Bismillahirrahmanirrahim..
Peluh.
Emm, sekarang ada rasa berpeluh tak? Kalau dah cuaca tak menentu macam sekarang ni, kejap berpeluh, kejap lagi peluh jugak, peluh menggigil sejuk kehujanan kan. hehe.
Tambah pulak kalau dok betol2 tengah panas, tepat jam 12.30pm. Kalau dapat cuaca matahari yang tegak atas pale kan, memang merasa hujan laju menyusur di badan la kan. Hujan peluh la senang cite.
Kalau solat jemaah, tak kurang juga, ramai yang cari port solat dekat2 dengan kipas angin. Tak kesah la kipas melekat kat dinding ke, melekat kat siling ke, asal namanya kipas, takkan pernah kosong manusia dok kat situ kan.(termasuklah diri sendiri, huhu)
Tapi tadi merasakan sesuatu bila solat.
Peluh ini seakan mahu "menemani" diri ketika mahu menghadap Dia 5 kali sehari.
Peluh ini adalah air.
Air yang lahir dari tubuh badan ini. Air yang merembes sisa toksin yang terkandung dalam diri.
Manusia selalu meremehkan,tidak suka apabila peluh mula membasahi tubuh, tanpa menyedari, hakikat, peluh itulah yang menjadikan diri ini sihat.
Air juga merupakan agen penyerap terbaik untuk manusia. Tanpa air ini, berapa gelen toksin yang bersarang dalam tubuh?
Terima kasih cik dan encik peluh. Walau keadaan "mereka" tidak banyak disenangi manusia itu sendiri, "mereka" masih berbakti, masih memegang amanah mereka sebagai makhluk Tuhan yang membantu menyihatkan manusia di dunia ini :)
Maka, mulai sekarang, hargai peluh. Mungkin peluh itu mendatangkan bau yang kurang menyenangkan, tetapi bau itulah yang menyedarkan kan kita akan kekuasaan dan kemuliaan Pencipta kita, yang sentiasa, tidak putus2, non stop, dalam tidur kita pun, kadang2 didatangkan kita dengan peluh, semata-mata hanya untuk memastikan, nikmat kesihatan terbaik untuk makhluk ciptaan-Nya yang terhebat di alam ini. :)
Alhamdulillah. ^___^
Ternyata tiap-tiap kejadian dan ciptaan makhluk-Nya, daripada sebesar zarah sehingga seluas langit, tidak pernah sekali mensia-siakan. Peluh itu selalu berbakti kepada Tuhan untuk membantu manusia. Maka, dimana pula level amal kita untuk Dia?
14 comments:
berpeluh gak ni..aih...=D
berpeluh tu sihat..hihi.
terlalu banyak nikmat yang allah kurniakan..alhamdulillah ^^
akak tak le berpeluh sangat sebab demam lagi ni...sejuk adalah..
Saya amat2 mnghargai peluh saya!! hehe.. :D
jom singgah blog PM plok..godek2 ape yg patut..hihi~
kat sini boleh dikatakan hari hari hujan, so memang selalu basah tapi bukan sebab peluh. tapi sebab main hujan. hehe :D
lambatnye post opahku syggg
hujan sokmo kt sini, keadaan sejuk..xbepeluh lg..tp saya xkesah kalo bepeluh, blh jadi sehat ^_^
kt sini hujan, xpeluh lg :P
Tidak diciptakan sesuatu benda itu dengan sia-sia.. ^_^
berpeluh 2 nikmat
jom singgah
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/01/dimana-engkau-kawan.html
sipbek dok dpn kipas skg ni..
xdela peluh2..hehe
luv,
cik ana
kalau berenang ndak ada peluh keluar...hehehe
:)
nice sis..:)
Post a Comment