Monday, December 19, 2011

lessOn 134

Bismillahirrahmanirrahim..



Selamat petang semuaaa!
Aduhai cek mimi, dah petang baru nak berbelog kan. Eheemmmm, maklum sajelah, dah lame tinggai rumah, dah sebulan, banyak bende nak kene kasi bersih la tulah nilah.

Pepagi lagi dah berkisah kan washing machine yang tetibe bertakung la tu la nilah, ni mesti keje si lipassss ni, tak pon menatang2 comei yang lain. Dok bertukang segala bagai, barulah hokeh..fuhhhh, selamat duet kan.. Alhamdulillah.

Okeh, nanti ngarut lebih, nak berlesson sikit. Nak dengar tak?


Lame dah tak membebel dalam lesson kan? So, rini nak share sikit je kepingan ayat dari surah An-Naml, ayat ke 19.

Apa yang nak ditekankan dalam surah ni? Jom tengok ni :

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku  dengan limpah rahmatMu  dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"

Sikit je maksud yang mimi nak share rini, tapi beso kesan dan maksudnya. Kome ada rasa macam tu tak?

Pepagi bangun, alhamdulillah, masih hidup, masih boleh berseronok, masih boleh tepon atau sembang dengan mak ayah, masih lagi mencari sesuatu yang berharga dalam hidup untuk diri.

Maka tak salah, luangkan sikit mase untuk sesame mengucapkan rasa syukur dan nikmat melalui surah An-Naml ni, yang membawa kita bersama-sama mensyukuri nikmat yang kita rasainya, yang dikurnia kan oleh pencipta kita, Allah S.W.T.

Semoga dengan nikmatnya, kita mampu merubah menjadikan diri kita lebih baik daripada hari2 yang semalam. InsyaAllah.. :)


p.s: err, cepat nye la maghrib kat sabah ni, huu, baru terasa semalam je dok ngusik2 opaaahhcchaaann di kampung..huhu T___T



7 comments:

Eera Shera said...

bersyukur sebab masih bernafas..alhamdulillah ;)

KaK LimAh Si SupiR said...

alhamdulillah ^_^

biela bell said...

yup..setuju..Alhamdulillah :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

alhmdulillah..tp td rasa seram bila tgk otak sebealh nmpk..

ngeri kemgln td..

diana said...

syukur untuk semua nikmat yang kita rasa..

maszull said...

assalamualaikum mimi...segala nikmat dr Allah haruslah kita syukuri selalukan...:)

siti kektus said...

syukur sangat masih boleh bernafas hingga hari ini. :)