Bismillahirrahmanirrahim..
ngeeee, dengar tajuk je, mesti dalam pale hotak dah melayang2 pasal perkahwinan la kan. Heee...walau mimi tak kawen lagi, tapi asenye topik ni bagus juga untuk didengar dan simpan mana yang patot dalam hotak, dan dikeluarkan bila waktu yang sesuai nanti...heeee...
Tak sangka, begitu banyak permasalahan dalm rumah tangga yang melanda setiap pasangan suami isteri di dunia ni. Yelah, macam lagu P.Ramlee tu,sedangkan lidah lagi tergigit, apetah lagu suami isteri kan?
Bak kate ostad dalam perbincangan tu, ini semua terpulang kepada pasangan suami isteri, baik perempuan, mahupun lelaki, kedua2 nya perlu mainkan peranan. Kedua-duanya lah yang membentuk sama ada mahu melayari bahtera rumah tangga itu bahagia mahupun tidak.
Ada yang buat panggilan masa perbincangan tu, kawin dah nak dekat 20 tahun, tapi dah tidak sekatil selama 4 tahun. Bila dengar ni, rasa macam seriau jugak.hehe. Apelah nasib aku nanti..heee.. Sebab itu, ostad tu cakap, mesti melengkapkan diri dengan ilmu perkahwinan, sebelom, dan semasa dan selepas,sebab kawen ni sesuatu pemberian yang besar dari Tuhan.
Takkan tetibe je nak kawen. Ni semua kerana,digerakkan hati oleh tuhan itu, untuk kita merasa untuk kawen. Bile digerakkan hati tu, tugas kita sebagai manusia, untuk memilih pasangan dan mempelajari selok belok ilmu perkahwinan. Bila ada ilmu dan amalnya, insyaAllah , matlamat asal perkawinan takkan tersasar dari landasannya..
Apa yang mimi boleh simpulkan daripada perbincangan tu, masalah komunikasi merupakan masalah utama yang menyebabkan perjalanan rumah tangga itu tidak begitu teratur. Kekadang bile ada masalah pendam. Dan akhirnya melambung segala lahar gunung berapi dan akhirnya kucar kacir la dunia..
Lagi satu, ostad tu cakap, bila cuba berbincang untuk selesaikan sesuatu masalah, pasangan suami isteri tidak begitu fokus dengan masalah. Mula la melencong pekara2 lain dan akhirnya still tak dapat nak selesaikan masalah. Jadi, perbincangan tu tak kemana. Bila cakap masalah kewangan, cuba fokus pada masalah kewangan. Tak perlu nak kaitkan dengan masalah rumah paip bocor la, masalah masakan kat rumah tak sedap tula nilah. Tu yang jadi caca marba. Macam mana nak selesaikan masalah kan?
One by one. Perbincangan dari hati ke hati, dan tidak la jugak perlu tengking menengking. Ni bikin hati lagi paneh. Tanya la mane2 manusia pon, tiada yang suke dirinya di tengking2, diherdik2, kan, apatah lagi dari orang kesayangan sendiri lagi. Tak ke berkecai lagi hati dan perasaan?
Lagi satu ego. Baik perempuan mahupun lelaki, kedua-duanya ego. Ada yang tanya ostad tu, macam mana nak lenturkan ego suami dia ni. hehe. OStad tu cakap apa, kalau nak tegur ke, nak bercakap ke, kenelah cara dan masanya.hehe.
Takkan suami tu baru balik keje, penat2, minta dibuatkan air,si isteri dan2 pi jerkah suami, pegilah buat sendirik!!! saya pon penat!! saya dah cakap bla bla bla bla..... Haaa..dari ada masalah, bertambah lagi satu masalah. Huuuiihhhhh.. Jangaaannn..
Elak dan elak daripada perbuatan ini kan. Pilih masa yang tepat. Gunekan segala kelembutan yang ada dalam diri ketika berbincang dan berkomunikasi, baik lelaki mahupun perempuan. Barulah terus sampai ke hati, barulah senang je hati nak terima, insyaAllah ;)
Gaya entri cam owang dah kawen.haha. Tak de..Belajar dari pengalaman orang lain pon boleh menjadi ilmu untuk kita kan? InsyaAllah, selamat menjalani kehidupan dengan lebih baik ;))
22 comments:
haha geng coolblog ni mcm dh sedia je nak kawen.. huhu dh ada bau2 nasi minyak ni! hehe
dah lepas nak jadi pakar motivasi ni =P
Tula br nk ckp entry cm da kwen
wakaka
hurm mintak dijauhkan kan
Gud,
akak sebelum kawen x pk pun,
yang penting berusaha jadi isteri yang baik;)
Tapi, selagi tak alami sendiri selagi tu la tak dapat nak memahami.
betul..kena lengkapkan diri dengan ilmu2 rumahtangga..sebab bila dah bernikah, kena bertolernsi antara satu sama lain dan semestinya perkahwinan tu perlu mencapai matlamatnya.. :)
kaklimah xready nk kawen sb pk mcm ni laaa..kene sedia dr segala aspek..huishhh..berat tgungjwb tuu :P
assalamualaikum mimi...wah dah bersedia nak jadi calun isteri yer...:)
perkongsian yang baek. maceh2. :D
nak kawen dgn ustaz la kalo cm tu..hehehe
sebelum kahwin memang kena cukupkan ilmu di dada... jangan sebab org kahwin, kita pun nk kahwin juga... padahal tak bersedia lagi... tu yg lps kahwin masing2 buat hal sendiri..
Insya Allah kak. Akanku praktikkan. Hehe
komunikasi tu yang paling penting...brtolak-ansur..kalau masing2 tak mahu mengalah pun payah..hehe...
#sekurang2nya dapat la sedikit sebanyak ilmu tu kan.:D
hurm..ego memainkan peranan utama kan
kalau boleh biarlah perkahwinan itu kekal hingga akhir hayat.setiap hari adalah hari bercinta barulah perasaan akan terjaga untuk setia dan saling memahami satu sama lain.
mungkin bukan jodoh? mungkin si suami trlalu ego? hmm entah la
asam garam rumah tangga
perkahwinan tu perkongsian! kalau setakat nak fikir kongsi nafsu dan cinta je tak guna... sebab tu jadi camtu!
fikir balik matlamat sebenar kita berkahwin..
ha'ah, gaya mcm ada pengalaman aje akak :D
pnglaman tgok tv :)
ehem
kak nak kawen ek? hehe ..
ni syarat syarat sah kawen luluss dah macam ni :P
Post a Comment