Saturday, January 21, 2012

3# kata aamaLina

Bismillahirrahmanirrahim..




walaupun banyak hati yang sedang mempersendakanmu, 

tetapi hati yang berada di dalam tubuh itulah yang selalu
melindungi mu,
menyayangi mu,
mencintai mu.. 
~ aamalina azman~



1# Terasa diri ini begitu kerdil, kecil, amat kecil berbanding orang lain,merasakan diri ni amat rendah, dan melihat betapa jauhnya diri ini dengan yang lain, hina nya aku. (walau hakikatnya tubuh badan ini sasa mengalahkan yang lain)


2# Kalau tidak hati sendiri, tidak berupaya mempercayai diri sendiri, maka lupakan dengan hati yang lain yang sedang mempersoalkan apa yang terjadi.


3# Hari-hari hidup semakin sempit. Sempit dengan segala asakan yang yang ada di hadapan, mahupun di belakang. Namun aku pasti asakan itu akan reda bersama Dia, Ilahi ku..


4# Oksigen. Terima kasih untuk menyajikan diri mu, buat peparu ku, dan peparu yang lain pada hari ini. Hari esok? Tunggu perintah dari tuhan mu itu..


5# Kenapa adegan kejar mengejar ini tidak pernah berhenti. Merasakan, aku mahu hidup dalam cube ku sendiri, tetapi aku tidak berdaya, kerana aku hanya berjalan, merempat di bumi Dia, dengan ehsan Dia..

Maafkan aku tuhan, dengan keluhan berat ini..

aku tahu, aku belum pernah layak untuk mendapat sebegini, apatah lagi untuk meminta sesuatu yang lebih mencakupi keperluan ku,

Namun, berikan aku kekuatan hati Tuhan..

Kekuatan Hati untuk aku terus bertahan sehingga aku pergi..

Ketabahan hati, untuk terus aku kebal bergelumang dengan segala titik takdir ku, Tuhan ku..

Aku amat memerlukannya saat ini..

25 comments:

Unknown said...

Opahhh kam to kak ngah meh

rindu tak kat cucu:-(

Nurul Iman Rosman said...

saye doakan awak sentiasa diberikan kekuatan ye, aminn ;)

Anonymous said...

sgt berbunga kata2 awk..heee~ like it...smoga diberi kekuatan dan ketabahan..:)

RHI said...

kuatkan semangat untuk megharungi kehidupan ini

IMANSHAH said...

oksigen sangt penting

si kiut lavender said...

ketika hati2 yg kejAm sedang merendahkan dan menjatuhkan ketika,,
hanya hati di dalam diri sudi membangkitkan diri ini...
sentiasa terus menerus mempercaai..

moga kau terus kuat..:)

msredcheesecake said...

hati kita memang DIA jadikan kuat.... kita yg buat dia lemah....

Lia Irdelia said...

Tuhan tidak akan pernah menguji hambanya..
Melainkan hanya yang terpilih..

Tabahkan hati ok...

:)

NorFarahin@aien said...

moge sis trus kuat yaa...mukmin itu selalu diuji..sbg tanda kasih n ingtanNYA...jd...senyumlah..DIA merencanakan yg tbaek tuk sis..inshaAllah :)

Ann Ishak said...

kesabaran itulah kekuatan yang paling kuat dalam diri mu...sabarlah

Zahirah said...

Alhamdulillah kita diberikan ujian sebab Dia hanya bagi kepada mereka yang betul-betul layak sahaja. Tabahkan hati, kuatkan iman :)

syazwani ab said...

Allah sayangkan kita :)

Cik Pulau said...

jagalah hati.. jangan kau kotori...
err.. lupe da lirik lagu ni.. hahaha

FR said...

rindu nak bc blog akak ^^ tp tu la, masa tadak -,-


suka entry mcm ni . buat saya speechless, hee.

Amir said...

Tak kan dibebankan seseorang itu melainkan kemampuannya. Cheer up.

mizmarmalade said...

Nice entry! mendalam sgt maksudnyee :)

reza al-razi said...

Luahan rasa ke ni? moga sentiasa tabah.... :-)

D said...

urm. allah sentiasa bersama kita sis :)

Lelaki said...

hati adalah segala2nya...

maszull said...

assalamualaikum mimi.. Allah sentiasa
ada di mana2 dan selalulah mengingatinya...:)

Unknown said...

banyakkan brdoa ya :)

Chegu said...

Asslmlkm cik aimi! Jgn sedih2, ade prob ke? Jgn sedih2 k

Iznie said...

banyakkan doa..moga dikurniakan ketabahan + kekuatan...awak kuat sis!! chaiyok2... :D

KaK LimAh Si SupiR said...

tabah mimie tabah! ^_^

nuyui a.k.a miss YUI said...

nape ni syg??cam ada bnda aje ni..