Tuesday, January 31, 2012

Proud to be me,myself and I

Bismillahirrahmanirrahim..




Proud to be myself?

isn't it?


hehe, bersepeking la pulokkkk,hee. Tadi berbaring-baringan di petang-petang hari sementara nak menanti berbuka pose kan, merepek dok melakar dalam kepala hotak, berbangga kah kita menjadi diri kita sendiri?


Eeeeeee..bessnyeee jadi macam die...

Berbangga ke lagi kita dengan diri kita?


Emm..sedihh...kenapa aku tak macam ko..

Berbangga ke lagi kita dengan diri kita..

Dalam diam tak diam

Dalam sedar tak sedar..

Mungkin sedar, mungkin separa paralyze atau pun tak.. Apa yang kita lafazkan, apa yang kita lakukan, kekadang mungkin kita terlepas pandang yang kita sedang cuba memperlekehkan diri kita sendiri.

Tidak perlu menunggu orang lain datang kondem diri kita, diri kita sendiri, yang kadang bertindak cube merendah2 kan diri sendiri, merendahkan martabat diri sendiri..

cuba lihat di cermin?

Siapa aku ini sebenarnya?

Kenapa aku perlu memandang diri aku sebegini, sedangkan mereka tidak berfikiran apa2 yang negatif langsung tentang diri kita?

Dalam agama, di suruh untuk merendahkan hati, bukan merendahkan diri. Apabila diri kita cube direndahkan, kita sebenanye cube membuang jauh diri kita dari hidup bermasyarakat, cuba menyendiri dari orang-orang lain.

Walhal, kita perlu orang lain untuk hidup. Ya, kita perlu berdikari. Tak boleh nak mengharap kan orang lain. Tetapi, kita sorang je ke manusia yang duduk menginap di bumi ni? Kalau kita susahm, terdesak, nak minta tolong siapa?manusia lain jugakkan?

Perhubungan nya kita dengan manusia yang lain, sewajarnya, menjadikan diri kita supaya tampil berdiri sama level dengan mereka. Mereka manusia. Kita pon manusia. Apa yang berbeza?

Aku tak boleh jadi kau. Dan kau tak boleh jadi aku. Itu hakikat yang kita memang WAJIB terima. Sekalipun kita cube menjadi Propesor Klon, tiru fizikal mental orang lain, keoriginitinye tetap takkan mampu diciplak sama sekali.

mimi nak bagi contoh, pasal diri mimi sendiri. SIla jangan jelik membacanye ye.hehe.

COntoh:

Sesape yang kenal mimi, mesti taw fizikal mimi macam2 mana. So, mimi just describe mimi tak delah cukup pakej lengkap macam Angelina Jolie kan.hehe.

Jadi, sejak di bangku sekolah,ececeh, sampai la sekarang ni, mimi ni terdiri dari gadis2, hehe, gadis2 yang selalu la budak laki buat bahan. Budak pompuan pon ade la jugak. Tapi tak la seramai laki.

May be, perempuan sama perempuan, so tak sampai hati jugaklah deme nak bahan kot.hehe.

Bahan ape? Bahan ape lagi..demok, mok2,montel,dan seanggggggkatan dengan nyelah.hehhee. Tapi mimi tetaaaap cool.hahaha..Belagak gile ayat.

Cool sangat ke?

Tak delah cool mane pon, balik je cuti berkampung, ngadu kat opah, dan opah gelak je..erkkk!haha. budak2, biaselah..Budak2 opah? adoiii...

Biaselah zaman sekolah kan, pemikiran pon tak matang, so, tacing nye lebeh sikit la.. Tapi nak buat macam mana kan. Mulut orang tu bukan nye boleh cabot dan boh balik. Permenant jek kat muke deme, so, biarkan mereka terus membahan sampai deme jemu, deme senyap la. ;P

(tu skill tu, nak atasi orang yang kuat membahan orang lain.hehe)

Lagipun, apa yang deme bahan kan tu, bende betol. Dah gemok, kata gemoklah, takkan nak pi kata kurus kan, tu lebih menjurus ke arah pemerlian kan, kan?hehe. So, deme nak mulut puaka ke,longkang ke ape ke, mimi berrrrtaaahan sampai la abis SPM.

Dooooook tak lame,

lepas je spm, musim2 bebudak amik lesen kete semua, tak sangka, ramai jugak yang minta maaf atas ke puakaan mulut mereka tu.hehe. Tapi mimi cool je. Mungkin deme dah sedo kot yang deme melukakan hati mimi sleama 2 tahon!haha. Tapi amik kata2 makcik, kita takkan terus hidup kalau kita hidup dengan kata2 jahat orang. So, biarkan.. ;)

Hati pon tak sakit kan?

Bila ingat2 balik..kerana mereka tulah, menjadikan mimi kooaatt dan lagi membebalkan telinga sampai la masuk U, sampai dah abis U pon, ade lagi puaka2 macam tu,hehe. Ups, entri hari ini agak kaso ye. Ohh, itu bukan diri saya. Saya sopan je =.=

Kalau orang kata gemok!gemok!

Aah, mang la aku gemok, takkan aku kurus kot.

Ngeeee, diam orang2 itu.hihi. So sebelom orang kata, biarlah mimi mengaku dulu yang mimi gemok.Abis cite. Wassalamu. So, orang tak de nak puaka2 sangat kan.hehe. ;P

Mengaku kelemahan diri tu melemahkan ke?

Tak tawulah persepsi orang lain., tapi bagi mimi, pada awal mungkin agak merendahkan diri, menghina diri sendiri, tapi lama kelamaan, kita akan cuba sedaya upaya meleraikan segala itu, dan cuba menerima keadaan diri sendiri.

Menerima kekurangan diri, kelemahan diri, sebenarnye manjadikan diri kita lebih menghargai diri kita,lebih menyayangi diri kita, lebih mencinta diri kita, dan semestinye, kita akan bangga dengan diri kita.

Kalau bukan diri sendiri yang menerima diri sendiri, siapa lagi kan?





p.s: pehhhh..pnjg nyee..luahan perasaan ke?tak lah..hakikat kehidupan, maseh sgt2 sesape sudi memcurik masa membacenye ;)


DebaRan

Bismillahirrahmanirrahim..





Embun.
Embuh jatuh dahulu kah, atau kokokkan ayam kah yang mendahului pembukaan setiap aroma dingin pagi?
Kedua-duanya itu pasti..
Pasti akan datang dan pergi..
Datang sebelom bulan melabuhkan tirainya..
Pergi selepas matahari mula singkap keluar menghangatkan bumi..

Tiap kali embun menitis,
Tiap kali itu juga debaran terasa..
Terasa menganjak dari sehari ke sehari..
Melalui rona hidup yang sebentar sahaja lagi yang akan dilalui..

Debaran..
Apa yang terjadi pada hari ini?
Apa aku masih lagi hidup untuk esok dan esok dan ..... ?
Apa aku masih berupaya menatap wajah2 kesayangan ku?
Apa aku masih berpeluang bergelak riang dalam menggapai awan di langit yang tertinggi?

Debaran itu akan datang..
dan..
Akan pergi..
Datangnya bila hati ternanti-nanti..
dikala sudah terhenti,  debaran itu akan pergi..selamanya..

Kehidupan..
kehidupan umpama detik debaran itu..



p.s: Selamat pagi semua!heee..mimi pose rini, pelik kan pose ari selasa..huuu =.=


Monday, January 30, 2012

penakut

Bismillahirrahmanirrahim..



Dahulu..
Seawal umur ku, masih lagi angka satu di hadapan,
bukan Yuna shaja yang penakut,
aku juga begitu,
begitu penakut pabila didatangi dengan lembah masalah-masalah dunia,
masalah-masalah yang sewajarnya,
tiada kaitan langsung dengan kehidupan ku..
Tetapi,kerana dek perhubungan manusia di dunia
Tidak pernah sendiri,
Masalah orang lain, mungkin juga menjadi masalah kita..
Sebolehnya aku mahu larii dari masalah itu..

Namun sekarang,
Pabila angka di hadapan usia berganjak dari angka satu ke dua,
Aku seakan,
Menjadi penakut untuk tidak masuk ke dalam masalah itu..
Aku tahu aku akan sakit..
Tetapi
Jiwa itu lagi sakit jika aku membiarkan diri ku,
Tidak berlari bersama masalah itu..

Masa membantu manusia itu berubah,
BErubah untuk menjadi manusia yang lain,
PEnakut?
Aku masih lagi dalam kurungan itu..
Aku tidak tahu bila masa aku akan menjadi berani..



p.s: kesan penakut semalam, heeeee, tetibe ase lagu Yuna tu macam best pulak =.=



Sunday, January 29, 2012

hatiku kecil

Bismillahirrahmanirrahim..




Mengapa harus hati itu menjadi kecil, dengan nama lainnya, berkecil hati?
Kerana sifatnya yang haluss itu..
Lagi muluss..
Tidak tercapai dek pancaindera,
Namun..
Hati itu mampu membaluti segenap tubuh..


Kadang-kadang kita tak mampu nak elak, ataupun mengawal daripada hati kita ni berkecil hati dengan perbuatan orang lain kan?

Mimi penah bace, dan mimi ase ramai jugak yang dah bace, mengenai, jika kita berkecil hati terhadap perbuatan orang lain, kita dikira berdosa, kerana seolah-olah kita mengendahkan suatu amaran dari Tuhan untuk kita, yang dizahirkan melalui perhubungan kita sesama manusia.

Susah ke nak kawal hati dari berkecil hati?

Ya, mimi tawu susah. Sebab mimi pon, antara golongan2 manusia sebegini..heee (kantoi dah...ngeee) tapi seboleh-bolehnya nak merahsiakan daripada pengetahuan orang lain, cukup hanya makan dalam diri sendiri sahaja.

Tapi apa daya kita, kita hanya manusia. Manusia itu memang hebat, tetapi manusia itu juga memiliki, selemah-lemah iman, yang kadang2 tewas juga dalam memperkukuhkan benteng hati itu. Sedaya upaya tahan air mata dari tumpah, tetapi berderasaaannn juga air mata tu mengalir kan..

Menangis..
Merintih..
Mengharapkan ada ehsan dari langit..
Membaluti sekian kelukaan di hati..

Bagaimana yang dikatakan amaran dari Tuhan, apabila kita berkecil hati? Ni, mimi nak share sikit tipssss, bagaimana untuk kita mengawal hati kita dari terus menjadi kecil, kecillll dan kecilll ye.. ;)

Situasi 1:
Kita penah bergurau2 dengan kawan kita suatu ketika dahulu. Dah nama gurau, ape lagi, ketawa meledak macam nak pecah dinding jugak.. ;P

Tak lame kemudian,kawan kita pulak, melakukan mende yang sama kat kita, dan pada masa yang sama, entah kenapa tetibe hati kita macam tak boleh nak terima apa yang dia guraukan tu, dan tidak semena-mena, kita ada rasa sedikit berkecil hati.

1) Nampak tak situasi kat atas ni?
Apa yang kita pernah lakukan dulu, akan kita terima balik suatu hari nanti.

2) Perkara apa?
Dulu, kita tidak sedar, kita mungkin pernah kecilkan hati die, mase kita bergurau2 dengan kawan kita.

Sekarang, mende yang sama, kawan kita pon tidak sedar gurauan itu sikit2 membuatkan kita berkecil hati.


3)Apa kena mengena dengan berdosa dan amaran dari Tuhan?
 Ye macam konsep, "what u GIVE u GET BACK" lah. Apa yang pernah kita berikan, sama ada baik ataupun tidak, pasti akan kita dapat kembali.

Semua ni, ehsan dari Tuhan untuk kita, supaya kita SEDAR DIRI, yang apa yang kita buat, tidak semuanya betol, sebab kita memang takkan lari daripada berbuat kesalahan. Apa jadi kalau kita tak penah buat salah? Kompem la hidung tu tinggi entah bape inchi dah :p

Maka, berterima kasihlah kepada Tuhan, yang sentiasa membetolkan kita dalam diam, memberikan nasihat kita dalam sendu dan nangis kita, dikala hati kita berkecil hati, dan ini sekaligus, membuktikan yang memang Tuhan itu sentiasa bersama kita, 24 jam ;)

4) The best solution?
Take alllll the kecil2 hati is one of the liFe. Fuhhh, cakap memang senang, amik sebahagian daripada kehidupan. tapi ce buat?hehe ;p

Cuba pikir, mase kite berkecil hati, apa dosa yang sama yang kita penah buat kat orang? Kat sapa? bila? teruk tak keadaan hati orang tu masa die berkecil hati?

Ha...same la keadaan orang tu, sama dengan keadaan hati yang kita alami sekarang kan? Cuba motivate diri tu, cakap kuat2, tepok dada, "lain kali, tamau dah buat macam tu, nanti aku kecik hati lagikkk! "

Mudah-mudahan, kita akan ingat, dan ingat, tiap kali kita memuhasabah hati kita tu okeh? InsyaAllah, tiap kali kita berniat melakukan kebaikan, bertali2 jalan kebaikan Tuhan bentangkan untuk kita, ;)

Lapangkan dada, besarkan jiwa, relakan cinta DIa menakhlukinya...




Saturday, January 28, 2012

kasut tak de?

Bismillahirrahmanirrahim..




Biarlah kasut tu burok ke lame ke, kau tetap boleh berjalan kan?


Kan?
Adakah kite tak boleh berjalan kalau tapak kasut tak de?
Adakah kita akan cacat kalau kasut tak de tali?
Adakah kita akan jadi lumpuh kalau tetibe kasut jadi capal yang tak macam rupe capal?

Ini sedutan dialog dari cite AKU MAHU TERBANG yang ditayangkan malam ni, cerekarama, tv3, cepattt tgk! ;)

hehe.bukan nak promote cite ke ape,Tapi kate2 tu mang menarik perhatian mimi. Walau macam mana pon rope keadaan kita, kita sebenarnye adalah lebih baik, sangat baik, daripada mereka2 yang lebih kurang bernasib baik dari pada kita kan? Jangan lupa ucap syukur taw hari2 ;)

Tak de kasut tak bermakna tak boleh jalan kan?
Kaki masih ada = Kederat manusia masih tertanggung di badan :)

Jadi??
ada masalah lagi ke??

Tak de kasut?
Usahakan cara macam mana nak berkasut, mungkin perlu bersipar cabok dulu, baru boleh dapat kasut kan?
Tak dapat memiliki kejayaan dengan cara tertinggi, tak salah cube dari bawah, merangkak, bertatih, baru boleh berjalan laju, sama laju, lagikkkk2 laju dari orang lain ;))

Heeee, kalo bab bagi analogi mang bestt kan;)
Analogi nilah merupakan pendekatan PSIKOLOGI yang asenye lembut je sampai ke hati manusia kan?

Nak bagi spirit kat manusia lain,nak bagi nasihat kat manusia lain, takkan nak pi jerkah pongpangpongpang kan? Makin berdendam lagi ade lah kot. kot la..hee..Ntah :p


Maka, disamping beranalogi kepada pembaca, mimi pon turut menyeraaaapppp analogi ni, sumbat dalam2, tanam baik2 analogi ni , semai baikkk punye dalam hati ;)


Teruskan menjadi manusia yang sentiasa bersemangat meneruskan keazaman yang dicipta sejak awal taw. Never stop until die. :)

Jom buattt sesameee neh! ;)


pulasan vs rambuTan

Bismillahirrahmanirrahim..




selamat petang menuju ke maghrib! :)

heeee...
Mimi baru lepas mem baking kek..Ni lah koje owang tanam anggur kan. Tak de keje, kene la carikk keje, bile dapat keje, kejeeeee la jangan merungut, walau kene suruh sapu habuk setiap inci lokasi dalam rumah.keke..

Sekurangnya, membuat amal kebajikan di rumah sendiri sebelom kebajikan untuk diri sendiri kan?kiki<-------(ayat penyedap hati..hihihi)

Tak de pape, just nak bebel sikit pasal isu PULASAN dan RAMBUTAN, (gaya cakap macam nak cakap isu politik je kan..kekeke)

KOme suke pulasan ke rambutan?



PULASAN:
-kalau timbang 4 kilo, bape biji je dapat sebab berat kulit.
- isi tak kompem manis habis tapi kalo manis, pehhh, siap buahnye lekang, mang ohsem :)
- warna kulit dan rupe yang comei







RAMBUTAN:
- kalau timbang 4 kilo, lagi banyak arr dari Pulasan
-isi nye kekadang manissss kekadang masam gak, rambutan masam orang buat jem,nyummy2!
- warna ada koneng, ada merah, boleh pilih :)





Kesimpulan:
Bagi mimi, dua2 pon sodap.hahaha (macam tak gune jek buat perbandingan..hahaha), sebab masing2 ade keunikan masing2 kan? Heee.. Sekarang kat sini banyak pulak buah pulasan, aihhhh, sooonok je mata tengok, apetah lagi tekak yang merasa kan,kiki..

So, walau kita dan dia sama, tapi tak serupa, kita masing2 ade kelebihan. Selanjutnye boleh bace kat sini,hehe. Maka, jangan gundah gulana, sebab kita memang sentiasa hebat ;)




rindu nak bebel malam

Bismillahirrahmanirrahim..



semuaaaa!
selamat malam!

kiki, aihhh, dah lame tak berbicara santai gini kan. Asek bincang isu serius je dalam entri2 sebelom ni, erkk-----> adakah itu bermakna melangkah ke fasa pra kematangan?

okeh, itu teori buatan sendirikkkk aje, heeee :P

Asssebenooonye, tak delah siyes ape pon, cume mungkin otak, emosi, perasaan, fikiran bergabungggg (sambil buat tanda bersatu teguh bercerai roboh,hee), tu kot yang menjadikan entri sebelom-sebelom ni, siyess je kan :)

Walaubagaimanapun, mimi harap, sesiapa yang datang singgah lalu membacanye, dapat la merasa kan seceot dua ceot isi2, penting eh! 
Terima kasih, daun keladi,
harap-harap sudi datang lah lagi :)

Lokasi mimi?
Asssebenonye jugak, semenjak berlaku sesuatu yang kurang enak hari itu, gara2 mimi, ter hajen menceritakan keadaan mimi pegi intebiu segala itu ini, ada pengintip2 kurang berhemah rupanya yang mengikuti cerita mimi tu. So, mimi buat keputusan, mulai hari ini, sidang belog ini akan bertambah privasi.Huuuu..

Sedih la jugak. Sebenanye, nak berkongsi lah perjalanan kehidupan sikit2 dengan pembace Lily ni, tapi, ehmmmmmm, ada makhluk salah guna, tamo lah tuduh sesape, maka tidak mahu melukakan sesape, mimi memilih untuk menjadi misteri jugak :)

Apa yang boleh mimi cakap, mimi sekarang tidak lagi berada di kawasan di mana internet nye LAJU seperti dulu. So, sesape yang mengikuti perkembangan cek Lily ni, insyaAllah, tawu jugak mimi di mana di mana kan. Ke ada sesape nak tawu..heee..emel je saya, ade emel address kat atas belog ni kan?

Lagipun, tak delah penting mana kot. Mimi bukannya, super diva ke ape kan,hahaha. Yang penting, syukur, masih lagi hidup, masih lagi gigih menaip di kala tenet ni sangat la ehhmmmmm seloooo gedekgedek...huuuuu.. Dan masih lagi berpeluang memmbace entri-entri kome secara senyap tanpa di balas (Sangat kesal ni..huu..mimi minta maaf taw :(  )

Huwaaa..
Ase lame dah tak bebel panjang macam ni kan. Kekeke. Harapnye mimi masih gigih menjadi Blogger.

Kenapa kamu memilih menjadi blogger?
Entah...
Suke suki..
Suka bercakap, bila tak bercakap jadi giler, so, menaip dapat menjadi aspirin kepada penyakit tersebut..hahaha.. Yeke?

Tak delah. Ni sume lahir dari hati kan? Walau teruk macam mana sekalipun keadaan tenet ni si selkom brodband ni, mimi cube bertahan gilerrr abissss ni, sampai dapat buka page sendiri, dan lelajuuu hupdate..kiki..

Mimi selalu mengharapkan semua kengkawan, menjalani kehidupan dengan lebih baik taw! Walau mungkin mimi dah jarang nak ber keep in touch dengan kome, tetapi kome selalu dihatii :)

Siyes ni. Tak tipu.

Okeh, dah tacing, dah boleh tito, nunite! ;)




Friday, January 27, 2012

kenapa aku harus memilih?

Bismillahirrahmanirrahim..




Kenapa kita harus memilih?
Kenapa tidak kita pilih kedua-duanya sekali?

Antara hidup dan mati?
Antara solo atau dabel?
Antara mahu atau tidak?
Antara aku dan dia, siapa pilihan?
Antara xx dan yy?
Antara pergi atau tidak?

Kalau kita memiliki kedua-duanya,kita TAMAK!
Manusia TAMAK ternyata RUGI sudah tersedia menanti.
Pilihlah manusia..
Pilihlah jalan mu..


namun...


Begitu banyak pemilihan yang harus dipilih dalam hidup ini kan? Mesti pilih. Memang kehidupan itu suatu pilihan.

Pemilihan itu sangat penyeksaan. Penyeksaan jiwa dan fizikal itu sendiri. Mungkin hanya nampak bersahaja, tetapi  apa kesan jika pemilihan itu salah?

Istikharah?
SWAT?
Kekurangan dan kelebihan?
Pro dan cons?

Ada kita semua penah melakukan ini dalam melakukan pemilihan?

Bermunajat,
Kembali dan kembali,
Mengharapkan ehsan Dia secepat yang mungkin..
Meleraikan segala penyeksaan ini..
Inilah jawapan muktamad!

Ala, aku tak tahu macam mana nak buat?

Apa guna internet?
Apa gunanya ibu bapa itu?
Apa guna nya guru itu?
Apa gunanya kawan-kawan?

Alasan itu jelas hanya satu EGO.
ingat!

Ini bukan penyeksaan sayang,
Ini juga suatu bentuk ujian..

Ujian?

Bersangka baiklah dengan Pencipta-Mu itu.
Tidak digalaskan tanggungjawab itu,amanah itu, permasalahan iti kepada makhluknya itu, melainkan kesanggupan, kekuatan mereka itu..
Maka, sewajibnya makhluknya itu juga tahu, mereka itu MAMPU untuk memilih antara dua, tiga dan empat, atau seterusnya..

Pujuklah hati mu,
menawan hati-Nya..
Agar disisipkan rahmat-Nya, setiap kali dalam keadaan, "AKU MESTI MEMILIH"..



Thursday, January 26, 2012

"seorang" itu..

Bismillahirrahmanirrahim.



Siapakah diri kita hakikatnya?

Seorang manusia, atau hanya memanggil atau menganggap diri ini manusia?

Manusia merupakan seorang, ohh, bukan se ekor.

Memang kerana istilah "seorang" itulah, "dia" disifatkan bukan seperti, "seekor", "sebuah", "sekeping", mahupun yang lain-lain.

Istimewa kah?

Istimewalah. Tiada yang mempunyai kata ganti "seorang" ini, melainkan hanya untuk manusia sahaja.

Apa yang istimewa sehingga diangkat martabatnya sedemikian rupa?

Sudah pasti jelas, tidak terhitung istimewanya.

Akal, fikiran, perasaan, emosi, iman, dan rohnya.

Kesemuanya mungkin, barangkali. Ah! Sudah mungkin, barangkali lagi ya. Mungkin, barangkali, manusia itu diistimewakan dari segi definasi itu.

Mereka, sekelompok tubuh, yang berjuang meneruskan hidup yang hakikat kejadiannya, sudah ada, cuma mereka sahaja yang tidak tahu, apa yang akan berlaku, esok, esok dan esok.

Bukankah makhluk lain juga begitu?

Ya, tetapi mereka tetap akan melakukan rutin yang sama, seawal mereka dilahirkan, sehingga mereka dimatikan oleh-Nya.

Manusia berbeza. Manusia itu selalu punya pilihan untuk teruskan esok, esok dan esok. Takdir sudah menjadi kehidupan. Cuma cara manusia itum sama ada mahu melalui takdir itu dengan mudah, mahupun sukar.Kalau hari ini, dia memilih untuk terus sendirian dalam kehidupan, akan tetapi jangan pula hairan dan pelik, dia yang mengetuai kelompok kehidupan nya.

Kehidupan. Kehidupan manusia jelas tidak dapat dijangka. Manusia itu akan terus berjalan, meniti, merangkak, meniarap, meneruskan sesuatu yang tidak diketahuinya yang dihadapan.

Ibarat kemalangan. Apabila disuruh berhati-hati, jangan pandu laju, jangan itu, jangan ini, tetapi inilah kelebihan manusia. Apa yang mereka kata?

"ahhh, kalau dah sampai ajal, di rumah pon boleh mati, tak yah nak tunggu kat jalan raya"
Maka kenapa tidak berdiri di tengah-tengah jalan? Definisinya tetap sama bukan? Sengaja memilih untuk menempah kematian sendiri.

Betul. Sesungguhnya, mati itu, ajal itu sudah tertulis,sudah dilakarkan sebaik mata ini melihat dunia, namun kita tuhan kah? Sudah benar cukup kah amal yang dipertaruhkan untuk menempah kematian terlebih awal?

Sekurangnya, tiada penyesalan yang terbit dalam hati manusia-manusia yang lain, dengan pemergian kita itu. Mereka melihat pemergian kita itu sebagai suatu takdir Ilahi, bukannya takdir ciptaan simati itu sendiri.

Itu cuma satu andaian dari mata ini.Begitulah. Sudah istimewanya manusia itu diberi untuk membuat pilihan. Namun, seringkali itu juga, mereka tetap memilih jalan yang memakan jiwa mereka itu sendiri.

Bijak. Sudah tercipta manusia itu dengan penuh kebijaksanaan. Kenapa tetap mahu menaikkan martabat kedunguan, dan menurunkan tahkta kebijaksaan itu, semata-mata untuk tuntuti ego sendiri?

Aku sendiri begitu. Aku harap tiada yang mengikuti jejak ini. Insaf.




p.s: huu..terharu dengan entri sebelom ni. Masih ramai yang jengah walau mimi tak jengah balik kamu semua.Maaf..maaf dan maaf taw. Intenet di sini sangat la...emmmm seloooo gedekgedekgedek.. Nak buka belog sendiri pon..ehmmm..

Mimi pasti kenang kome semua dalam doa mimi. Sayang semuaaaa! T___T


Wednesday, January 25, 2012

nasib si bakung

Bismillahirrahmanirrahim..




Setiap hari melihat..
Merenung..
Berfikir..
Bila kan masa itu..
Aduhai..

Si lily terus terkulai layu..
Seolah sudah tiada matahari, air yang menyirami di kaki akarnya itu..

~huuuu..

Apakah makna nya ni?
Mungkin ini lah takdir lily?
gagagagag~
Kerat jari..
Gigit bibir
Ghenyih..

Mende macam tu je lah yang boleh dibuat setiap hari..
Setiap pagi..
dengan harapan boleh menulis laju seperti selalu..

Kini, kerana Lily hanya dihati..
*rindu semua! T___T*



Saturday, January 21, 2012

3# kata aamaLina

Bismillahirrahmanirrahim..




walaupun banyak hati yang sedang mempersendakanmu, 

tetapi hati yang berada di dalam tubuh itulah yang selalu
melindungi mu,
menyayangi mu,
mencintai mu.. 
~ aamalina azman~



1# Terasa diri ini begitu kerdil, kecil, amat kecil berbanding orang lain,merasakan diri ni amat rendah, dan melihat betapa jauhnya diri ini dengan yang lain, hina nya aku. (walau hakikatnya tubuh badan ini sasa mengalahkan yang lain)


2# Kalau tidak hati sendiri, tidak berupaya mempercayai diri sendiri, maka lupakan dengan hati yang lain yang sedang mempersoalkan apa yang terjadi.


3# Hari-hari hidup semakin sempit. Sempit dengan segala asakan yang yang ada di hadapan, mahupun di belakang. Namun aku pasti asakan itu akan reda bersama Dia, Ilahi ku..


4# Oksigen. Terima kasih untuk menyajikan diri mu, buat peparu ku, dan peparu yang lain pada hari ini. Hari esok? Tunggu perintah dari tuhan mu itu..


5# Kenapa adegan kejar mengejar ini tidak pernah berhenti. Merasakan, aku mahu hidup dalam cube ku sendiri, tetapi aku tidak berdaya, kerana aku hanya berjalan, merempat di bumi Dia, dengan ehsan Dia..

Maafkan aku tuhan, dengan keluhan berat ini..

aku tahu, aku belum pernah layak untuk mendapat sebegini, apatah lagi untuk meminta sesuatu yang lebih mencakupi keperluan ku,

Namun, berikan aku kekuatan hati Tuhan..

Kekuatan Hati untuk aku terus bertahan sehingga aku pergi..

Ketabahan hati, untuk terus aku kebal bergelumang dengan segala titik takdir ku, Tuhan ku..

Aku amat memerlukannya saat ini..

Friday, January 20, 2012

2# kata aamaLina

Bismillahirrahmanirrahim..



kekuatan yang perlu dilebatkan hanya dengan kebijaksaan,
tiada guna berpantang arah,
jika angin masih di belakang..
~aamalina azman~ 

Tengok kung fu panda ke weh malam ni?hehe.Termasuklah cek mimi sekarang ni.Heee..Berbelog dah tak boleh nak laju sangat, tepaksa la ber tibi,huuu (pasrah nii).

Cite katon ni sebenanye banyak jugak moral value kan. Pecaya tak kalau spirit dalaman sebenanye boleh jugak meningakt dengan melihat moral value ini secara humor? Tak caya? Sile lihat, amati dan buat, insyaAllah, mesti  kita rasa, kita sedang berada dalam tubuh badan yang baru, hakikatnya masih berada dalam tubuh sendiri yang sama sejak lahir :))

Cuma kena pilih katon la kan. Katon merapu yang melucah pon bahaya gak. Tak ke pasal-pasal terus orang anti mimi, sebab ajor yang bebukan.heeeee..

Melihat diri sendiri seorang yang hebat sebenarnya sedang menaikkan darah di paras yang merah hitam, di mana semangat membara 100% ..

Tiada ramuan rahsia, hanya diri kita sahaja ~ KungFu Panda ~




Thursday, January 19, 2012

1# kata aamaLina

Bismillahirrahmanirrahim..




aku mahu takdir itu menjadi kehidupan ku,
bukan nafsu yang memesongkan takdir ku,
sehingga aku derita hingga ke neraka
~ aamalina azman~

1#Tuhan itu Maha Pengurnia, Dia memberi apa yang manusi itu PERLU, bukannya apa yang manusia itu MAHU.

2# Ajal, jodoh,rezeki itu sudah ADA hakikatnya,usah sakit meronta, kecewa,menanah di dada, apa yang perlu hanya jangan pernah PUTUS berusaha, melazatkan lagi Doa kepada-Nya

3# Esok itu mungkin ada.  Ingat ya, MUNGKIN! Jadikan hari ini, hari terakhir untuk kamu HIDUP,maka kamu tidak akan pernah leka walau sesaat.

4# Aimie Amalina binti Azman rindu semua! Rindukah kamu semua dengan dia?




p.s: Mungkin ektibiti berbelog dan BW saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat selo, maaf kalian =.=



Tuesday, January 17, 2012

Live From SA

BIsmillahirrahmanirrahim..




KoTaKiNabaLu--f.L.i.G.H.T--LccT--B.a.s--KLseNtral--k.O.M.u.T.e.r--shaHaLam

Tadaaaaa!



Alhamdulillah. Inilah perjalanan saya hari ini ye.Huhu.. keluar rumah dari jam 1245pm tadi, dan baru tadi, sekitar jam 10.15pm baru sampai rumah kawan kat seksyen 7 ni :p

Kaki agak macam nak patah, dengan kesesakan manusia, kesesakan jalan raya, dan kesesakan-kesesakan yang lain.Heee.. Tapi syukurlah..alhamdulillah, sampai juga shah alam ni dengan selamat nya, sensorang diri.Wuwu..

Mak..
Ayah..
Makcik..
dan sebagainya..

Tak putus2 la dok kol, dok mesej, dok kat mana mimi ni. Huhu.. Anak dara katakan. Cenggitulah..heeeee..

Nak buat ape eh..Asenye macam2 nak cakap tadi tapi simpan dulu la. Nak merehatkan otak untuk esok.hehe.. Esok?

Masa: 9.00am
Venue: syarikat _ _ _ _ di seksyen 23

Doakan mimi ye kawan2! Mimi amat la memerlukan sokongan dan doa dari semua. Ase nye nebesss nak pegi Interview ni dari kelmarin punye kelmarin lagi. huuuu.. Semoga otak berada dalam keadaan terkawal dan tidak gelabah esok.huuuu..

Perlu kah tito sekarang.. =.=


Bila wakTu berakhir

Bismillahirrahmanirrahim..




Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi


Bila waktu telah berakhir~ Opick

#siapa yang belum dengar boleh pegi SINI ye ;)



Mimi suka sangat dengan lirik dia. Sebab banyak perkara yang berkaitan dengan kehidupan di sebalik lirik lagu ni kan. 

Bila kita diberi nafas untuk HIDUP,dada pasti berombak disaat nafas itu dihisab untuk pergi..
Bila kita diberi tali untuk mulakan PERSAHABATAN, tali itu akan kendur dan putus dan mulai menjauh setika nanti..
Bila kita diberi peluang untuk memulakan pekerjaan, akan tiba masa hari tua, dan tempat kita itu akan diganti..

Setiap datang akan pergi. Tiada yang pernah kekal abadi, melainkan AMAL yang dibajai untuk Ilahi. Keluarga,sahabat, semuanya akan pergi. Kita juga akan pergi..

Hanya kasih sayang sejati yang mampu melestarikan  hubungan yang telah terpatri. Walau jasad mereka itu meninggalkan pergi.. "Acuan" mereka akan tetap kekal dihati..

Pergi dan pergi selalu kepada-Nya, agar cinta, kasih dan sayang sentiasa bersama rahmat Ilahi..



Monday, January 16, 2012

checkList beFore fLy

Bismillahirrahmanirrahim..



selamat malam semua!
eh, aku belom nak tidur lah..
oke2, selamat petang semua..!
petang hape, bulan dah naik, matahari dah jatuh ah..
Dah tu nak aku panggil ape? selamat jela!
#4_)88+++3$5^7M@..

keke, selamat, selamat dan selamat  semuaaaanya yang sedang seronok melayari memacam laman sesawang yang mungkin tidak lagi bersawang.hehe :p

Malam ni malam terakhir! Erk..bukan terakhir ape, terakhir untuk beradu di bumi Kota KInabalu. Nak datang mai sini balik, emmmmmm, agak payah nak menjangka kan.hehe. Maka nya, mungkin cek mimi akan berada di semenanjung, atau lebih tepat lokasinya di kampung opah tercinta lah, dalam masa terdekat ni.huuu..

Senang cite, untuk menjadi pencari nafkah (baca: the most respectful Jobseeker) buat zahir dan batin sendiri,hehe (agak melampo ke ayat tu..haha), maka mimi akan menghijrahkan diri esok dan sampai bile? Wallahua'lam..huuu..

Barang dah semua siap ke ina?
Dah la maaakk (mak ni..huu..owang sedih ni, asik hengat kan owang je..huhu)
Kang lope segala, tak denya owang nak pi anta ke kamu..Payah nanti..
Ye mama..dah siap semua..(dengan nada sedih..huu)

So, sendiri buat checklist barang2 wajib untuk pegi intebiu buat kali kedua nya :

#baju kurung+tudung+ dan adik beradiknya
#sijil2 berkaitan+serta salinan potostet nye
#kasut itam bertutup
#pasport (kang tak lepas kat imegresen pulak..haha, tapi tak pakai pasport pon tak pe sekarang, my kad kan ada,heee, tapi mak bising kalo tak bawa..so bawak je )
#ubat-ubatan (especially resdung, mak kata nanti tak malu ke bersin depan interviewer..haha)
#laptop + anak2 nya macam bb,mouse dan external(harusslah, nak berbelog cam ne kan..haha, itu yang dipikio nye..ish2 )
#baju2 yang penting jek
#kotak pensil (err, perlu kan, kawan2? :p )
#payung lipat (perlu ke, ala, bawak jelah..mak kata suruh bawak..haha, nanti ujan, ko tak malu ke nak basah2 kene intebiu..haha, adoiiii)
#botol air (wajib, nanti tak yah beli kat 7e, hehe)


Ha..setakat ni, tu jela yang WAJIB dibawa, dan dah siap kemas. Tinggal bawa masuk dalam kete jek.hehe. Kecuali laptop la, esok baru masuk beg.hehe. Huuuu.. Nampak seronok je kan nak travelling..huu.. Tapi..

Dari start abis U sampai sekarang, dalam 8 bulan gitu dok dengan mak, tetibe nak pegi buat sekali lagi ni, huuu, ase macam nak nangis jek.huwaaa. PAdahal dulu 8 tahun tak dok dengan mak rilek je.haha :p

Bole tak malam ni nak tito dengan mak?haahahaha.. Okeh, mak cakap tak boleh.huuu..
"Aihhh, dah beso dah ha. Tok sah loghat la na. Malam2 nanti kite tepong2 la ha..apolah akak ni.."

Huu..mak ni... :((

Aihhh.. dah 24 pon macam ni lagi.haha. Nak buat macam mana, sabah dengan shah alam, sabah dengan perak, jauh kot. Okeh, dulu ko belaja kat Johor ujung selatan tak de hal pon.hahaha. Dulu lain.. sekarang lain...huwaaaaa..

Tapii..

Tak pelah.. Pahit dulu baru manis kan. Nak dapat intebiu pon payah, ni dah dapat, kene strive bagi dapat keje pulak.Bagi dapat kerja dulu, baru bawa mak dok sekali.hehe. InsyaAllah. Itulah cita2 nya..huuu ;))

Panjangnye mimi bebel.hehe. Ada orang bace tak? Mekasih kesudian membaca untaian kata hati yang tengah sedih,yang tak sepatotnye sedih.huhu.  Dari tadi, mak dengan adik asik dok gelak2 mimi dok cakap sowang2 bahasa omputih.haha. Praktis nak kene intebiu kan. Dah tergeliat2 lidah.huhu..

Kome! Doakan supaya kome dan mimi jadi orang kuat taw.hehe. Mekasih kome! ;))