Thursday, March 22, 2012

8# kata aamaLina

Bismillahirrahmanirrahim..




Hari-hari bangun pagi dengan suatu harapan,
ya..
Harapan hari ini akan lebih baik dari esok..
Bagus kan?

Maka, berjalanlah suatu perjalanan hari ini,
dengan nawaitu yang agak baik di situ..
Alhamdulillah..

Tiba di pertengahan jalan,
Fikiran menerpa, alangkah bagusnya kalau aku..
Mendapat sesuatu yang membawa keberuntungan terhadap diriku hari ni..
Baguskan..?
Kerana niatnya masih dalam "wilayah" memperbaiki diri,
dengan memiliki sesuatu yang baik untuk dirinya..

Maka dia berusaha kearah itu..
Usaha dan usaha..
Get it!
Alhamdulillah..
Aku dapat, apa yang aku hajati..
sekaligus, 2 niat ku pada hari ini tercapai..
Tetapi kalau boleh aku nak cuba yang begini pulak..
Orang lain boleh dapat, kenapa aku tidak?
Bagus kan?
Kerana dia tidak mahu diri dia sentiasa berada pada paras "selesa"
Selagi termampu dia mahu berusaha,
memperbaiki diri..
Maka, masih lagi dalam "wilayah" yang sama seperti nawaitu yang sebelum2 ini..

Diteruskan lagi perjalanan hari itu,
Usaha dan usaha dan usaha 2 kali ganda lebih daripada mengusahakan nawaitunya
yang terdahulu..
Namun, mungkin bukan sudah namanya rezeki milikku,
Kali ini, aku gagal..
Kenapa?
Apa aku tidak layak?
Sedangkan yang lain setaraf dengan aku layak?
Kenapa aku tidak?
Apa lagi yang kurang?


Maka, bermula lagi suatu perasaan yang baru..
Yang cuba menggoyahkan keyakinan yang dahulu..
Yang berpegang "rezeki itu milik Dia, maka Dia pengurnia segalanya.."
Apa ini semua?

Apa yang mimi nak cuba sampaikan kat sini, serba sedikit tentang diri mimi. Fikir sedalam yang mampu, mimi rasa mimi tamak! haloba! 

Aku ni tamak lah..
Tak tawu nak bersyukur ke?
Ko minta itu, tuhan bagi..
Ko minta lain lagi..
Lepas tu bila tuhan tak bagi..
Apa kau pikir?
ko tak de pikir ke yang Tuhan tu dah bagi macam2 kat ko sebelom ni?
ce ko pikir, bapa ramai kat luar yang kuranggggg nasibnya banding ko?
Tak sedar diri lagi ke wehhh?


TUhan tu bukan tak bagi apa yang kita nak. DIa cuma bagi apa yang kita perlu. Dalam sedar tak sedar, Dia dah banyak mengabulkan perminntaan, doa, harapan, macam-macam lagi lah. Dia tidak sanggup melihat hamba-hamba Dia terseksa dengan kehidupan sementara ini..

Tapi..

Diri ni selalu bolos.Jerlus. Terperlus dalam asakan nafsu yang melampaui batas. Tak pernah nak sedar. Tak pernah nak ingat. Tak pernah nak merasakan segala yang ada sekarang ini just nice for you dear.. Tiada yang lebih baik perancangannya melainkan perancangan Dia..

Aihhh.. Go back to the fundamental mimi. Ingat ye kawan-kawan, kalau ada yang rasa macam apa yang mimi rasa, moh la kita kembali kepada perkara-perkara asas. Mudah-mudahan, segala-galanya terjawab, dan pasti sepastinya ada hikmah yang paling hebat untuk diri ini.. Subhanallah ;)


Sejak akhir-akhir ni selalu bersedih dengan perkara yang tidak seharusnya disedihkan. Tak baguskan? Ingatlah Dia. InsyaAllah terjawab segalanya..

16 comments:

Eera Shera said...

kata2 yg meresap jauh ke dlm sel2 hati dan otak..kdg2 rasa nk mengalah pd masalah..tp utk apa sia2 kan hidup kan :)

Unknown said...

rezeki akan sampai :)

ewanthology said...

menghargai apa yang ada

Lea Isnawi said...

tamo sedih22 k mimi

sentiasa bersyukur dgn apa yg kita dpt :)

Ezad Skytech said...

jgn la bersedih2 ye mimi...

Anonymous said...

terima kasih saling mengingatkan ^^

syakirahmn said...

suka entri ni. kadang terasa kecewa apabila gagal dptkan/niat sesuatu perkara, lepastu mula rasa mcm takbest etc

tp itu lah, kerna beringat. syukuri yang sedikit, Allah akan beri yang banyak. buat dulu yang termampu, Allah akan bantu untuk membuat yang tidak termampu. (:

Annisa said...

La Tahzan :)
terima dugaan dari Dia :)
dan alhamdulillah, sbb ada rezeki ^_~

nuyui a.k.a miss YUI said...

bsyukur apa yg ada..

Anonymous said...

dalam masa bersyukur, kite jugak kena berusaha utk teruskan hidup...

mas saari said...

sentiasa bersyukur, itu yang tak seharusnya kita lupa kan?

maszull said...

assalamualaikummimi...sentiasa bersyukur dgn apa yg kita adakan...:)

Juliet_iRa~" said...

hye mimi..:)

btol..kembali kepada y asas..hanya DIA yang dapat membantu segala-galanya...

jgn bersedih atas apa y tak sepatutnya disedihkan..be rational..

(ira tgh alami mcm apa y mimi rasai..huu)

Unknown said...

aiyo opahhhh

syarifahsidrus said...

syukur, alhamdulillah dengan segala nikmatnya

ctk said...

betul2, bnyak da tuhan makbulkan permintaan kita, lau x, da lme idop sengsara, silap2 bunoh diri...huhuhu