Saturday, February 11, 2012

pusing-pusing balik cite same


Bismillahirrahmanirrahim..    

              
Apa yang kita akan lakukan apabila kita rasa bersalah? 

rasa bersalah apabila terpaksa menjadi bebanan manusia lain? 

1001 perasaan pasti datang keluar masuk dalam hati kan? 

Perasaan ini pasti akan berkecamuk dalam manusia normal yang tidak mahu menyusahkan orang-orang di sekelilingnya.

Mahu atau tidak, ada sesetengah perkara, kita TERpaksa untuk memohon bantuan orang lain, TERpaksa menjadi bebanan atau pun kata lainnya, menjadi Tanggungjawab orang lain. Aihhh..runsing kan? Ke tak?hehe.

Macam dalam entri mimi sebelom-sebelom ni, mimi ada sebut yang kita manusia, memang takkan boleh lari dengan perhubungan sesama manusia yang lain. B perlukan A dan A pon perlukan B.

Apabila A dilanda masalah, dan memerlukan pertolongan daripada B, maka B akan menolong. Dan apabila suatu masa nanti, tidak mustahil, B pula akan memohon pertolongan daripada A.

Rutin ini akan terus keep going dan keep going sekiranya kedua-dua pihak memiliki sikap GIVE and TAKE. Yang menjadi permasalah, seandainya, hanya 1 pihak sahaja yang ber GIVE and TAKE atau kedua-dua nya langsung tidak ada erti GIVE and TAKE dalam diri. Hanya nak TAKE atau hanya nak GIVE je.

Yelah, nama pon manusia. Tak semuanya sama kan. Mungkin kita dah berkenalan rapat dengan kawan kita sorang ni, tapi betol ke kita benar2 mengenali dia? Ke kita hanya mengenali dia sekadar kawan, bukannya sahabat?

Mengenali dengan tidak sebenar2n ya inilah yang sedikit sebanyak menjadi permasalah kepada pertelingkahan dalam persahabatan.

Kata kenal aku, tapi ko tetap buat aku macam ni!!!

See? timbullah isu ungkit mengungkit, isu makan kawan, tikam menikam, bunuh membunuh, cemburu mencemburui, ceceh.. dan sebagainya.

Yes! kita kawan dia, dan dia kawan kita. Tapi kita tak boleh assume yang kita sama macam dia. May be, ada sesetengah pekara tentang dia kita tak tahu menahu langsung, sebab mungkin memang niat dia tidak mahu untuk kita mengetahuinya. Maka kita perlu hormati keputusan sahabat tu kan?

Apabila kita cuba menghormati diri sendiri, secara tidak langsung kita juga akan memahami kondisi orang lain, dan kita dengan sendiri nya paham dan akan hormati pendirian dan keputusan orang lain, walau betapa tidak setujunya kita dengan mereka.

Makanya,

Isu terasa bersalah untu dibebani..membebankan ini boleh la di atasi andai semua orang memiliki untuk menjadi soerang yang suka menghormati orang lain kan?

Susah ke nak jadi macam tu?

Tak susah. Semua bermula dari diri sendiri. Mulakan dengan menghormati diri sendiri, insyaAllah, tiada masalah untuk kita menghormati orang lain. Macam mana kita nak orang treat kita, macam tu jugaklah kita treat diri kita dan orang lain.

Pusing-pusing balik, pi mai pi mai balik, bercakap mende yang sama kan. Diri. What comes around will goes around, give and take, sebab apa?

Sebab itulah kehidupan. Kita akan sentiasa berjimba-jimba, bermain-main dengan mereka. Letakkan posisi diri pada koordinat yang betul, lempar la diri ni ke hujung dunia mana sekalipun, kita pasti boleh terus hidup, dengan izin dan rahmat-Nya..InsyaAllah ;)



15 comments:

Kakzakie Purvit said...

Saling perlu-memerlukan tak apa mimi. Yg malas saling pijak-memijak, tindas-menindas...

Ujie Othman said...

kalau rasa bersalah, kita buat la sesuatu utk org tu pulak.

tapi kalau dah kawan/family, tak perlu rasa bersalah..sbb mmg hidup perlu saling tolong menolong.

Munn Jaafar said...

pernah rasa bersalah....dan rasa bersalah tu still lagi berbekas smpai sekarang...

Lia Irdelia said...

hidp ini memg saling memerlukan..
kita x buley hidup sowang2 kan dear.. :)

L said...

huhu, kene pndai masuk la kan.. baru p mana2 pun orang seng nk berkawan dgn kita.. huhu

jom jenguk sbentar=0
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/mudahnya-kau-tingalkan-solat.html

mas saari said...

kita kena pandai sesuaikan diri dengan semua keadaan... kalau rasa bersalah dengan seseorang lebih baik kita berterus terang dengan dia, mungkin dia akan faham!

Anonymous said...

betul tu..
masalah sekarang ialah ramai manusia hanya tahu TAKE sahaja.>,<

Mishter Izwän said...

dear my follower . . new entry at my blog . . feel free to visit
speechless009.blogspot.com/2012/02/entrepreneurship.html

maszull said...

assalamualaikum mimi...kena jauhi sikap yg begitu nanti dibenci orgkan kena juga mohon semua kemaafan yg dilakukn ...:)

Gary Asip said...

manusia saling memerlukan.. :)

Unknown said...

mmg camtu kejadiannye

pusing2 sme je

Unknown said...

i need u, u need me, we are happy family ;)

sahabat itu saudara, anggap saudara2 kita tu semua satu keluarga :D

KaK LimAh Si SupiR said...

kdg2 org perlukan kite..n kdg2 kite p0n pasti akan perlukan depa jgk ^_^

Ezad Skytech said...

hidup ni saling memerlukan antara satu sama lain...kalau hidup sorang2..macam takde life je..

FR said...

dlu dduk asrama, susah kalo terasa-terasa ni. takleh lama2 .. sbb kot mana pun yg sorang tu la yg plg syg pun, hehe. mmg sama2 give and take :)