Friday, January 13, 2012

lessOn 150

Bismillahirrahmanirrahim..




Di suatu sudut yang kosong, aku merenung jauh ke dalamnya. Seolah ada sesuatu yang menggamit aku untuk aku ke sana. Sedangkan sudut itu tiada apa,yang hanya sebuah memori, sebuah kenangan yang menggamit rindu aku kepadanya..

Kenapa dia pergi meninggalkan aku..
Kenapa dia pergi tanpa beritahu aku terlebih dahulu..
Apa salah aku, diperlaku sebegini..
Beritahu aku, aku perlu tahu.. kenapa????

Persoalan demi persoalan terus menghimpap kepala lalu rebahlah daku dalam sujud ku menghadap Ilahi. Memohon...Tidak putus doa itu. Mengharapkan ada suara-suara yang mampu menjawab segala kecelaruan yang sedang berselirat kalah urat ditubuh ini..

Sedang asyik aku disisi tepi dinding yang kosong itu, seakan ada satu sendu menyapa dari ku dari tepi. Tetapi makin lama makin sayu sendu itu. Benar kah ia sendu, atau persoalan yang semakin bertambah ini makin membuatkan aku semakin bercelaru!

Aku terus selak helaian kalimah-kalimah suci yang menenangkan jiwa ini jika ini tiap kali terjadi dalam sujudku. Aku bangun dan gapai kitab itu. Ya, itulah jawapan segala persoalan itu. Terus menerus aku terpaku, apabila sikit demi sedikit kalimah itu menyentuh jiwa ku..


Ya, Tuhan itu menyedarkan aku, betapa bertuah nya aku yang masih menyentuh dewasa ini, menjadi peneraju buat mereka yang sudah tiada di sini...

Ya, walau tiada lagi mereka di sini, acuan kasih sayang mereka masih singgah di hati, dan akan kekal bersemi dan tiada yang mampu mengganti kasih sayang itu...

Setiap kali Tuhan itu membawa mereka pergi, setiap kali itu aku pilu..aku rindu..dan setiap kali itulah, satu lagi bunga baru akan mati di hati. Tidak akan lagi tumbuh yang baru. Aku biarkan dia mati dan layu terus disitu..


Di sinilah.. Dia membawa aku, supaya menyeru hati aku kembali berserah kepada-Nya.. Berusaha menghakis segala rasa kehilangan yang singgah bertapa dihati. Hanya Dia yang mempu meredakan segala rasa pahit berduri ini..


Bawalah aku Tuhanku..
Bawalah hati aku, supaya terus menyayangi yang telah pergi walau tiada mereka lagi di balik pandangan mata ini..








p.s: dah lame tak bagi lesson kan..heee..maapkan mimi, banyak entri mengarut jek sebelom ni..adoyai..huuuu...



11 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

usaha dan terus usaha..

hihi,xpe.kembor kan byk masa nak bg lesson..

era kecik said...

memang sedihkan bila kehilangan orang tersayang .. huhuhu..

> takpe, masa kan masih panjang :)

::WafaIrdina:: said...

yg pergi xkan kembali..kita yg masih ada ni ..teruskanlah perjuangan ke arah yg lebih baik dan baik..^^

fathiahRAIHANA said...

masih tak boleh byg hilang seseorang dr hidup tu mcmana, belum pernah merasa. tak tau la nanti kuat ka tak bila tiba saat2 tu --"

saffiya_aleesya @ echa said...

bila seseorang tu pergi memang kita akan terasa kehilangan tapi kita yang masih bernafas di bumi allah ni kena teruskan perjuangan dalam meniti segala dugaan yang datang..apa yang penting walau kita rasa tidak tenang dan bercelaru, dekatkan diri dgn allah..;-)

Iffah Afeefah said...

mngarut pon ade makna tersirat opah

xsmstinye xde lesson kmi xdpt pape kan?

qlah said...

hanya mmpu berdoa :)

aleen aiden said...

rindu..itu semestinya.sekarang kau buat aku rindu..sob3

maszull said...

assalamualaikum mimi..sentiasalah mengingatinya moga akan dpt ketenteraman jiwa yg lara...:)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm bilalah zuan nak jadi seorang yg jenis berusaha bersungguh2.. hmm

Faarihin said...

walaupun mereka telah pergi..
jangan pernah kita lupa untuk bergantung pada yang tidak mati..