Bismillahirrahmanirrahim..
Imbuhkan diri aku tegar menjadi ais..
Ais yang terus membeku..
Membeku walau sudah tiba di tebing bibir ku..
Bukan mahu menjadi zalim keras membatu..
Tetapi biarlah Dia menjadi Tuanku buat diri ku..
Meleraikan beku..menghentikan sendu..
Sudah lama dia di situ, mencari sesuatu yang pernah menjadi kebanggaan diri nya suatu masa yang lalu. Menjadi seorang biduanita, primadona suatu ketika dahulu, seringkali menjadi singgahan tiap hati yang melihat.
Kenapa hati yang melihat, bukan mata? Kerana dari mata turun ke hati. Maka aku pilih hati untuk situasi aku ini. Aku tidak mempercayai mata yang selalu memandang yang lain itu berduri, hakikatnya mereka semua itu penyeri.
Suatu ketika dahulu, aku bengis, tapi aku digilai ramai jejaka yang asalnya pelbagai kasta dan rupa,sehingga ada antara mereka yang sanggup meratapi, membunuh diri sendiri jika aku hilang sekilas layar tebar di langit biru ini. Sungguh dasat bukan?
Manusia bunuh diri kerana aku?
Aku ini Tuhan kah? Tidak. Aku ini hanya wanita. Wanita yang menggantikan tempat raja, umpama Pemaisuri yang datang menerkam Maharaja lalu dengan angkuhnya menitahkan perintah seraya mendabik dada melampui 90 darjah itu, kerana ingin menakhluki selautan bahtera kepada raja tubuh manusia.Sudah pasti aku mahu meratah hati lelaki itu.Pasti.
ya..
Jika ada yang masih belum mengenal aku ketika itu, dia pasti dikatakan KOLOT! JAKUN!! dan seangkatan dengan nya. Ahhhh! disaat inilah dimana semua kekayaan mereka menjadi seluruh hidup ku.
Tuhan? Aku rasa aku lupa. Aku, kurang pasti siapa dia.. apa agama aku. Ya! Aku tahu! Kepingan emas itu! Emas itu Tuhan aku. Ya..!!
Ketika ini aku hanya perlu merakus dengan lumat, sehingga jantung mereka bengkak dengan jahitan nafsu, berhenti selamanya daripada terus berdegup, tiap kali hati mereka,ya.. mereka ini, bertaut mengikat tali cinta dengan ku.
Aku hanya ingin main dan lepas. Genggam dan pecahkan. Sejat?. Peduli apa sudah aku dengan erti sejati. Erti itu sudah lama mati. Mati kerana aku jugak sudah lama mati dengan sejati itu. Ahhh, jangan pernah datang lagi sejati. Mampus! Aku kini tidak lagi terdesak menikam rindu kerana sejati itu!
Pergiiiiiiii!!!!!
pergiiiiii......!!!!
Aku bilang pergiiii......!!!!!!!!!!!
Arrrrrgggghhhhhhhh!!!!!!.......
Layers by ~ Hengki24
p.s: kadang-kadang asakan jiwa fantasi yang penuh emosi ini, membuat kan kita sedar mengapa kita menjadi manusia, bukannya Tuhan. Mungkin tidak semua merasai fantasi sedemikian, kerana latar belakang setiap manusia itu berbeza.
Mungkin aku lahir dari keluarga yang biasa tapi mentaliti di dalamnya ..
Mungkin kau lahir dari keluarga yang luar biasa, yang penuh dengan huru hara ibarat gunung berapi yang meletus setiap saat, tetapi mentalitinya, kau bahagia..
Kerana bahagia itu tidak diukur dengan hanya menapak kaki sehingga tiba tepat di luar garisan, tetapi sejauh mana langkah itu mampu mara lebih dari garisan itu..
Semoga berbahagia selalu, sahabat-sahabat ku. Jangan hanya menunggu! Bahagia itu sentiasa ada menanti dibalik belakang mu :))
12 comments:
mnghadam crta fantasi dgn perlahan skali
igtkan pendek je cerita....rupanya berjela....hehehe...neway mendalam maksud tu....
peh tingginya bahasa..hebak la sifu..sila beri tunjuk ajar haha ;)
ayat yg penuh makna..mksud tersembunyi..
assalamualaikum mimi...terkesima mama apabila membacanya maksudnya yg amat mendlm amat indah untuk dihayati...:)
pengajaran utk yg membaca :)
amat mendalam entri kamu nie...semoga memberi pengajaran
Terjemahkan mengikut pengertian sendiri... Cuba membaca isi hati penulis, tak pasti betul atau tak....
semua org...mcm mana besar dugaan hidup, at the end bahgia tu mesti akan datang =)
insyallah harap kito semuo sentiasa bahagio..:)
kadangkala saya keliru apa itu bahagia. pernahkah diri ini mengecapinya?
pergghhh~ susah nk tangkap mksud dia ni.. kne bce2 bnyak kali.. tp, subhanallah..trbaik la. :)
like! ^_^
Post a Comment