Saturday, December 31, 2011

SuraT cinTa 1 "Kerana Lily "

Bismillahirrahmanirrahim..








Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera hendaknya kepada semua pembaca Kerana lily.

Di sini, saya Aimie Amalina binti Azman, selaku penulis tunggal Kerana Lily, ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengunjung Kerana Lily, yang tidak putus-putus memberikan sokongan secara langsung dan tidak langsung kepada penulis.

Buat pengetahuan kalian, ini kali pertama penulis merakamkan perasaannya secara maya untuk tatapan pengunjung diari mayanya, kerana pertama kali inilah, boleh dikatakan 99.99% hidupnya banyak terisi dengan sisipan maya ini.

Dengan diari maya inilah, begitu banyak pengetahuan yang digarab tiada hentinya. Dengan  diari maya inilah, persahabatan yang datang tidak pernah putus walau secara realitinya tidak pernah bertemu. Inilah keindahan diari maya ini.

Orang di luar selalu bertanya, "bes sangat ke berbelog ni?". Saya sendiri pernah menanyakan keperihalan yang sama kepada jiran tetangga saya semasa di universiti dahulu. Kini, hanya mampu tersenyum apabila orang lain pula menanyakan soalan yang sama kepada saya.

Apa jawapannya?
Hanya yang mengalami akan merasai keindahannya. Betul kah kawan-kawan sekalian? Kalau salah, sila betulkan saya.

Di kesempatan ini juga, saya menyusun 10 jari dari kurniaan Ilahi, memohon maaf berjuta kalinya andai kata-kata yang tercoret di diari ini melukakan mana-mana hati yang membacanya. Saya tahu ada. Ada yang pernah terluka tika membacanya. 

Buat kamu yang mambacanya, saya mohon maaf. Kealpaan yang kadang-kadang mendahului diri tanpa memikirkan orang lain ini lah yang mengguris banyak hati, menyingkirkan rasa kasih dan sayang sedikit demi sedikit tanpa disedari. Maka sebelum terlambat, saya mahu menghalang perbuatang penyingkiran itu daripada terus berlaku. Maafkan saya kamu!

Semoga lembaran baru dibuka dengan penuh keinsafan yang tersemat dijiwa. Muhasabah. Inilah yang didambakan jiwa ketika ini. Saya sentiasa perlu kamu, kamu dan kamu untuk menceriakan Kerana Lily  saya ini.

Diari ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk hati yang membacanya. Sayang semua.



Penulis tunggal Kerana Lily,
AimieAmalinaAzman.




p.s: ehem! surat cinta untuk semua ni, harap sudi bace ye, sayang semua! :))



Berarak mendung awan Biru

Bismillahirrahmanirrahim..






Sudah tidah tahu corong mana lagi mahu disumbatkan segala keresahan, kerisauan dihati. Mungkin hanya ayat-ayat ini yang mampu mengubat hati.. Penat?

Tak baik nak mengeluh. Tapi kadang-kadang mengeluh jugak. Letak tangan di dahi, bila kan sampai waktu aku ni. Aku nak jugak merasa macam kehidupan orang lain. Tapi tak pelah.. Tuhan lebih tahu yang terbaik buat diri kan.

Hasrat dihati mahu mempunya kerjaya sendiri seperti orang lain yang ditanam sejurus 24 September 2011 (selepas graduasi) nampaknya tidak dapat dicapai 100%. Walau 0.01% pon ke cek mimi? Pengalaman diintebiu mungkin. Dah sampai krem otak diintebiu. Tapi jawapannya, hanya Tuhan saja yang menentukan arah tuju nya.

Semoga ayat ini mampu menenangkan jiwa. Berusaha selagi termampu dan yang terbaik yang mungkin. Dan Dialah yang melaksanakan rencana-Nya buat kita kan? Kadang2 pikir, optimis sangat ke hati ni sampai kebal jek bila orang tanya macam2..

Tapi nak buat macam mana. Selagi manusia tu tak berada sama duduk nya dengan keadaan kita, kita tak boleh nak salah kan orang lain. Orang lain hanya nampak lapisan pertama. Diri sendiri yang melalui lapisan kedua, ketiga ,keempat dan seterusnya..

Walaubagaimanapun, disisipkan doa yang terbaik buat seluruh sahabat, agar dipermudahkan segala urusan kalian, menjelang 2012 ini. Semoga rezeki-Nya yang terbaik dilimpahkan buat kalian jugak ye! Sama2 lah berusaha :))


Maaf kalo ase mendung2 jek bace entri ni taw..emmm..

lessOn 143

Bismillahirrahmanirrahim..







Indah..
Sebaris putih tersergam indah disebalik yang berkerudung itu..
Diamnya membatu..
Mencungkil rasa ingin tahu semalu yang sedang kuncup itu..

Walau diamnya itu..
Tidak bermakna hati nya turut bersama kelu..
Disimpan kemas malu dalam diam itu..
Buat yang sedang menanti dirinya suatu ketika nanti..

Bila?
DImana?
Siapa?
Tidak perlu untuk aku tahu segalanya itu..

Si kerudung itu..
Mencurahkan kasihnya kepada semalu yang lain..
dengan memelihara hati-hati yang lain dari terus pincang 
kerna keindahan sebaris putih
yang lahir dari diri nya..

Aku malu untuk terus senyum..
Aku malu untuk terus melemparkan setiap kecil gigiku..
Untuk hati-hati mereka yang bukan milikku..
Terus aku begini..
Tersimpan di sudut ini untuk si dia yang menanti..






12.24am ~ berkelangsungan hidup dengan kesalahan

Bismillahirrahmanirrahim..






Diri 1:eh..ape azam baru ko eh?
Diri 2: sikit2 azam, sikit azam, dah banyak entri ko cite pasal azam ha?
Diri 1: la..orang tanye dia, dia tanya kita pulak..grrrr!!
Diri 2: daripada ko dok berazam, baik ko get ready nak tido..
Diri 1: eh eh, suke hatilah orang nak tanye kan..ada mulut..
Diri 2: baik ko berazam setiap hari kena bangun awal untuk subuh, bukan lagi 5 minit nak syuruk baru bangun...
Diri 1 : (terus tarik cimut) =.=




p.s: Begitu banyak perkara yang akan berubah dalam hidup. Sama ada mahu atau tidak, itu tidak akan diambil pusing. Yang pasti, yang pernah kita pilih dan dia "salah" tidak selamanya hukuman salah itu berat dibahu ini. Kerana salah itu menyedarkan diri ini akan hakikat kejadiann kehidupan ini.Begitulah pengalaman mengajar kita berkelangsungan dalam hidup.

selamat malam semua! :))


Friday, December 30, 2011

embakkk ada kerja ka?

Bismillahirrahmanirrahim..





Sekarang ni ada duit, semua kerja jadi mudah kan? Tambah kalau bab2 mencuci rumah ni. Cepat jek ade. Emak yang sedia suri rumah pon cakap, kalau mak ade duet, dah lame mak upah orang ni. (padahal umah cenonet jek..keke)

Tadi petang,ade suara comel si gadis ketuk2 pintu. Bertanya kat emak, kalau2 nak servis cuci rumah. Kiranya, kita bayar ikot bape jam diorang bekerja lah. Kalau kata suruh vakum rumah selama 10 jam, ha, jumlah gaji ikot 10 jam tu jelah. Lepas 10 jam diorang balik la. Kalau nak lagi, kita kol perkhidmatan tu balik.

Mudah kan?

Pulak yang bekerja muda2 bangeettt! Tetibe mak aku pon spekin indon bile cakap dengan akak tu tadi. Errr, adik ke? Entah2 muda dari mimi kot.hehe. So, gagah2 la nak buat segala kerja rumah kan.

Dan ramai yang bekerja tu adalah warga asing yang ada kelayakan duduk di Malaysia lah. Begitu mereka bersungguh2 mencari rezeki di negara asing kan. Gigih sungguh. Muda-muda lagi cari rezeki kat tempat orang. Yang haku syokk je online depan laptop.hehe. Sungguh la jauh beza dengan mereka.

Kene contohi semangat ni kan. usaha!usaha!



GelanDangaN

Bismillahirrahmanirrahim..







Semua sudah makan kah?
heee.. MImi pon dah makan dah..Burrrpppp. Alhamdulillah. Lepas je maghrib tadi, makan siap-siap. Bagi perot sehat sikit, makan awai2 ni :)) (azam nak kurus kan..hahaha)

Tapi ada jugak yang tak makan berhari-hari kan? Sejak semalam jalan-jalan pegi blog-blog orang lain, banyak jugak berjumpe dengan blogger yang banyak join ektibiti Community service. Service ape?

Melawat dan mengedarkan makanan-makanan kepada golongan GELANDANGAN. Tahu tak ape ni? Orang-orang yang Homeless, yang tiada tempat berteduh iaitu rumah. Dalam erti mudahnya, yang tidur di tepi-tepi jalan, di kaki-kaki lima tu.

Kebetulan tadi, macam biasa lah ari Jumaat tengok rancangan GPS Iman kat tibi 3 pon, menyiarkan ektibiti yang sama, mengedarkan makanan kepada golongan-golongan homeless di kawasan Klang, di area2 Sungai Klang. Begitu ramai masyarakat di Malaysia yang hidup dalam keadaan yang sebegitu.

Dalam keadaan hidup yang tak terurus, belum campur lagi dengan ada yang sakit2 ni. Mujur ada sukarelawan2 yang berjalan setiap malam untuk mengedarkan bantuan makanan dan sedikit bantuan ubat-ubatan kepada yang memerlukan nilah.

Teringin jugak nak join ektibiti macam ni. Nak melihat sendiri keadaan yang sebegini, yang masih berlaku sehingga ke hari ni. Insaf. Arapnye bukan setakat insaf hari ni, insafla wahai hati buat selamanya. MAkan je apa yang ada. Orang yang langsung tak makan tu lagi entah ke mana nasibnya..



hiBerNasi

Bismillahirrahmanirrahim..






Pernah merasai tetiba nak pegi tepi pantai..
Duduk-duduk sorang-sorang..
Tengok burung-burung beratur main police entry dekat balik-balik awan..
Rasa tak mahu orang lain tahu di mana kedudukan kita..
Pendek kata..
Rasa macam nak berhibernasi tanpa gangguan luar dan dalam...
pernah?
Ya! saya mahu rasakan semua tu sekarang..
huhu.. Tengok pantai buatan sendiriikkkk jelah kan.. :))
Tapi nyorok celah mana pon, tuhan tetap nampak walau orang lain tak nampak kan..
Terimalah hakikat memang hidup ini takkan pernah selesai dengan persembunyian sebegini..
huuuuu..



lessOn 142

Bismillahirrahmanirrahim..




Sekali lagi bercakap mengenai Tahun baru.
Segala nya baru.. Mungkin..

Tetapi..apa yang lebih penting..harapan.. dan semangat dalam menjalani kehidupan yang baru..

Tutup diari lama. Bukan diari baru. Maka ramai yang bakal mengucapkan Gudbye 2011, Hello 2012. Ini merupakan api kecil yang bakal mula merona dan membara untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih berbaki sehingga ke saat ini..



Walau masih merasakan baki kehidupan ini begitu perit untuk dilalui, tetapi dengan berbekalkan semangat dan keazaman yang menyala didada, kita akan terus gigih untuk menapak kan tapak kaki dari sebesar tapak tangan ibu dan ayah sehingga tubuh yang kecil itu mula menyamai  ibu dan ayah mereka sendiri..

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (Al-Mujaadalah 58:22

Sudah terang lagikan bersuluh, Allah itulah sumber inspirasi yang utama. Dengan ehsan-Nya.. semangat yang dialirkan dalam diri ini, membuatkan kaki dan tangan ini akan sentiasa menjadi anggota yang paling gagah di dunia tiada taranya..

Alhamdulillah. Laluilah tahun baru ini dengan berbekalkan semangat dari Dia, mengingatkan diri ini yang sentiasa perlu menjadi pendokong dan peneraju agama-Nya..InsyaAllah :))



12.45am ~ let start from now

Bismillahirrahmanirrahim..





Diri1: weh, sekarang dah nak pukul 1 ni..
Diri 2: laaa.. hang kalot apo aih..
Diri1: yela, kena la tidoooooq
Diri 2: Pe la hang ni.. tak macholah.. 
Diri1: Dah tu takkan nak tunggu subuh baru nak tidoq?
Diri 2: xkrj27493^^&((00)...



p.s: Begitu banyak masa kah kita semua ni? Sangat banyak! 24 jam : 1440 minit : 86400 saat kan.. Asenya begitu banyak waktu itu untuk kita space kan cukup2 untuk melakukan the perfect thing kan? InsyaAllah.. :))

sommm tiddooooq, selamat malam semua! :))



Thursday, December 29, 2011

SPontaNeoUs thursDay #13

Bismillahirrahmanirrahim..


sumber: WaLL FB aimieamalinaazman :)


Ha..eloklah..kalau lah deme berdua ni nampak apa yang kite semua sedang nampak ni :p




p.s: abis dah tentang dhia..wuuu..sob3 T____T





HasiL anaLisiS kePentingan BertaJuk

Bismillahirrahmanirrahim..






Tadaaaaaaa!

Inilah hasil analisis yang emmmmm, suke hati jek aku buat carta pai yang tak bape nak valid.hehe. Kome boleh lihat sendiri penting ke tidak dalam meletakkan tajuk dalam sesebuah entri ye wahai blogger-blogger sekalian.

Haseeenye, setelah membuat penilaian , sememangnye PENTING dalam menitikberatkan soal meletak tajuk ape yang harus diletak dalam sesebuah entri. Sebab ape? haaa, tengok sajelah carta pai tu.

1) Daya penarik kan?
Tak cun tajuk kekadang owang tak nak bace. Tapi bile bace kekadang tidak seperti yang diharapkan. Nak buat macam mane, otak kite bukan berada dalam kepala kawan kita. So, macam2 pemikiran dan idea cara setiap blogger menaip entri nye kan.

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat, tajuk tu biarlah selari dengan entri. Kalau tajuk gempak, entri mestilah gempak dengan isinya. Tapi mimi tawu, semua orang pon cuba menaip sebaik yang mungkin. May be, kita perlu lebih menerima cara masing2 berusaha dalam menyampaikan mesej masing-masing kan.


2)Pengenalan isi?

Yezza. Dari mata jatuh ke hati. Dari tajuk jatuhla ke tuan belog. Eh2..salah..hehe. Dari tajuk jatuhla ke penceritaan sesebuah entri tu. Orang dah boleh agak apa blogger tu nak sampaikan  TAPI..haa.. ada TAPI nye..

TAPIIII...

tak semestinye kita boleh buat conclusion apa blogger tu nak sampaikan tanpa membaca entri nye dulu kan? Tu yang jadi isi lain, komen pon terus tersimpang dari entri kan. Sekurang-kurangnya, bace la sampai peghabih, then baru boleh buat conclusion apa yang blogger tu nak sampaikan sebeno nye. Then baru pikir nak balas komen ke tak kan..? Cun kan? :))


3) SEO?

Search Engine Optimization? ceceh.. Mimi pon tak bape sangat dengan SEO ni. APa yang mimi paham, carian yang paling hot la. Contohnye nak cari pasal berite :

Buaya patah 2 gigi sebab makan mesin rumput, yang berlaku dekat Australia semalam.

Kena pulak tajuk entri kita, "Buaya paling HOT di Malaysia"..keke. Misalannyela.. Ni, dengan secara langsungnye menaikkan trafikkan? sape untung? Blogger tu lah :))



4) Intro?

Well. ni lebih kurang macam penarik kepada entri. Tanpa Intro tak delah mula isi segala karangan panjang lebo kan. Dengan intro tula memainkan peranan penting jugak nak create2 idea yang nak disumbat masuk dalam entri kan?


Maka dengan ini, mimi isytiharkan, Meletakkan tajuk dalam sesebuah entri agak KEPENTINGAN . Ehhh..lupe nak cakap. TErima kasih sangat2 kepada semua yang sudi menyumbangkan pemikiran kome sume eh dalam entri ni. Mimi sangat2 menghargainye.. Tanpa kome, tak siaplah carta pai yang tak boleh di makan tu..sayang sangat2 neh! :))





cantikk ke?

Bismillahirrahmanirrahim..



Sejauh mana mata manusia itu menilai sebuah (erkkkkk! sebuah ke, cikgu cekgi BM, pliss betol kan..huhuhu) kecantikan itu sebagai suatu yang subjektif ?




Alkisahnya kawan mimi, ada la bercerita tentang kehidupannya banyak dijudge disebalik rupa paras? ya! memang diakui, rupa itu penting kan? Bukan bermakna perlu ditambah baikkan segala ciptaan Tuhan, tetapi lebih kepada menjaga dan memelihara anugerah-Nya.

Kalau Tuhan dah bagi kulit gelap, tak pe, itam tu kan maniss, awww. Apa yang perlu? Pastikan ye kekal licin dan tak de jerawat. Ha, tu lebih kepada pemeliharaan bukan penokok tambah kepada kecantikan dari Tuhan.

Tapi masalah kawan mimi ni, bukanlah pasal tu sangat. Masalah utama:
"budak kelas aku tak nak kawan dengan aku sebab aku hodoh sangat ke mie?"

Huwaaaa...sedih pulak bile die cakap macam tu. Bermatian2, bertubian2 mimi taip ayat2 motivasi. Tak taw la keadaan dia dah bermotivasi ke tak sekarang ni. Wallahua'lam.. Mimi hanya boleh doakan jeklah :)

Nak berkawan pon kena ade rupa paras macam Perempuan tercantik di dunia ke?huu.. Tak tawulah den kalau ade manusia yang sedemikian ghope kan. Mimi harap kite semua taklah tergolong dalam golongan ini. Dah memang semua manusia tu cantik, hensem,betul tak?




Tapi itulah, macam ayat saya yang kat atas tu, sejauh mana manusia itu merasakan cantik itu subjektif? Kekadang mungkin kita tak sedar, kita hanya iyakan mende tu dibibir je kan, tapi ce jadiikk kat dua bijik mata ni, apa kita masih mampu ke nak mengiyakan cantik itu subjektif?

Kelmarin tengok pemain piano siku. Dia memainkan piano dengan siku, tapi dapat rasa dia comel sangat, bila menggerakkan siku dia menekan keyboard piano tu. Bertuahnya dia, walau kurang upaya, tapi kecantikan dia masih dihargai oleh manusia lain kan.

Kita? bertuah tak?

Apa pulak tak bertuah, sangattttt la bertuah! Apa yang kita dapat, apa yang kita rasa dah sangatttt lebih daripada apa yang sepatutnya. Cuma mungkin, biasalah, hakikat manusia tu kan takkan pernah puas. Termasuklah diri sendiri nihhh.. Dah beli 3 beg, nak tambah lagikk satuuu..Addoiiiiiii..Ko taw tak membazirr.. Taw... Dah tu? Saje..huuu =.= (cakap pon tak gune kan..heheh)


Mulai daripada saat ini, mungkin kita perlu lebihhhhh semai dalam diri, yang CANTIK itu memang subjektif. Sebab apa? Ciptaan Tuhan tu sudah cukup cantik, sudah cukup indah.  Kau dan aku sama level jek. Tiada yang lain. Aku ada hidung kau ada hidung. Aku ada mata kau ada mata. Sama kan? 

Yang beza? Penilaian disisi-Nya sahaja..



kepenTingan berTajuk

Bismillahirrahmanirrahim...






Mimi pon tak tahulah ape ke motip mimi lukis kek yang tak tahulah sedap ke tak ni kan paint dan copy masuk dalam belog.hehe. Ni namenye tangan dah start melukis tapi huduh. Tak sedo diri betol.hehe..

Tapi sesape besday nye rini, mimi nak ucap, selamat hari lahir yang ke _ _ _ _ (isi sendirrikkk, nanti kome malu..heheh). Semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan sehari ke sehari ye. :))

Okeh, assebenonye nak tanye, ape ke penting beno nama title setiap entri kita? haaaa.. cepat jawab! mimi nak buat analisis ni. Sape jawab memang coool! Sape tak jawab? Jawab la dalam hati eh..hehe. Ala, tapi jawab la taw, maseh semua! sayang taw :))

Nanti baru bole eksepelen panjang sikiiiiiiiit....Alaaa..sikiiit je lebihnye daripada entri ni..heheh.. Selamat menjawab :))




lessOn 141

Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni dah tiba ke 29 Disember 2011,
Dah semakin mengakhiri ke penghujungnya..
Dah semakin dekat bertambahnya usia,
Bertambah lagi tanggungjawab yang bakal digalas oleh tulang yang berkerat-kerat ini..
Begitu banyak "list jobs" yang makin meniti dari sehari ke sehari..
Itu..Ini...
Tetapi..





Begitu banyakkah ingatan ini untuk dunia yang satu lagi?
Apa sudah berjaya dididik dalam diri 100% untuk dunia yang lebih kekal di sana lagi?
Begitu umur masih meningkat, begitu juga dosa makin berpanjangan.. IStigfar.IStigfar. Kekadang ingat.Kekadang alpa. Kekadang terkubur terus tanpa ingatan  yang singgah sedikit pun di jiwa..

Begitu iman ini lemah. DI takuk mana pun kita berada, ingatlah dunia sekarang ini titian yang perlu utuh untuk berjalan dengan pantasnya ke dunia sana. Baik di sini, insyaAllah lebih baik yang dijanjikan di sana. Siapa mahu yang terbaik ini?




p.s:  mengenangkan keadaan diri yang masih terumbang ambing. Makin tua makin..emmm.. Muhasabah dan tekadlah wahai hati..


Wednesday, December 28, 2011

11.59pm~ wordless weDnesday 24

Bismillahirrahmanirrahim..








kenapa saya ada belog?

Bismillahirrahmanirrahim..



Kenapa belog perlu saya? Ehhh, macam tak bape kena ayat tu. Ayat yang betulnya, "kenapa saya perlu belog?" Haaa, okeh cek aimie, jangan nak perasan lebih2 sangat ye.hehe. Okeh, kenapa saya perlu belog?

Tak de kawan realiti?
Ade jek, emak, ayah, adik yang depan mata nilah. Tapi yang kawan2 yang lain, jauhhhhhhhh dimata, tapi macam beselah, sori ye Tb 9,pinjam sat, "dekatt dihati". Jadi belog salah satu cara kawan2 saya yang kot2 la tingin nak dengar kabo saya kan. Tak pon, mimi yang sebenanye nak tawu kabo kawan2 lain. heeee..

Banyak cakap?
Disebabkan kadar frekuensi bercakap ni kekadang melampo, belog adalah tempat dimana amatlah sesuai untuk saya jadikan medan berperang bergaduh bermanje dan sebagainye :)

Ehhh, takkkk, ayat tu bukan bermakna orang pendiam takleh ade belog. Orang pendiam la yang selalunye ade belog. Kan2? Sebab mereka kadang2 nak bersuara tapi suara tu sampai takat tekak je, lepas tu telan balik, tak sampai hati nak cakap, maka, belog menjadi pilihan utama selain sup bunjut adabi =p

Pendek cite, semua orang layak untuk memiliki sebuah BELOG, kan kan? Bukan ada perbezaan kasta pon kan? Mimi ase mimi pon bukan lah blogger yang bagus tahap gaban tu. Tulis pon ikot suke hati. Penulisan pon  macam entah pape..

Kalau ade yang menyimpang tak de ilmu tu, mimi mintaaaa maaafffff sangat2 taw :) Kekadang saje teringin share dengan orang apa yang kita rasa. Kekadang ase serba salah jugak. Sebab apa kita rasa, orang tak penah rasa, tambah2 kalau bende gembira ke, ase macam sedihh je nak cite kat kawan2. T__T

Bukan ape, takot kawan tu ase sedih, " Dia dah dapat gosok gigi dengan ubat gigi paling mahal kat dunia, aku bilerrrr.." Dah sedih kawan tu..huu..kang aku pulak tambah banjir kat situ..huuu..

Tapi semua orang bebas untuk berkata-kata dalam belog. Lain orang, lain cara, lain penulisannya. kan? Itulah uniknya dunia blog :)

Tapi..

Mimi  tetap minta maaf taw kalau ade tersilap dan terasa dengan setiap kata hati mimi dalam belog ni....

Emm..kenapa macam sedih jek tetibe ni..huu..




p.s: Sebenanye nak ending lain, tapi entah tetibe terending macam ni...tak suka..tapi nak buat macam mana, gerak hati mengepalai penulisan.. Mimi minta maaf sekali lagi  taw..T___T



hiDe dan tak bape nak SEEk lah..

Bismillahirrahmanirrahim..



Once upon a timeeee..


One hour later..





3 hour later..



5 hour later..



10 hours later..





and then..finally, tomorrow..





Bertuah dan bersyukur sangat mendiami ruang-ruang, corong-corong yang masih memberi ruang privasi untuk diri. Tak perlu nak main "hide and seek" walau pun kekadang tu ade la jugak main sorok2 kan..hehe.. Tapi sapa yang sorok biskut yang tak macam ghope biskut kat atas ni dan tetibe ade balikkkk..errrrrrr...

Sedarilah, begitu banyak "alhamdulillah" yang tidak terkira disekeliling tubuh ini.. :))


kePerLuan verSus KeHendaK

Bismillahirrahmanirrahim..







Emmmm, nak beli ke tak ni.. dari 37 jadi 18 ni..emmm

Alaaaa, setahun sekali kan..

Tapi setakat sandal jek, bukan boleh bawa tidur pon..emmm..

Ala, boleh tukar2, kejap pakai biru, sok pakai merah, ala, tu pon nak berkire ke..

Aiiipp, mestilah berkire 18 hengget tu macam2 jugak boleh buat, novel seketol boleh bace, pegi beli set nasi lemak dengan air pon ade duet balance lagi..

Addooiii ko ni, tak habis2 nak berkire, nanti tengok orang pakai mule nak buat muke selebet macam tak cukup makan kan..

Alaaaaaaaa, macam mana ni..emm..


( kejap dok pegang kejap dok letak, dah bapa banyak pasang mata dok perati perbuatan pelik tu..hmmmm )

Okeh! set tak yah beli!!! balik jeklahhhh, esok2 jelah ko jawap persoalan tu eh.. Mak pon dah tunggu kat luar sopin mall tu..erkkk!!






hehe, macam tulah alkisah nye tadi. Dok pegang letak pegang letak sandal kat kedai Vinccii tu. Begitu sesaknye manusia sampai dah tak nampak mana kasut mana beg.hehe. Alih2 letak, adik jek beli, saya hanya jadi bibikk comei, jadi Penasihat Sopin adik.hehe.

MAcam tulah, kekadang otak ni konpius,yang mana KEPERLUAN yang harus jadi KEHENDAK, yang mana KEHENDAK harus jadi KEPERLUAN. ALih2 balik dengan tangan kosong je. PAstu meraung kat rumah..hehe.. Ohh tu tipu je!hehe..Tu yang sampai keluar awan2 nano atas kepala tu.huuu..

Kome macam mana?