh barakah dalam hidupnya?

Segalanya, tepuk dada, lafazkan bicara yang sarat diminda, moga ketemui jawapannya..InsyaAllah ;)



p.s: Betulkan niat, ikhlas kan hati ;))


13 comments:

cik najihah said...

bace post akk ni takut pulak sy hihi..sedih nk tinggalkan kehidupan sebelum berkahwin

suriani azwan said...

http://azwansprincess.blogspot.com/2012/04/sapa-nak-link-blog-hangpa-ada-kat-sini.html

syakey said...

sis, bila nak jemput makan nasik minyak ni. hehe.

skrg dah rajin baca pasal perkahwinan *tetibe* :D lagi lagi hilal asyraf dok asyik buat artikel pasal sebelum aku bernikah. dari situ terbuka la sikit minda tentang apa sebenarnya perkahwinan dan how to prepare ke arah sebuah perkahwinan.

tapi pendapat la, sampai bila kta nak berkepit dengan ibu bapa kan? xpa insyaAllah semua Allah permudahkan, xkan terpisahnya anak dengan ibu bapanya kecuali nyawa di tarik Allah.

manja la kak mimi niiii :P

mas saari said...

mula2 memang kita akan rasa camtu tapi bila dah kahwin automatik kita akan tahu tanggungjawab...
tapi kalau boleh biarlah betul2 bersedia!

Lea Isnawi said...

amboi mimi ni mcm dh tak sabar nak kawen je
hehe

tapi kan sebenarnya lea pun xsabar nak kawen
nak tambah banyak pahala, nak ada baby

hehehe

Hanie Dew said...

mmg semua bermula dari niat. dari niat jugakla terbentuk nya macm mana jalan kita selepas fasa itu nanti.

kura said...

wah. malas pk lagi pasal kawen. hekhek

naim said...

salam alaik akak

nampak sudah sampai seru.? hehe

jom baca dan komen:
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/04/ptptn-bagaimana-hujah-anda-wahai.html

Woofer Storm said...

dulu dan lain ada beza..namun bukan bermakna kita dah lupa siapa kita yang sbenarnya..

#suka entry ni..best

Kaca Lensa said...

nant kalo g kursus kahwin, lg tersentap adik kayu, ble dia kte pasal tanggungjawab.. dah sedia?? jom g kursus kahwin!!! haha.. p/s: padahal ak pon xg lg.. =P

Iffah Afeefah said...

Sy nk kwen ngn spe eh

Prettywrite said...

kalo pikir pasal ni memang menakutkan..tapi bila dah sampai masa mesti kita tahu tanggungjawab kita kan..:)

maszull said...

assalamualaikum mimi....sebelum mmg mcm tutapi bila dah alaminya sendiri dah jadi biasa je....:)

p/s wah !! lain mcm je n3 nak kawin ke...?jgn lupa ye mama kat sini...:)