Bismillahirrahmanirrahim..
Begitu banyak kemewahan dan kegembiraan yang mewarnai hari-hari kita bukan? Cuma kadang-kadang hati ini, tidak begitu peka, dan menganggap, kenapa aku sedih, kenapa aku masih tak dapat apa yang aku mahu?
kenapa?
kenapa?
Tetapi, pernah kah kita sedari manusia-manusia lain yang nasibnya tidak sebegitu bertuahnya seperti kita. Ada yang telah pergi, dan takkan kembali. Kita? Kita masih lagi berupaya senang lenang menghirup udara yang masih lagi berlegarnya di ruang udara Dia hari ini..
Nikmat usia yang masih berbaki ini, haruslah dihargai, dinikmati, dijaga dengan penuh rasa penghargaan kepada-Nya. Dia sentiasa memberi apa yang kita PERLU bukan apa yang kita MAHU. Berikan usaha yang paling terbaik untuk memenuhi keperluan itu.
Hari ini, menerima perkhabaran, ayah sahabat baik semasa kecil telah pergi. Apalah keadaan sahabat baik.. Semoga dia dan keluarga tabah menghadapi pemergian arwah ayah. Kita yang masih ada ibu dan ayah, hargai ketika mereka masih ada dengan sebaiknya. Alfatihah buat arwah...
6 comments:
al fatihah
npe lambat post lesson opah oiii
takziah.....
Takziah ya . Al-Fatihah .
Allah amat menyanyanginya..salam takziah dari akak..al-fatihah..
salam akak.. bersabar ya..
salam takziah buat sahabat..
alfatihah buat ayahandanya..
Post a Comment