Thursday, February 9, 2012

anda gerammm?

Bismillahirrahmanirrahim..





Anda marah? 

Anda geram? 

Ingin tumbuk orang tapi tak tahu macam mana caranya? 

Ingin melempiaskan kegeraman tahap cipan? 

Grrrrrrr!!! 



Mimi ada penyelesaiannye.!!hehehee.. Mari baca ini entri untuk mengatasi masalah anda itu..kikiki..


Bahan-bahan yang diperlukan:

Lesung batu bersama anaknya..
Beberapa ketol bawang (apa2 jenama pon boleh, atau ap2 jenis bawang pon boleh)


Optional:

Cili api,
Cili beso,
Cili benggala,
Cili terpedas di dunia..



Dan..



Jangan lupe, garam secukupnye ye!


Ngeee..ade berani untuk mencuba nya? opkosla berani kan ;)

Lagi geram, lagi marah, lagiiiiiiii tambah kuantiti bawang tu ye. Dan tumbuk semua itu sekuat hati anda. Dengan itu, segala usaha nak tumbuk orang, nak marah orang, nak geram kat orang dapat di leraikan dengan cara yang baik.hehehe. Baik ke?

Baiklah jugak. Nanti nak masak pape, dah siap dah bahan nak tumis, baik lah tu kan? Tak yah nak bazir masa nak tumbuk2 lagi, dan siap sedia dah..heeee.. Lepas je tumbuk sume tu, boh dalam peti ais.. Tahan lama.kiki..

Tambah elok lagi, bile saat tengah tumbuk tu, mata tu ase cammmm, ber air2, hidung pon nak join berair sekali. Tak yah lap. Biarkan die mengalir. Hehe. Geli ke? Tak delah.. Air dari badan sendiri, buat pe nak geli kan. Cume jagelah, jangan la sampai pi tadah masuk dalam lesung batu, udahlah, kang jadi air mata duyung pulak boh dalam masakan.hehe.


Bile kite tumbuk bawang, geram kita dah pecah.

Bila segala air kuar dari badan melalui hidung dan mata, segala bentuk geram dan marah akan tereskpresi dan lerai dan akhirnya berlalu pergi..

Mudah kan?

Mudah je kan. Apa tujuan mimi buat entri ni?hehe. Tujuan nya, sebenanye ada banyak cara nak lepaskan marah dan geram. Jangan hanya tahu nak lepaskan geram kat manusia lain. Kerana dek kesalahan orang lain, kita pi lepas marah kat orang lain. Tak fair la kan? Orang lain tu, manusia macam kite jugak. Pon ada hati dan perasaan sama macam kita.

Kalau orang lain buat kat kite cam tu, kita pon marah jugak kan. So, jangan berani2 nak buat macam tu kat orang lain.hehe. Ni ugutan yang seriusss niiiii!!!hehe (takott tak? Takottlahhh pelissss ..hee)

So, kalau marah sangat sekalipun, cube pi lepas marah tu dengan membuat sesuatu yang mendatangkan kepuasan tapi bermakna. Contohnye macam tumbuk bawang tulah. Dapat jugak masak, dapat jugak makan, kenyang gak perot kan. Daripada dok marah orang lain, dapat pe? Seposen pon tak dapat kot =.=



Pikir sebelom bertindak. Jangan bertindak baru pikir. So, segala bentuk emosi dan perasaaan dapat dikawal. Barulah orang-orang lain senang nak berkawan dengan kita kan. Tak mendatangkan ketakotan dalam diri mereka nak jadi kawan kita. Cubalah ok!

Setiap hari, berazam dan beringat, cuba sedaya upaya mengawal emosi, akal dan perasaan daripada bertindak melakukan perkara2 yang mendatangkan kerugian ke atas diri sendiri dan orang lain. ;)



Peace! =.<



19 comments:

Nalisa Syahira said...

hihi , terasa pula yg tang lepas marah dekat org lain tu , tapi tu lah dah jd tabiat , hihi . kdg kdg tahan tak nak lepas mrh kat org lain , tapi tak leh , mesti terlepas , hehe .

Pn Ayu said...

good idea yunk ! :)
leh try nnti.hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm2 cara leh wat kan..

yui lg suka memasak atau cuba resepi baru..hihi.

Gary Asip said...

hahaha... lapar pulak baca entri ni..

EyqaLuvender said...

iqa nga mrh bos iqa ni...grrrrr!

Lea Isnawi said...

hehehehe..idea bernas jugak mimie

Unknown said...

heheheh nak try la...

cik dila.. said...

hahah..bole try nanti..#oke , rasa lapar pulak..tskk ! -.-

Unknown said...

haha baik punya cara nk lepaskan geram..

shamyheart said...

wah, buat resipi geram gitu. kelas ko Maria. haha~

Kak sha ok je, tak geram lagi. tapi kalau ya, boleh juga guna taktik ni. hihi~

Zahirah said...

Wahhhh.. I likeeeee! Hahahaha :D

Fasihah Supian said...

hahaha gud idea kak aimie!

KaK LimAh Si SupiR said...

kalo kaklimah rase geram or marah, kaklimah p dapor masak..tyme2 masak tuuu, kaklimah tmbuk segala bnde smpai lumat..ahaha..mujarab beb :P

Amirul Amri said...

betul2...kdg2 marah ni xley lepas, kena pendam je..hipokrit ke? jom usha sini..huhu..

http://shinichiemre.blogspot.com/2012/02/hipokritnya-kau.html

.........cP~ said...

Hahaha...geram-geram dapat makan. takut jadi tak sedap je.

mas saari said...

akak kalau marah, tido je! hehehee
bangun tido, hilanglah marah tu..

Kaca Lensa said...

oho.. dolu2 ble nk msk tumbuk2 bawang nk lepskn geram eh adk kayu............ =P
kantoi suda... heeeee....

Si BuDaK KaChAk said...

sy klu mara mmg suke mkn...hehe

Ezad Skytech said...

boleh la try cara ni nanti..hee~