Bismillahirrahmanirrahim..
Tetapi, majoritinya, apa yang kita nampak balik mata kasar kita, lebih ramai sukakan kesenangan.Tidak kisahlah apa jua bentuk kesenangan itu. Kesenangan dari aspek kesihatan, kekayaan, kemudahan dalam kehidupan seharian, dan sebagainya.
Ada juga yang suka mengambil kesempatan atas kesenangan ini. Ambil kesempatan macam mana yang dimaksudkan ni?
#situasi 1:
Pensyarah, memberi tugasan, untuk siapkan assigment sekian, sekian, dan perlu dihantar seminggu selepas cuti semester yang pendek. Sebagai pensyarah, dia tahu, anak muridnya semua mahu bercuti sepuas-puasnya. Dia juga tidak mahu membebankan anak muridnya dengan pekara-pekara yang mungkin menjejaskan mood mereka ketika bercuti. Sebab dia juga pernah mengalami situasi yang sama semasa dia menjadi pelajar suatu ketika dahulu.
Jadi, dia mengambil keputusan, meringankan tugasan pelajarnya, dengan meminta mereka menyerahkan tugasan seminggu selepas cuti. Jadi, mereka masih ada masa untuk menyiapkan tugasan, sekiranya tidak sempat untuk menyiapkan tugasan semasa cuti.
Walaubagaimanapuuuuunnnnnn...
Ada beberapa pelajar, yang suka untuk mengambil kesempatan atas kesenangan yang pensyarah sudah berikan kepada mereka. Nampak tak? Ohhh..mentang2 lecturer bagi masa lebihhh..aku pun nakkkkkk cutii lebeyyy la..(hik3...adakah itu aku..hahahaha)
Dan masih mengadu tak cukup masa, bla bla bla bla.. Sedangkan, sebegitu banyak masa, sedikit pun tidak dicurikkk untuk menyiapkan assignment tu.
Sekalipun, pensyarah itu tidak memberikan extra time kepada pelajarnya, sudah menjadi tanggungjawab, pelajar itu sendiri, menyiapkan setiap tugasan yang diberikan. Sudah nama pelajar, tugasnya belajar, bukannya menjalar entah ke mana-mana kan.
So, apa yang mimi nak cakap atau taip kat sini, cubalah jangan jadi orang macam ni eh. Kalau boleh, elakkkkk sangat dari perbuatan, mengambil kesempatan atas kesenangan yang diberi. Kalau nak hitung, dah mudah sebenanye hidup kita ni, tapi kita sendiri kadang2 menyukarkannya.
Orang cakap jangan makan pedassss, nak jugakkkk makan, lepas tu terberak terciritm ngadu sakit perotttt.. Sape suruh kan, degillll sangat kan.. <------ohh sekali lagi terkena batang idung sendirik..heee..
So, cuba jangan mencarikkk pasal, dengan mende2 yang tak de pasaaall.. Errr..paham ke ayat ni? heee..Paham jeklah kan..
Kalau dah orang bagi kesenangan, appreciate cikit. Kalau sekalipun betol2 hendak "menggunakan kesenangan" tu, jangan lah sampai mendatangkan permasalahan kepada diri sendiri. Betol tak? Macam kes kat atas tu. Elok2 pensyarah dah baik2 dengan kita. Sekali kita buat hal, terusss dia tak nak bagi senang lenang dah kat setuden dia. Siapa rugiii? Kita kan?
Banyak lagi hal sebenanye. Dalam berkawan pon macam tu jugak. Dalam bercintan tuuu,,errrrr... pikir sendiri..hehe.. dalam bekerja, kepercayaan daripada bos amat penting, dan yang lebih utama dalam hubungan spiritual kita bersama Tuhan.
Dah macam2 Tuhan bagi kesenangan kat kite kan. Jangan pulak memandai nak pi atur lain, nak pi tukar kot lain, jadik lagi mudah. Islam itu mudah. Ya, memang mudah. Islam itu memang agama yang mudah untuk diamalkan, tetapi bukanlah untuk dipermudahkan sewenang-wenangnye kan.
So, as the conclusioooonnn, be the person who appreciate gifts or anything from others. Macam mana nak mula? Mulekan dari diri sendiri. Hargai diri dengan menghargai setiap kasih sayang dari Tuhan, setiap pemberian Tuhan yang berupa,dari sehalus2 zarah udara sehingga seluas2 langit. InsyaAllah, segalanya pasti akan terbaik ;))
14 comments:
hurm manusia2
opah ade org rinduuuu
hai... mcmana kalau pekerja perasan boss dia sayangkan dia sampai aibkan rakan sekerja yang lain? mcm2kan?
Diberi kesempatan nyawa tak nak gunakan. Nyawa dah kat hujung baru mintak masa tambahan. Sangka ni main bola sepak?
:)
betul2..bila sekali orang bagi peluang.kena hargai betul2.jgn smpai seseorang tu berubah fikiran terus jadi susah..
biarlah jadi manusia yg sentiasa menyenangkan orang lain..:)
malas nk buat assignment. hahaa
baiklah cik mimi....errr rasa mcm tekena bth hidong sndirik jgk...kui3
bru abis bljr ni dh rndu nk blk jd studnt..
dlu mase still rase studnt life slalu buat cam tu..
terase gak!!haha
slalu sgt mcm ni.. adeh, x pndai brsyukur btl diorng ni.. huu tp skali skala susah tu best gk.. sbb mencabar :D
dah ada peluang senang2, taknak appreciate --"
samalah mcm sihat, tggu dah rsa sakit bru reti apa tu sihat, hehe.
hargailh peluang yg ade...huhuh
biasalah manusia tak pernah puas dengan apa yg mereka dapat! sepatutnya peluang yang datang tu hargailah..
jom hargainya =)
kesenangan juga satu ujian kann
;)
assalamualaikum mimi...semuanya ada ujiannya baik susah mahupun senangkan...:)
Post a Comment