Bismillahirrahmanirrahim..
Dalam kehidupan ni banyak ragam kan? Aneka jenis sikap dan "peel" manusia. Pelbagai rentak dan cara manusia itu sendiri menyempurnakan hidup mereka yang kadang-kadang, mereka sendiri tidak pasti apakah hala tuju hidup mereka hakikatnya.
Begitulah juga dalam bersahabat kan?
Setiap hari kita akan berjalan, dan setiap detik dan saat juga kita tidak pasti sama ada kita akan berjumpa dengan sahabat yang baru mahupun yang lama. Kadang-kadang berjalan tepi jalan pun, kita ditakdirkan untuk dipertemukan dengan sahabat yang 10 tahun telah terpisah lamanya.
Makanya.. Tidak musatahil juga, dalam beberapa saat , kita akan temui sahabat baru. Tetapi sejauh mana kan erti persahabatan ini? Pernah kah kita nilai sejauh mana kita benar-benar menetapkan di hati kita yang kita ingin menjadi sahabat nya?
Kawan yang 10 tahun lamanya kita kenal sekalipun, kadang-kala, masih samar-samar lagi untuk kita memahami mereka sebagai seorang sahabat, apetah lagi yang baru 2, 3 hari kita kenal ini. Tetapi tidak mustahil, dengan hanya 2, 3 hari ini kita mampu menjadi lebih akrab berbanding yang 10 tahun lamanya kita kenal.
Sebab apa? Sebab NIAT. Betulkan niat, ikhlas kan hati. Bila niat betul, insyaAllah, datang la apa pun, segalanya pasti lancar, mudah, diberkati insyaAllah oleh-Nya.. Bila niat yang mula tersasar, mulai "ting tong" itu yang mula serabut, dan akhirnya sendiri maw hengat la kan? :p
Jadi, cuba baca status mimi ni;
Mimi ase, kalau kita mahu diri kita untuk difahami, diterima, di hormati, cuba kita sendiri menjadi seperti "mereka" yang ingin difahami, diterima dan dihormati. Persahabatan memerlukan 2 jalan. Pergi dan pulang.
Aku pergi membawa kasih sayang kepada kau. Dan kau pulang dengan membalas kasih sayang kepada ku.Ayat ini bukan ayat PAKSA RELA. Tapi inilah realiti hakikat makna kata persahabatan sebenarnye. Betol dak? Maka, perjalanan itu sentiasa "keep going", "non-Stop" di samping berbekalkan niat yang betul, "aku benar2 ingin menjadi sahabatnya..".
Jadi, kembalikan hati dan diri supaya sentiasa dididik untuk benar2 menjadi orang yang jujur dalam bersahabat. Kalau kita lihat dia tidak dapat menerima kita,cuba kita lihat, kenapa? DI mana salah kita? Adakah kita juga tidak dapat menerima dia seperti mana dia tidak dapat menerima kita? Atau pun ada krisis dalaman yang terselindung yang menjadi hijab antara mata kamu dan dia?
Kadang-kadang kita menjadi terlalu over protective sehingga kita tidak sedar kita menjadi seorang yang kejam dengan mementingkan diri sendiri. Ini tidak bermakna, kita tidak memberi ruang terhadap diri kita untuk diutamakan, namun, kita perlu ingat, kita tidak juga mampu berdiri sehingga kini, andai tiada nikmat kasih sayang-Nya yang dizahirkan melalui orang-orang disekeliling kita. Betol dak?
Maka, kita berhak menjadikan hati kita bahagia, namun, orang lain juga berhak menikmati kebahagiaan dan bukannya kesengsaraan dikala kita mengecapi kebahagiaan itu..
Life will be happy ever after ;)
InsyaAllah... ;))
6 comments:
Opah smpqt lg update
mekasih sbb entry ni
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
macam tu la cara nak pilih sahabat. berpada-pada pada yang baru.
sahabat.. harus di nilai dari segi aspek rohani dan nilai murni. :)
terus terang aku cakap.. semua kawan aku aku anggap sahabt.. tapi masih ada jugak yg tikam aku dari blakang.. apa la salah aku.. hilang semua kpercayaan aku kat kawan2 yg lain..
bersahabat biar ikhlas bukannya ada udang sebalik batu..
Selagi kita bersahabat kerana Allah, InsyaAllah, semua baik2 saja ^^
Post a Comment