Monday, July 30, 2012

Day 10 of RamaDhan

Bismillahirrahmanirrahim..



Opocot!
eiissshhh, bagi salam la..heee.. 

Salam semua!
Dah kenyang peyot?garu2 peyot? Terawih pakat pi  buat tak? Ke Terawih atas katil?heeeee.. Semoga kita masih beristiqomah untuk mengimarah terawih yang hanya tinggal 19 malam sahaja lagi..InsyaAllah ;)


Noonday Sun by ~ Einsilbig

“Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya.”

[Surah Al-Bayyinah :5]


Hakikatnya hati manusia ini tidak mampu menipu Pencipta mereka, bah kan juga hati mereka sendiri. Sejauh mana pon mereka berselindung di balik kepulan awanan tebal sekalipun, masih ada kabus2 jaring yang masih menampakkan keoriginalan diri mereka itu..

Begitu jugalah dengan "Ikhlas" itu. Nilai ikhlas itu tidak mampu diukur dengan mata kasar apatah lagi dengan mana-mana alat penimbang tara di dunia ini. Hanya hati yang benar-benar rapat dan rebah kepada Pencipta mereka yang mampu merasai keindahan keikhlasan hati itu..

Sejauh mana kita ikhlas? Ikhlas dalam beribadah?Ikhlas dalam belajar?Ikhlas dalam bekerja?Ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai anak?Suami?Isteri?Sahabat?

Ternyata segala hal yang berlaku setiap detik itu, tidak terhitung dalam benak fikiran kita, apa kita ikhlas mahupun tidak. Payah kan? Ya, susah. Tidak mudah untuk merasai sesuatu yang indah, tetapi tidak susah juga untuk mendekatinya.

Sama ada mahu atau tidak. Bisikan kata2 nista hati selalu membutakan keikhlasan yang mulai mahu berbunga menghiasa kamar hati. Perlunya Tuan kepada hati ini kuat, kuat dan kuat berada di tunjang yang betul, bagi memiliki nilai keikhlasan itu.. InsyaAllah..

Emm, sejak beberapa hari ini, hati mulai resah, tidak ceria, tidak semanis dahulu, apabila tiba waktu bekerja. Emm.. sedang cuba kuatkan hati. Kalau dulu, ini yang aku mohon, ini yang aku doakan hari2, agar beroleh pekerjaan. Tapi tak tawulah kenapa hati ni tidak senang..huuu ;(


"wahai hati ku..
Jangan dikau menjadi hati yang tidak tahu bersyukur..
Jangan hitamkan diri mu hanya kerana perkara yang enteng..
Lapangkan diri mu..
Ingat kembali..
Bagaimana ayah mu yang tidak henti2
Memerah keringat, bekerja..
Sebelum kamu lahir..hingga kini..
Tidak pernah mengeluh walau sedikit pun..
Kau bekerja kerana apa..
bimbingla Tuan mu ini kepada yang benar..
Lagi ikhlas..
Agar mendapat redha-Nya..
Jadikan Ramadhan ini,
Pengikat kasih sayang antara kamu dan Tuhanmu..
Supaya sentiasa tidak jauh dari mensyukuri nikmat-Nya..
Amin... "


10 comments:

Mrs. Abi said...

ikhlas ibarat semut hitam yang berada pada batu hitam dikala malam yg gelap.... hehehehe...means tak nampak

(amik dri novel SUAMI AKU USTAZ)

trialtodelete said...

Apa2 yg kita buat semua kena ikhlas kerana Allah

Tak kira dlm pelajar, berkawan, bercita & sebagainya

http://igossiprizal.blogspot.com/

piko said...

sedihnya sekejap je masa berlalu.. 19 malam je dah tinggal...:'(

semoga kita terus istiqamah.. amin.:)

Unknown said...

Ikhlas kan hati hurm

syakirahmn said...

mulut kata ikhlas. hati belum tentu lagi.

harap-harap bila dah mulut terbiasa mengucapkan rs ikhlas, tingkah laku di didik untuk menjadi ikhlas, lama-lama, mungkin hati juga ikhlas. mudah mudahan. :)

Anonymous said...

wslm... insyaALLAH kite cuba jaga hati kite.... :)

Bulan Syurga Firdausi said...

hari ni 11 da masuk fasa kedua kan ya allah cepatnye mase berlalu...

shafiqabdshukor said...

betul.. susah kita nak cari ikhlas tu...
tap bila2 lama2 kita buat suatu pekerjaan tu insyaALLAH ikhlas itu akan hadir...
selamat beribadah..

-meeSUPERGIRL- said...

tak kire lah buat ap pon yg penting buat dgn ikhlas . agi2 beribadat . kan?

Himawari Mirsada said...

jp jer..rs pose kn dah nk smpi tgh da