Friday, January 6, 2012

lessOn 148

Bismillahirrahmanirrahim..





Alhamdulillah, hari ini, hari Jumaat yang pertama dalam tahun 2012 ini. Semoga Jumaat yang penuh barakah ini, insyaAllah, memudahkan lagi perjalanan kita pada hari ini dan hari-hari seterusnya. InsyaAllah..

Do what you feel?
Apa yang kamu rasa tika ini? Apa yang kamu fikirkan tika ini? Apa yang membuat kan kamu sebegini keliru dengan perasaan kamu?

Say what you feel?
Jika tidak diucapkan, mana bisa orang disekeliling kamu akan mengetahuinya. Melainkan Allah s.w.t sahaja yang mampu mengetahui segala isi hati manusia ini Maka, lafazkan apa yang kamu rasa ini, andai kamu rasa  hal ini benar-benar perlu pada waktu ini.

When you still have the chance.
Betul. Selalunya, manusia itu melepaskan peluang yang terbentang di hadapannya berlalu begitu sahaja, tanpa memikirkan peluang itu mungkin tidak lagi akan hadir pada waktu yang mendatang. Apa perlu kita menunggu dan terus menunggu jika itu terbaik buat kita untuk hari ini?

Buntu?

Tidak tahu mahu memilih atau tidak?

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ~ 

Nah, inilah jawapannya untuk kebuntuan kamu, kamu , dan kamu tadi. Kenapa mesti bingung sedang jawapan itu sudah di depan mata? Singkap hijab itu dan gapailah jika sememangnya peluang itu takdir kamu.

Apa yang perlu, berdoalah dan berusahalah. Sesungguhnya DIa sungguh hampir, sangat hampir dan tiada lagi yang mampu menolong manusia ini untuk menggapai takdirnya, melainkan hanya dengan pertolongan dan keberkatan dari yang maha Esa.



8 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

InsyaALLAH.. setiap kebuntuan pasti ada penyelesaian..

Kakzakie Purvit said...

Mahu meluah apa yang dirasa kadang tersekat. Membuku dihati hingga terluah dgn airmata...

Ada juga yg terluah menjadi angkara..

Balik pada Allah insya-allah pengubat jadinya

The day we meet said...

semua mslh ada penyelesaiannya iatu Pencipta kita :)

skrg ni tgh sedih la :(

Unknown said...

quote itu best la opah

Jajas said...

mesti ada jalan keluar utk semua masalah...

NorFarahin@aien said...

sentiasalah mengadu kepadaNYA...DIA maha mendengar dan sebaek2 perancang..trust HIM...k..

moge Allah permudah ^^

Anonymous said...

kalau takde siapa yg dgr isi hati kita, Allah la yg sentisa hampir dgn kita.

maszull said...

assalamualaikum mimi...hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya...:)