Bismillahirrahmanirrahim..
Namun, berapa ramai yang memikirkan kelemahan diri itu adalah salah satu cabang untuk mencapai kesempurnaan itu?
Kerana manusia itu seringkali leka, lupa dengan sesuatu yang perlu dibangunkan berbanding daripada terus menerus mengagumi sesuatu yang sudah tentu2 lebih utuh sejak azalinya lagi.
Jadi jangan nak komplen2, jangan nak kondem2, bile sesuatu yang dirancang itu, tidak terjadi seperti yang telah di plan.
yes! kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan.
Tapii..
Tapi kan..adakah Tuhan itu menyuruh kita hanya merancang tanpa berusaha menjalankan kan usaha itu?
Macam itu kah?
So, untuk menjadi manusia yang bijak dalam mengendalikan sesuatu perancangan dalam kehidupan, dia seharusnya menitikberatkan awal2 lagi, kelemahan dalam sesuatu perancangan lebihhhhhh daripada kelebihan.
Kelebihan: kita sudah sedia tahu,kelebihan itu tentu2 akan menjadi kekuatan, akan membantu menjayakan sesebuah perancangan, dan akan menonjolkan perancangan itu supaya berjaya untuk dirancangkan.
So, mende ni, kene keep going, dan perlu ditambah baikkan dari semasa ke semasa.
Dan jangan terlalu kondifen dengan kelebihan itu. Kekadang, kerana terlalu kondifen itu, menjadikan kelebihan itu berupaya bertukaaaarrrr! menjadi kelemahan. So, be careful with this. ;)
Kelemahan: kita juga sedia tahu, kita mungkin, dan selalunya memang akan ada beberapa kelemahan dalam sesuatu perancangan kehidupan. Takkan nak tengok je? Kena la cari jalan penyelesaian, dan jangan asik duduk mengeluh, macam mana, macam mana..
Keluhan macam mana, macam mana takkan mampu mengubah sebiji epal jadi jus epal.Kalau tak de usaha nak gerakkan tangan, pi kupas epal, potong2, blend kan dalam mesin pengisar, macam mana epal tu nak bertukar jadi jus kan?
Selagi tak cuba, kita takkan tahu. Jangan mengalah sebelom cuba. Selagi ia masih tidak melampaui undang2 dunia dan akhirat, rasenya berbaloi untuk kita cuba.Mungkin dalam pikiran,macam2 kita pikir kan. KIta takkan berjaya lah, tulah nilah, ada orang lagi hebat la, macam2 lah. Caca marba dah pikiran.
Tahukah anda, kerana dek pemikiran yang caca marba itulah, ia akan bertindak untuk cuba "membunuh" perancangan itu sendiri lingkup sebelom sempat kita berjuag. Tak ke rugi?
Sekurang-kurangnya, apabila kita dah mencuba sesuatu untuk mengatasi kelemahan kita, kita tahu, di mana tahap kita, di mana keupayaan kita. Kita takkan pernah sedar, kalau sesuatu mende tu terjadi tanpa kita sendiri yang alaminya.
Melihat takkan sama dengan merasai. Alami dan rasai pengalaman menghadapi dan mengubah kelemahan sesuatu perancangan adalah sangat baik daripada terus membiarkan kelemahan itu kekal di situ tanpa sebarang perubahan walau sebesar kuman sekalipun.
Huwaaaa...
tersangat panjang dah sesi takzkirah ari ni ye. heee.. Belajar dari pengalaman. Pengalaman itu memang guru terbaik kan! So, mohla sesame kita, melihat dan memperbaiki kelemahan itu sebagai sesuatu titik2 untuk mencapai kesempurnaan, dan bukan hanya bergantung harap kepada kelebihan.
Jom muhasabah diri sebelom tito, selamat malam semua readers ;)
11 comments:
agree, pengalaman tu best sensei of all times, but sometimes, people tak learn from it, that is disappointment..
tazkirah menarik di malam hari :)
manusia merancang dan Allah juga merancang dan sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah^^
betol tuu..kalo xrepair kelemahan tuuu, selama tuu laa dok jd kelemahan j :P
terbaik... pengalaman ialag guru kehidupan.. lagi mematangkan fikiran... kan kan kan... ehhe lame tak jengah sini
Setapak demi setapak, merubah diri jadi lebih baik.
stuju sgt dah tu..
morning kembor..
tak terlalu anggap diri sempurna, takut nanti timbul rasa riak dan takbur... jadi biarlah bersederhana!
setuju sangattttt dengan entry ni!
assalamualaikum mimi...manusia di dunia ni masih byk lagi kekurangannya hanya yg benar2 memahaminya akan mengerti apa itu kesempurnaan yg sebenarnya...:)
betul2.. saya juga ada kekurangannya adk kayu.. walau sebyk manapon kelebihan yg mereka ada mest ada satu terselit kelemahan itu..
errr... ape ak merapu ni.. hiii.. =P
pengalaman la yang mengajar kita untuk jadi lebih baik di masa hadapan..:D
Post a Comment