Saturday, January 14, 2012

1.35am ~ "angel"

Bismillahirrahmanirrahim..



sudah lama tidak mengarut panjang di malam hari kan? Maka, hari ni, memilih mengarut sedikit sebelom kaki , tangan dan tubuh mula menganjak ke katil yang indah lagi mempesonakan.

Hari ini, emm, yakni malam ini, merupakan, antara malam-malam bahagia saya, kerana menemui suatu perasaan yang jarang-jarang ditemui, perasaan itu hanya akan hadir apabila didatangi suatu  anjakan dari insan lain :)

Alhamdulillah.

Berpeluang merasai perasaan itu. Benarlah kata orang, mungkin apabila kita berbuat baik dengan insan lain, kita juga akan dibalas dengan kebaikan. Kebaikan yang bagaimana? Cuba kita telek apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.


Hope by ~  antontang

Tamsilnya:

Hari ini, misi mencari kerja masih lagi diteruskan, walaupun bakal menghadiri beberapa temujanji pekerjaan dalam waktu yang terdekat. Walaubagaimanapun, ada beberapa keping hati, sedikit sebanyak telah berkongsi jalan mempermudahkan misi mencari kerja ini.

Ada sahabat2 di Universiti dahulu, seolah memberi semangat dari jauh, supaya terus berusaha, sehingga ia berkata ,
"ingat, pintu rezeki terbentang luas.."

Betapa hati ini lega mendengar sedikit penyumbang kata semangat. Walau hanya beberapa patah perkataan sahaja, tetapi mampu merungkaikan segenap kegelisahan dalam meneruskan misi ini.

Alhamdulillah sekali lagi.

Begitu Tuhan itu selalu menghadirkan kita dengan "angle" dalam pelbagai rupa dan bentuk, semata-mata untuk mempermudahkan perjalanan kita sehari-harian di muka bumi-Nya ini..

Teruskan langkah. Teruskan perjuangan yang masih belum selesai. Teruskan usaha. Teruskan berbuat kebaikan sehingga ke saat yang terakhir. Kerana hanya kebaikan itu mengandungi 1001 rahsia Tuhann untuk hamba-Nya. InsyaAllah :))

Selamat malam semua!





p.s: emmm, ayat dalam cerpen ke macam ni?hahaha :p


25 comments:

mr.ninja ^___^ said...

gud luck cik ime..saye sntiasa sokong & doakn yg trbaek utk kmu..all da best syg..^____^

Cik Jannah said...

all te best sis.. ! :) rezeki ada dimana2. :)

syarifahsidrus said...

rezeki Allah ada kat mana2. dan Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita kan :)

FatinAmirah said...

rezeki Allah di mana mana,cuma kite kena usaha mencarinya.hwaiting ! :D

♥ p a a n i ♥ said...

"ingat, pintu rezeki terbentang luas.."

jadi bersemangat baca ayat ni. thankss :)

ahsfantasy24 said...

kita digalakkan untuk sentiasa berbuat baik!
kalau dia tak balas dengan baik,
Tuhan ada untuk mengadili kita :D

Yatie Awang said...

InsyaAllah...selagi ada usaha pasti berjaya

Zul Fattah said...

kalau kita ingat kat Allah.. Allah akan permudah urusan kita.. rezeki dunia hanya Allah yg tahu

Iffah Afeefah said...

skong atok

pasti ade rezki mne2 opah

kl tggu kdtangan opah tu

Hanie Dew said...

betul tu. rezeki ada di mana mana. tinggal kita lagi berusaha ak mencarinya. takkan dtg begolek punya.

mimi.fighting!!!!!!

littledolphin said...

rezeki itu terbentang luas!

berusahalah! semoga berjaya :)

Syahirah Suhaili said...

suka baca entry nie..hehe..adiela pon tengah dilanda beberapa kerisauan jugak..and paling besa,adiela nak sambung blaja..tp rezeki belum ada lagi..hoho..anyway,gudluck ye,smoga cepat dapat kerja! :D

Gen2Merah said...

insya Allah.. teruskan berusaha yaa

msredcheesecake said...

Kekadang bila kita berbuat baik itu sendiri dah bagi ketenangan kat kita....

maszull said...

assalamualaikum mimi...yer betul tu mimi rezeki ada dimana2 saja hanya kita saja yg mampu bersabar atau tidak...

InsyaAllah pasti akan ada rezeki dr Allah untuk hamba2nya di muka bumi ini...:)

KaK LimAh Si SupiR said...

gdluck dgn intebiu2 nt mimie ^_^

fathiahRAIHANA said...

all the best akak :> rezeki tu ada, cuma kita kena byk usaha byk mintaa byk doa.



*ada gaya angel tak? hihi.

::WafaIrdina:: said...

betol 2..perjuangan masih lagi panjang..n sesungguhnya Allah itu maha pemurah...pintu rezeki akan sentiasa terbukak luas bagi mereka yg sentiasa berusaha mencarinya..inshaAllah ^^

Lia Irdelia said...

ni mcm ayat dalam buku motivasi...

saya suka...

hehee..

per2 gudluck tau,,

Papa Mifz said...

insyallah yang terbaik menanti...:)

Lea Isnawi said...

dh dpt keje ke mimi?

..ika itu aku.. said...

ika baru nak mula cari keje..wink2 good luck 4 u n' myself too ^_^

izatty fatihah said...

gudluck cik aimie :)
semoga cepat dpt keje..
insyaAllah ada rezeki nti..
usaha & doa byk2 ye ^^

Teenager Housemaid said...

like dis!!!
teruskan..:)

Jue said...

Btul tu beb. Rezeki ada d mn2. Satu tutup, satu lg dtg. Cuma cpat atau lmbt sj penentunya
Dan aku phm perasaan bila Tuhan hadir dlm cara yg kita hanya akn prsn kemudiannya