Tuesday, July 31, 2012

Day 11 of RamaDhan

Bismillahirrahmanirrahim..



Salam Ramadhan yang ke-11 ;)

11 hari dah kita berposa kan. Terasa posa kali ni kejap je.. Ke mimi je yang rasa macam tu?keke. Adakah kerana dek petama kalinya berposa sebagai seorang pekerja? Ralit buat keje sampai tak sedo yang sedang posa? Ohh, ayat itu sungguh tidak boleh dipercayai ye..heee :p


Fight For Your Life by ~ darkcalypso


Berposa = Menahan diri

Menahan diri dari apa? Bukan sahaja kelaparan atau kehausan, malah menahan diri, atau dengan lebih dekatnye, menahan nafsu ini dari segalanya. Menahan nafsu amarah, menahan nafsu  makan yang melonjak2, menahan nafsu yang bukan-bukan, menahan nafsu dari pembaziran.

Pendek cite, menahan nafsu dari segalanya la kan?
Saitan diikat, tapi nafsu itu lebih dasat dari saitan. Tiada saitan tidak bermakna diri sudah merdeka. Perlu dihengat, dugaan lebih mencabar.

Lagi 10 minit nak berbuka, gedebookkkkkkk file bertimbun, bos dengan TETIBE je bagi kerja, errrrkkk! ase macam nakkkk _ _ _ _.. Tak tawu nak describe perasaan time tu macam mana. Dia lope ke aku ni posa.huuu.. Tapi nak buat macam mana, dia bukan Muslim, maka mampu menangis dalam jiwa T___T

Hengat dalam hati, kuatkan diri, istigfar, inilah indahnya Bulan Ramadhan. Jika tiada bulan ini, tidak mungkin akan merasai perasaan sebegini..

Dan seandainya bulan Ramadhan ini tiada, tidak mungkin mimi akan berpeluang untuk menaruh prasangka baik terhadap Tuhan. Mesti Tuhan mahu aku belajar sesuatu di saat ini. Cuba dan cuba untuk terus senyum dan redhakan hati dengan ujian yang berlaku..

Sungguh posa itu membawa maksud, sebenar2 maksud, untuk "Menahan Diri "..

Menahan diri daripada amarah ..
Menahan diri daripada berkata2 yang bukan2..
Menahan diri daripada bertindak tidak rasional..
Menahan diri daripada berprasangka buruk terhadap Pencipta..
Menahan diri dari segalanya..


Selamat bersahur semua! =.<



5 comments:

Lia Irdelia said...

terbaik dari cik adik sowang nih,,
hehehe

samat malam dear.. :)

Munira Yaakop said...

nice entry...slmt b'puasa smoga amalan kite d trime =)

maszull said...

assalamualaikum mimi...betul tu mama sokong semuanya kena berposa yer..:)

vendoline said...

redha je.hehe time ni la nak kumpul pahala lebih sikit

syakirahmn said...

tahan diri dan displin diri. moga apa yg ditahan tahan ni pon, boleh la membentuk pribadi yang lebih baik lepas bulan ramadhan ni.

tp mmg la sis, kte yang tak keje tgh cuti pon rasa masa berlalu sgt cepat. skrg dh 12ramadhan. sikit lg dh separuh. :(