Friday, May 6, 2011

seHari seBeloM esok

bismillahirrahmanirrahim..

Indahnya pagi ini ya.Pagi-pagi saya di UTM Skudai yg sememangnya akan selalu diingatan ^_^. Semalam tidur la dalam pukul 3++ lepas bersembang panjang dengan cegu FINANCE saya. Terasa lawak pulak belajar dari jauh, tapi apakan daya, Ilmu suatu yg subjektif, yg boleh diambil, dipelajari, diingati dalam apa jua cara. Bermula dgn SMS,mungkin cegu saya tu geram kot, tanpa membuang masa, terus kol! *hihihi...sayang cegu* Sampaila sembang-sembang topik yg luar dr FINANCE. *sgt seronok!!!, tak pernah x seronok bile sembang dgn cegu saya*. Semoga cegu saya selalu dipermudahkan kehidupan, dimurahkan rezeki ye, syg ceguuu selalu =)

Selalunya jarang stay pagi2 ni, tapi pagi2 ni dah print segala mende yg belom pasti nak bace ke x. *hahaha, yg penting print dulu, lagipun kertas banyak, tamo bawa balik paper,hu3*. 

okey, list to do today:

1) study ENGINEERING MANAGEMENT sampai lebam
2) pick up balik draf tesis yg abah dah tanda
3) makan la, apa lagi
4) sudah semestinya kewajipan saya sebagai jasad di bumi ini

ha, mcm tulah sedikit sebanyak perjalanan hari ni. Tetibe tadi, teringat pasal Jalaludin Rumi. Saya ni, x de lah pandai beno nak ngarang2 puisi, tapi suka jugak la baca puisi2. So nak kongsi sikit Quote dr Jalaludin Rumi yg agak bes la ^_^

"Only from the heart Can you touch the sky." 
- Jalaludin Rumi-

Mungkin apa yg cuba disampaikan disini, apa2 yg kita nak lakukan, semuanya bermula dari hati. Mean, "NIAT" mesti mawwww betol. Ingat MESTI MAW!!! Cakap pasal niat, teringat sama my Senior yg baru2 ni kahwin dgn my Senior gak iaitu :

mr.Muzaffar & mrs. Hasnizom
(x terlambat kan nak ucap, selamat pengantin baru, he3)

mr.Muzaffar said, "Betolkan niat, ikhlas kan Hati". Dgn adanya niat yg betul, maka ikhlas itu sudah semestinya selalu mengiringi tiap perjalanan yg kita lalui, sama ada kita suka mahupun tidak. Tol x?

Contohnya la kan, mak kita dok suruh kita amik lesen keta tula nila, Kita pada awalnya, aduhai, malasla, x maw la, nantilah, tapi kalo kita buat apa yg mak kita suruh tu dgn niat yg baik (Lillahi Taa'la, dan kerana Ibu yg sgt prihatin dgn kita itu), sebenarnya, semua itu akan memudahkan perjalanan kita di kemudian hari. Senang nak ke mana2, bila time2 urgent, boleh nak pinjam or sewa mana2 kereta ke moto ke ape. See? Banyak hikmahnya. ^_____^

Makanya, bermula dgn hari ini, bangun je pagi2 tanya kat diri sendiri :

1) apa yg kita nak buat hari ni?
2) kenapa saya mesti buat bende tu?
3) kerana apa sy buat benda tu?

Haa, sekiranya segala apa yg kita lakukan bermula dgn nawaitu yg baik, InsyaAllah, segalanya akan tercapai dgn diiringi rahmat Yang Maha Esa itu =)

Waa, pjg gak ek, saya bebel hari ni.he3..Sekali sekale, berkale2..oklAh, maw pegi mewangikan diri dulu, jap lagi nk start study. MIMI!!! study!!! jgn STADO!!!he3..

~ tutu, titi, tata~

No comments: