Saturday, March 31, 2012

bebeRapa Angka itu..

Bismillahirrahmanirrahim..




nothing lasts forever. by ~ Shutter-Shooter


Setelah sebulan ++ menjalani kehidupan baru, tanggal 30 Mac 2012 ini,jeng2..heeee.. Saya telah melihat beberapa ketoi angka dalam akaun saya..heeeeeee ;)

Alhamdulillah..

Terima kasih Ya Allah,

Terima kasih mengurniakan saya ibu dan ayah yang sentiasa menjadi pendokong kuat jatuh dan bangun saya..

Terima kasih menghadiahkan saya keluarga yang sentiasa tidak pernah menjemukan diri menyokong diri saya..

Terima kasih menlimpahi kasih sayang-Mu dengan hadirnya sahabat, baik yang realiti, mahupun hanya di maya, yang sering kali menghupdate tentang perkabaran diri saya..

Terima kasih ya Allah..

Terima kasih membuahkan..membungakan lagi, kehidupan ini..
Dengan nikmat2 ini..

Alhamdulillah.. ;)

Heee.. ase seronok melihat beberapa ketoi angka tu..hehehe. Walaupun tidak sehebaaakk orang lain, tetapi terasa puas, inilah yang aku usahakan selama ini.. ;) Macam nak tito dengan senyuman paling panjang kalah jambatan yang terpanjang dan tertinggi kat dunia yang bertempat di China yang bakal digunakan esok ye.. :p

Berapa ari saya tak hupdate?

gagagaga.. rindu semua..rindu "kerana Lily.."

Jom titooooo! Nunite! ;))


Sunday, March 25, 2012

(25 March 2012) - small gathering time

Bismillahirrahmanirrahim..



tak de ape nak cite
tapi tepaksa cite
hahahahahhaha
.



.
.
.
 okeh, staright to the point!


Gambar muke takde sebab kami berdua pemalu. Berdua? yelah, tak kan sorang nak makan dua kek, malu la, dah la demok, dabel demok.kekeke.. Tapi saje nak mention tu tangan saya yang buat peace tu wakil saya lah!keke



Satu untuk opah(ehemm, tu nama manje saya untuk keluarga blogger saya..kekek) dan satu untuk kak ngah (my cucu), hehehe.. Comei tak? Tengah syok2 makan menikmati kek, tetibe datang seorang yang kurang sempurna pancainderanye, lalu cucus telah membeli dan menghadiahkan seketol keychain ni kat saya..keke..


Heee..

Ape ni? mesti blurr kan?keke. Takde ape. Perjumpaan yang tidak dirancang. Bangun pagi, tetibe set date, terus jumpe, beberapa orang blogger yang dah lama saya kenali,lama ke? keke.. Lamelah jugak kot, start taon lepas, dan alhamdulillah, baru hari  ni dapat jumpe.heee..

Sapeee? heee.. sile lawat dua blogger hot ni... DIA dan DIA.. heee.. So, lepas ni, sape pulak nak jumpe den? Jommm ahhh kite detim2..hahah :p

Yang pasti terlalu banyak input yang disembangkan sampai terlope ambil gambor bertiga.keke. Dari start hal2 privasiiii..upsss, sampai la ke hal engineering..keke..Indahnye bersahabat. Kome2, saya bangga bersahabat dengan kome! ;)

KOme2 yang lain pong mimi berbangga jugak dapat kawan2 dengan kome, sebab tanpa kome, sapelah saya, si Lily yang tak pandai nak kurus2..hahaha :p





Saturday, March 24, 2012

terlambat tetapi selalu awal

Bismillahirrahmanirrahim..








Ehemmm...amboiii..potong kek tu ingat tak orang sowang-sowang di perantauan ni..huk3..sile la poss sikit kek coklat yang enak tuuuuu..

kekeke..

Selamat hari lahir apak ku yang ke 51 pada 21 Mac yang lalu..upsss..terlambat posssstt sebab bizi benoo nak cari gambo yang sesuwaiii la..:p

Gambar di khassss di curiiikkk oleh anaknya cik aimie amalina di laman muka buku, untuk diciloppp dan cut dan dipaste kan ditayang kat semua orang yang baca Kerana Lily ni (berani la kan bubuh gambo apak sebab apak tak taw anak die ada belog..hahahahahahah)

Semoga apak dilindungi.
dirahmati..
dipelihara..
disayangi..
di kurniakan rahmat di dunia dan akhirat..

dan..

dimurahkan rezeki supaya dapat menggemokkan anak dia lagi..hahaha..
sayang apak sangat2! ;)



p.s: tuaaa dah apak, rambut pong makin tak de sebab dok kire duet jek..ish2..sian apak, nak bawa apak gi yun nam ah..kekek..boleh dok?



nuunite kome!



Thursday, March 22, 2012

8# kata aamaLina

Bismillahirrahmanirrahim..




Hari-hari bangun pagi dengan suatu harapan,
ya..
Harapan hari ini akan lebih baik dari esok..
Bagus kan?

Maka, berjalanlah suatu perjalanan hari ini,
dengan nawaitu yang agak baik di situ..
Alhamdulillah..

Tiba di pertengahan jalan,
Fikiran menerpa, alangkah bagusnya kalau aku..
Mendapat sesuatu yang membawa keberuntungan terhadap diriku hari ni..
Baguskan..?
Kerana niatnya masih dalam "wilayah" memperbaiki diri,
dengan memiliki sesuatu yang baik untuk dirinya..

Maka dia berusaha kearah itu..
Usaha dan usaha..
Get it!
Alhamdulillah..
Aku dapat, apa yang aku hajati..
sekaligus, 2 niat ku pada hari ini tercapai..
Tetapi kalau boleh aku nak cuba yang begini pulak..
Orang lain boleh dapat, kenapa aku tidak?
Bagus kan?
Kerana dia tidak mahu diri dia sentiasa berada pada paras "selesa"
Selagi termampu dia mahu berusaha,
memperbaiki diri..
Maka, masih lagi dalam "wilayah" yang sama seperti nawaitu yang sebelum2 ini..

Diteruskan lagi perjalanan hari itu,
Usaha dan usaha dan usaha 2 kali ganda lebih daripada mengusahakan nawaitunya
yang terdahulu..
Namun, mungkin bukan sudah namanya rezeki milikku,
Kali ini, aku gagal..
Kenapa?
Apa aku tidak layak?
Sedangkan yang lain setaraf dengan aku layak?
Kenapa aku tidak?
Apa lagi yang kurang?


Maka, bermula lagi suatu perasaan yang baru..
Yang cuba menggoyahkan keyakinan yang dahulu..
Yang berpegang "rezeki itu milik Dia, maka Dia pengurnia segalanya.."
Apa ini semua?

Apa yang mimi nak cuba sampaikan kat sini, serba sedikit tentang diri mimi. Fikir sedalam yang mampu, mimi rasa mimi tamak! haloba! 

Aku ni tamak lah..
Tak tawu nak bersyukur ke?
Ko minta itu, tuhan bagi..
Ko minta lain lagi..
Lepas tu bila tuhan tak bagi..
Apa kau pikir?
ko tak de pikir ke yang Tuhan tu dah bagi macam2 kat ko sebelom ni?
ce ko pikir, bapa ramai kat luar yang kuranggggg nasibnya banding ko?
Tak sedar diri lagi ke wehhh?


TUhan tu bukan tak bagi apa yang kita nak. DIa cuma bagi apa yang kita perlu. Dalam sedar tak sedar, Dia dah banyak mengabulkan perminntaan, doa, harapan, macam-macam lagi lah. Dia tidak sanggup melihat hamba-hamba Dia terseksa dengan kehidupan sementara ini..

Tapi..

Diri ni selalu bolos.Jerlus. Terperlus dalam asakan nafsu yang melampaui batas. Tak pernah nak sedar. Tak pernah nak ingat. Tak pernah nak merasakan segala yang ada sekarang ini just nice for you dear.. Tiada yang lebih baik perancangannya melainkan perancangan Dia..

Aihhh.. Go back to the fundamental mimi. Ingat ye kawan-kawan, kalau ada yang rasa macam apa yang mimi rasa, moh la kita kembali kepada perkara-perkara asas. Mudah-mudahan, segala-galanya terjawab, dan pasti sepastinya ada hikmah yang paling hebat untuk diri ini.. Subhanallah ;)


Sejak akhir-akhir ni selalu bersedih dengan perkara yang tidak seharusnya disedihkan. Tak baguskan? Ingatlah Dia. InsyaAllah terjawab segalanya..

Wednesday, March 21, 2012

kerana sifat-Nya

Bismillahirrahmanirrahim..





Mungkin tidak semua mata melihat..
Tapi ada satu,
yang tidak akan sekali,
menjatuhkan pandangannya..
kamu tahu bukan?


Mungkim tidak semua merasa,
apa yang kamu sedang nestapa..
Tapi ada satu..
Yang selalu tahu apa yang kamu rasa,
malah lebih menjiwainya,
lebih daripada diri kamu sendiri..


Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Fitrahnya kita lahir dari DIa..
Berdoa agar kita pergi juga kerana-Nya..


Dalam menjalani kehidupan seharian,kita tidak akan dapat lari dari bergantung harap sepenuhnya kepada-Nya. Kerana kita datang dari Dia, dan kerana Dia juga, kita akan pergi. Kerana Dia juga, didetikkan setiap sifat-Nya, menyertai setiap titik perjalanan kita..

Tanpa kita duga juga, kerana sifat-Nya juga yang dizahirkan oleh makhluknya juga itulah yang menyelamatkan diri kita dari terus menenggelamkan diri ini ke dalam kancah-kancanh yang kelam lagi kusam..

Semoga setiap detik ini , tidak akan terpisah kita dari terus mencintai-Nya..lebih daripada segala-galanya.. ;)



p.s: sakit sangat gigi bongsu, sangat tidak bermaya ;(




Monday, March 19, 2012

Boleh ke Nak TiPu?

Bismillahirrahmanirrahim..





Isnin, 7pm
mama: akak, dah balik ke? saje tanya..
saya: belom, hari ni balik lambat kot, nanti akak dah sampai rumah akak mesej ye..

Selasa, 8pm
mama: akak balik keje pukul bapa ari ni?
saya: ohh, hari ni awal sikit mama, pukul 7 dah keluar opis..

Rabu, 7pm
mama: akak, buat pe tu? dah sampai rumah?
saya: belom, huuu. dalam pukul 11pm tadi ina balik kot, tak pe, ada orang hantar, mama jangan risau ye.

Khamis, 10pm
mama: akak balik lambat ke?
saya: aah mama, macam biasa, dalam pukul 11, bos ina hantar, mama jangan risau ye. Nanti dah sampai rumah ina mesej.

Jumaat, 9pm
mama: akak, ari ni pon balik lambat ke?
saya: hehe, tak delah, bos bagi balik awal, nanti dalam 6 lebih nak dekat pukol 7 ina balik lah ni..


Apakah itu semua?
heee.. Begitulah 5 kali dalam seminggu, dalam waktu yang lebih2 kurang macam tu, omaaaakkk den di sabah nun (Saya bukan orang sabah tapi menetap sementara yang tak tahu sampai bile di sana, kekeke, saja nak bagi taw, sebab ramai yang salah paham..heeee) mesti, WAJIBulghunnah akan mesej saya.

Tak pon, dia suruh assistant manager die aka adikku, mesej, menanyakan keadaan saya balik awai ke lambat. Huuuu..

Kekadang serba salah dengan mak. Bukan serba salah apa, kekadang rasa cam nak bohong, kata balik awai. BUkan pe, kalau kata balik lambat, selagi tak terima mesej dari mimi yang mimi kata dah sampai rumah, selagi tu dia tak tido. Dah macam menyusahkan emak je..huuu.. =.-

Sedih pulak.huuu. Ni sebab mimi tak de kemudahan transport sendiri. Jadi pegi dan balik keje semua depend 100% pada bas. Jadi kalau dah lewat2 macam dah nak pukol 9 ke atas tu, mak mula tak senang duduk kalau mimi tak balik keje lagi....

Nak tipu pon serba salah. Kalau tipu, kang jadi pape, mak lagi dabel trabel risau tak taw pe cite. Tapi kalau tawu saya balik lambat dia pon hisau gak. So, mungkin cite je pekara sebena, lag better kan? Tak baik tipu mak kan?huuu..

Tapi, alhamdulillah jugak,dipermudahkan, dapat seorang bos yang agak paham dengan pekerja barunya ni, lagi2 pulak perempuan,hihi.. dia pon risau jugak kalau saya stayback lelame. Kalau saya stayback, selalu dia la yang hantar. Tak pon sesape la yang dia dan saya kenal. Incase kalau tak de sapa nak hantar, may be dia akan excuse kan saya dari siap2 kan keje sampai kewat malam..

Huuu..almaklum la, saya kan baru lagi kat sini. Huu..Begitu pentingnya transport sendiri kan? Tak taw la bile nak berkereta sendiri..huhu..

Point nak cite, omak tetap omak kan. DIa akan merasakan kesusahan anak dia, walau beribu jauh dia dengan anak dia. Mungkin dia tak cerita, tapi dia mampu rasa apa yang anak dia rasa. Aduhaii.. omak, jangan risau ye. InsyaAllah, Tuhan itu akan selalu menjaga anak mu ni, menjaga omak, menjaga semuaaaaa makhluknya..

Tuhan. Hanya DIa tempat berharap kan? Tiada kunci lain lagi. Hanya Dia yang satu. Memelihara, menjaga, memberi, menyayangi, segalanya. Hanya Dia.




Sunday, March 18, 2012

teMuJanjI berGamBo

Bismillahirrahmanirrahim...




EHeeeemm...!
selamat petang semua, walau sekarang jam dah menunjukkan pukoi 9.51pm di laptop nihhh..heeee..Dah makan ke kome?heee.. 
MImi dah mengenyangkan perot mimi yang besau ni..hee..

Saja lah nak buka setori, kalau semalam dating berdua dengan apak, ari ni dating berdua dengan sapeeeee..jeng2..haa.. Pikir lain la tu.. pikir lain la tu kan..Alaaa.. tak cakap pon cek taw..kikiki..

Dating dengan akak penjaga duet company.hahaha. Orang penting ni. Kalau tak de dia, tak de lah gaji semua pekerja..keke..


ha, setepek beso gedabak saya boh gambo akak..kekeke..mesti akak suka kan?



Tak de tempat lain lagi ke nak pegi?hahaha, alaaaaa, pusing2 tengok orang je lebeeeehhh..hehehe.. Makan-makan, pusing2, merayap kejap,pegi Kinokuniya beli buku, kokikokikoki, balikkkk..hehehe.. KLCC mang tempat yang penuh sesak dengan orang kan? walau mende dalam tu semua mahai2..heeeee..

Sampai satu soklan keluo, mang banyak duet gamaknye orang dalam KLCC ni,pakat dok hurungggg je ha.hehehe.. (pikir positiffff niiii..hehehe)




Haaaa, sempat jugak amik gambo troli comei ni. Akak iza beli nih, mesti dia gembira boleh main sorong2 barang mainan kat rumah ni..kekeke. Jangan marah ye akak cayang :p

Dalam kedai candylicious ni, mang buta mata, rambang mata, semua jenis mata la nengok coklat nye. Adela dua ketoi lolipop mimi beli. Tak boleh makan manyak2, nanti gigi rongak,tak comei, nanti tak laku, tak de sape masuk minang.hahaha :p

Aihhh, entri kali ni merepek ni.hehe. Tapi ada lagi satuuu nak tunjukkkkkkkk :p

jeeenggggg jeeennnggggg.....

.
.

..
.

..
.


Tadaaaaaaaaaaaaa!
Nila hasil pembelian dan belahhh di Kinokuniya..keke. Jelesssss je tengok orang dok pegang baucar 200 hengget tu.. =.=

Sabo ye mimi sabo..Walau tak de baucar, den tetap nak beli buku gak, sebab aseeee dah sebulan lebeh tak beli seketoi buku pon.hehe. So, mimi pilih buku ni. Tengok tajuk dan cover buku pon dah tertarik, tak bace lagi sinopsis, terus capai dan beli..hihi..

Alhamdulillah, ase setiap buku, tidak pernah menghampakan pembacanya.. Dan isi nye sangaaaattttt la menarik. Baru bace kate penulisss dah terasa lompat2 nak bace yang next, next dan next chapter..hehehe..

Apa yang besssttt?


Haaa..nah!
Ini hadiah dari mimi untuk kome hari ni. Penulis buku ni Sofiyah Satuyah Rasin. Dan kata-kata beliau dalam "dedikasi penulis" ni dah berjaya terik perhatian mimi "odessey"  bersama buku ni.. ;)

InsyaAllah, ada kesempatan, mimi akan sharing2 isi buku ni ehh.. Tak saboooo nih..hehe. Sharing is caring kannn? awww..kekek :p

Malam ni titon awai tawwwww.. Papai! ;)




p.s: ase entri ni pelepas geram nak boh gambo..heee..banyak puloookk gambo ;P




Saturday, March 17, 2012

marjaniiii marjaniiiiiiiii

Bismillahirrahmanirrahim..


marjaniiii..
marjaniiiiiiiiiiiiiiiiiii..
marjanii..
marjaniiiiiiiiiiiiii..




hehehee..amboi2 cek mimi , melalak lagu hindustan pulak sensorang kat rumah..heeee.. Kome buat ape hujung minggu?

Sekali lagi keseorang, housemate semua membawa diri meronggeng ke sana dan kemari, hanya daku dirumah, tapi bakal meronggeng juga bersama ayah sendiri..hahaha.. Fuyoo, sweet tak meronggemg berdua je dengan ayah? :p

Alhamdulillah, dah sebulan mimi bekerja di ibu kota (ehem, gaya cam perantauan tak?hahaha). So far oklah jugak. Walau bidang kerja tu tak delah 100% based on mende2 yang belajo kat U, tapi terasa berminat jugak untuk menceburi bidang baru.

Dan selalu memang apa yang kita impikan, tak delah semuuuuuaaaaanyaaa kita miliki. Mungkin ada yang dapat. Mungkin ada sipi2 je dapat. Mungkin ada jugak yang terpesong abis, dapat yang lain. Nak yang lain, dapat yang lain, betoi dak? :)

Walau macam2 mana pon, mimi cuma kekalkan prinsip ini. Berbaik sangka, Husnuzon la dengan setiap jalan takdir yang sedang kita lalui ni. Kita sebenarnye dah ada track masing-masing. 

Umpama nak lumba lari. Pakat semua dah ready bersedia nak pecut di laluan masing-masing. Cuma yang membezakan larian setiap orang adalah, cara mereka berlari, berapa jarak yang mereka pilih untuk abiskan larian, dengan siapa kita bersaing untuk menuju ke garisan penamat, dan macam-macam lagi la kan?

Dan takkan rugi kalau kita tidak pernah berputus asa dengan "track" yang Dia telah sedia tetapkan untuk kita. Semua perkara yang terjadi tidak pernah sia-sia. Ingat! Tidak pernah sia-sia. Kalau kita rasa sia-sia, cuba pikir balik, betol ke sia-sia? Takkan tak de sebesar kuman sekalipun, hikmah nya berbalik kat kita kan?

MUdah-mudahan, kome semua sentiasa meneruskan kehidupan dengan penuh rasa husnozon kepada-Nya.. INSyaAllah ;)




8# kata aamaLina

Bismillahirrahmanirrahim..






*malas nak taip, cut+copy+paste, emmm, tapi tulis lagi sat je kot..hahahahah*




okeh! tu je nak cakap..hahahaa..
selamat berhujung minggu!


nuunite!




p.s: setahun suda..heeee..alhamdulillah ^____^



Friday, March 16, 2012

Back to The FundamenTaL

Bismillahirrahmanirrahim..



what ability you should have as an engineer?
ANALYZE
&
SYNTHESIS




hehe. NI adalah kata2 dari Bos.hehe.. Saya amat suke lah denga motivation dari dia, (untuk masa sekarang la..hehehe). Sebab dia tahu saya budak fresh graduate, dan dia banyak give a little word and make me impress with it ;)

So, mimi nak kongsi la dengan kome. Bagi mimi bukan engineer je harus 2 ability tu. Mimi ase semua orang yang sedang berusaha mensolve kan problem2 mereka dalam kehidupan seharian memerlukan 2 skill ni.

Kenapa?

Haa.. ni lah yang cek mimi nak hurai dengan lebih lanjut ni.hehehe. BUka tinge. Ehhh.. buka mata, bace dan amati nye yep! ;)

ANALYZE:
1) Kalau dapat satu task, or keje, or assignment or problem, kite kena tahu main objective. MAksudnya, apa yang kita nak capai dalam sesuatu perkara tu.
2) Bila dah tahu objektif, kita boleh senaraikan apa kemungkinan2 problem yang kita mungkin perlu hadapi.
3) Kita juga perlu senaraikan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu dalam perkara itu.


Kire nye kita perlu buat segala analisis dari pelbagai aspek, dari sekecil2 benda sampai ke sebeso2 bende yep. Jangan tinggalkan walau sedikit pon. Sebab kita tak tahu peratusan mende yang kecil2 tu may be akan mempengaruhi sebeso2 perkara.


SYTHESIS:
1) Walau segedabak mana pon masalah tu,relax. APa yang perlu, Kkta perlu selesaikan setiap masalah one by one supaya semua nya akan diselesaikan dalam keadaan yang teratur.
2) MUngkin kita boleh "sub sub" kan masalah. MEan, masalah 1+masalah 2 = masalah 3. Jadi pape jadi masa2 akan datang kita boleh track, kat mana kita salah. So, tak yah nak penin2 pikir, tang mana yang salah, tang mana yang silap.
3) Dari segala bentuk analisis tadi, cantumkan dan cuba untuk solve masalah tu. InsyaAllah, kita tak kan lari dari track problem kita, dan kita tahu apa kita nak capai.


Kadang-kadang kita serabut. Macam mana nak solve kan masalah itu, masalah ini. Sebab apa? Main utama, kita tak tahu apa yang kita nak capai. KIta macam hilang arah tujuan. Dah macam blurrrr, peninnn, alih2 tido, dan akhirnya masalah tak kan dapat selesai. Betol tak?
heee.. Sebab mimi selalu macam tu.hehe.

SO, apa yang perlu?
Apa2 pun jadi, kalau rasa lost, tak tahu ape ke hal nye semua ni, back to the fundamental. BAck to the basic. BAck ourself to our God. Macam tu jugak dalam kehidupan kan? KAdang-kadang ase sunyi, tak tentu arah, dan tang tulah nak jadi mende2 pelik, buat mende2 pelik.

Sebab kita lost of our track. KEmbali pada Tuhan. INgat kenapa kita hidup. KIta hidup untuk sapa. Apa yang perlu untuk kita terus hidup. InsyaAllah, Allah itu sentiasa di sisi dan tidak pernah membebankan hambanya melainkan kesanggupan diri hamba itu sendiri. InsyaAllah. ;)

Huwaaaaa..pepagi dah bagi motivasi panjang. Selamat jumaat hari ini! ;)



Wednesday, March 14, 2012

nak kurus tapi takmo keding

Bismillahirrahmanirrahim..




naaaakkkkk
kuuurrruuussss
taapiiii..





















tak mo keding!


kikiki...ape ke panjang bebeno tajuknye ye..heee.. 
Biaselah, orang yang beso sikit ----->nak kurusss
Orang yang kurusss ----> nak gemokk sikit..

Nampak tak term SIKIT tu?
hee.. Sikit je, tapi tak mo banyak2..heee.. kan kan kan? Kalau bukan tu, kome adjust sendiri la ayat tu ikot suke hati kome ye :))

Asenya tiap2 tahun berazam mende yang sama. BUkan lagi jadi azam tiap tahun, tapi dah jadi azam setiap hari ha, nak kuuruusss, nak kurusss nak kuruussss. Tapi hasilnya?gagaga, tak mo cakap, sapa yang dah tengok mimi, tawulah hasilnye kan..hihi *maluu*

Payah ke nak kurus? Emmm, tak delah nak kata senang tapi usaha ke arah itu seharusssnya dijalankan secara ISTIQOMAH @ Berterusan, barulah nampak hasil. Kalau separuh jalan then surender, may be tak berapa nak berhasil lah kan.

Tapi depend pada metabolisma badan orang tu jugak. Kalau yang tinggi tu, cepat jela keberhasilan segala usaha tu. Kalau yang kurang tinggi, maka perlu digiatkan dengan usaha lain, dan come out dengan strategi lain.heee..

Pandai ko cakap ye mimi.haha. Ce buat tengok! Ye, mimi dah buat, dan akui mang susah la. Sebab mungkin tubuh badan saya berdegil mahu kelihatan bolat kan.hahaha. BUkan nak salahkan badan, salahkan tuan badan yang tak pandai nak manage kesihatan diri sendiri.heee..

Makan!
opkoslah kene jage kan..Waktu makan, jenis makanan. BUkan kene tahan perot 24 jam, tapi pilih makanan yang betol. Sila ikat nafsu makan yang pelik2 macam nak makan anak tupai ke ape kan..hehee.

Senaman!
kalau setakat diet tapi bersenam pon idok, tak yah nak berangan la mimi. So turun naik rumah kene naik tangga. BUang itu lift jauh2.hehe. *nasib rumah bertingkat, opis bertingkat,so banyak tangga..hehehe*


Faktor2 lain!
1) Level pengunyahan makanan
tak boleh la lelaju or telan terus tanpa kunyah. Tapi ni mang payah betoi nak ikot.huhu. Sebab ase macam tak makan pulak kalo kunyah 10m/h ha..heee..

2) Air masak
at least 3 liter air kene minum. Lebih tak pe, kurang,tido luar rumah.hehehe.

3) Cafein
gagaga. Saya hantu kopi, teh,nescafe, indocafe dan seangkatan dengannya. Agak haru ye kalau tak dapat minum semua ni. So kalau nak minum kene buat jadual hari ape je minum, lepas tu balas balik dengan bergelen2 air untuk nyah toksin.


Uihh..kalau nak list macam2 kan. Pendek cite, gaya hidup sihat la. KAlau ase mende tu sume mendatangkan kesihatan yang lebih berkualiti tu, ikotlah. Tapi biaselah, nafsu ni lebih nak ke arah yang tidak berkualiti kan.hehe. Atoyaiiii..

Nak kurus ke tak nak? Atau nama yang lebih unggul lagi ---> nak sihat ke tak nak?
Kalau nak, ikot! tak yah manyak sesongeh.hehe. Kalau tak turun gak berat badan ko tu mimi, tak yah la nak mengeluh, menyesal, memsedih, memurung, cek balik list down ko kat entri ni. ko buat ke idok..heeeee...

Sesape nak join, jom isi borang kat diari kehidupan masing2 ye..heeee :))



Tuesday, March 13, 2012

yang di......

Bismillahirrahmanirrahim..





Yang dikejar tak dapat,
Yang dikendong berciciran.

Yang diimpikan bertaburan,
Yang digarabkan bertempiaran.

Apa perlu kita buat?

1) Belajar menghargai walau sedikit sekalipun
2) Belajar bersyukur walau hanya senafas.
3) Belajar berbaik sangka walau perlu "terpaksa"


Begitu kita dilimpahi terlalu, tidak terkira, uncountable of valuble gift yang tidak terperi dari Dia. Cuma sama ada kita sedar mahupun tidak. Kadang-kadang mungkin kita nampak mende tu tidak langsung memberi impak pada kehidupan kita.

Walhal..

Daripada sekecil perkara itu, akhirnya kita akan mulai sedar dan sedar, tanpa "dia", kita tidak mungkin berada di level sekarang.

Maka, di mana kita? JAngan pernah soalkan. Tapi bagaimana kita untuk meneruskan level itu, yang harus dipersoalkan dan diselesaikan. ;)

simple word for today -----> God owes beside us. Feel it, U get it! 

nuunite!



Monday, March 12, 2012

the best creature in the world!

Bismillahirrahmanirrahim..




tahukah anda?
perasan kah anda?
apakah ciptaan Tuhan yang sesungguhnya,
tidak mampu diciptakan oleh sesiapa pun?

.
.
.
.
.
.

.
.
.




ibu..

3 huruf itu, 
membentuk satu tubuh yang saratnya dengan kasih sayang,
antara ciptaan Tuhan yang terhebat,
yang tiada nilainya di mana2 dunia sekalipun,
jauh sekali untuk dijual beli..




Disebabkan housemate seorang pon tidak ada di rumah, entah kenapa jiwa pon melayang-layang, nak tacing2 pulak..sob sob..

dop dop..

tup tap tup tap..

bunyi ape tu? sendiri taw la kan..awwww..malu nak sebot..hahahaha..

Kalau sebot tang emak, ibu, mama, omma, semua lah yang membawa kepada manusia yang melahirkan diri ini, mesti tak booleh nak tahan dari nak tacing2 ni.. Tambah2 bile dok sorang-sorang ni. Tak de kawan, tak de sape2, lagi mind set ni asek hengat rumah atau dengan lebih jelasnye -----> emak!

Huuuu.. ibu.. ciptaan Tuhan paling, sangat, teramat, tersegalanya, bagi kita kan? Emmm..ase nak nangis lagi bile dengar lagu ni... Erkkkkkk, kantoi..huuu.okeh, maw tito la, kang terover tacing..hahaha.. Nunite!