Thursday, December 29, 2011

cantikk ke?

Bismillahirrahmanirrahim..



Sejauh mana mata manusia itu menilai sebuah (erkkkkk! sebuah ke, cikgu cekgi BM, pliss betol kan..huhuhu) kecantikan itu sebagai suatu yang subjektif ?




Alkisahnya kawan mimi, ada la bercerita tentang kehidupannya banyak dijudge disebalik rupa paras? ya! memang diakui, rupa itu penting kan? Bukan bermakna perlu ditambah baikkan segala ciptaan Tuhan, tetapi lebih kepada menjaga dan memelihara anugerah-Nya.

Kalau Tuhan dah bagi kulit gelap, tak pe, itam tu kan maniss, awww. Apa yang perlu? Pastikan ye kekal licin dan tak de jerawat. Ha, tu lebih kepada pemeliharaan bukan penokok tambah kepada kecantikan dari Tuhan.

Tapi masalah kawan mimi ni, bukanlah pasal tu sangat. Masalah utama:
"budak kelas aku tak nak kawan dengan aku sebab aku hodoh sangat ke mie?"

Huwaaaa...sedih pulak bile die cakap macam tu. Bermatian2, bertubian2 mimi taip ayat2 motivasi. Tak taw la keadaan dia dah bermotivasi ke tak sekarang ni. Wallahua'lam.. Mimi hanya boleh doakan jeklah :)

Nak berkawan pon kena ade rupa paras macam Perempuan tercantik di dunia ke?huu.. Tak tawulah den kalau ade manusia yang sedemikian ghope kan. Mimi harap kite semua taklah tergolong dalam golongan ini. Dah memang semua manusia tu cantik, hensem,betul tak?




Tapi itulah, macam ayat saya yang kat atas tu, sejauh mana manusia itu merasakan cantik itu subjektif? Kekadang mungkin kita tak sedar, kita hanya iyakan mende tu dibibir je kan, tapi ce jadiikk kat dua bijik mata ni, apa kita masih mampu ke nak mengiyakan cantik itu subjektif?

Kelmarin tengok pemain piano siku. Dia memainkan piano dengan siku, tapi dapat rasa dia comel sangat, bila menggerakkan siku dia menekan keyboard piano tu. Bertuahnya dia, walau kurang upaya, tapi kecantikan dia masih dihargai oleh manusia lain kan.

Kita? bertuah tak?

Apa pulak tak bertuah, sangattttt la bertuah! Apa yang kita dapat, apa yang kita rasa dah sangatttt lebih daripada apa yang sepatutnya. Cuma mungkin, biasalah, hakikat manusia tu kan takkan pernah puas. Termasuklah diri sendiri nihhh.. Dah beli 3 beg, nak tambah lagikk satuuu..Addoiiiiiii..Ko taw tak membazirr.. Taw... Dah tu? Saje..huuu =.= (cakap pon tak gune kan..heheh)


Mulai daripada saat ini, mungkin kita perlu lebihhhhh semai dalam diri, yang CANTIK itu memang subjektif. Sebab apa? Ciptaan Tuhan tu sudah cukup cantik, sudah cukup indah.  Kau dan aku sama level jek. Tiada yang lain. Aku ada hidung kau ada hidung. Aku ada mata kau ada mata. Sama kan? 

Yang beza? Penilaian disisi-Nya sahaja..



15 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

alahai..ada camtu ea..xbek tau pilih bulu..ihih..sbr ea buat kwn kembor tu..

cik violet said...

aishh..org mcm ni jgn dilayan..bia die rase org plak xnak kawan ngan dia..huhhu..


membazir? tu lg 1 masalh pmpn yg xdpt dbndg ;p

IEJA said...

bersyukurlah dengan apa yg kita ada..kawan mst ikhlas..kawan pon nak pilih2, tu bukan kawan namanya tu..heee peace! :)

Prettywrite said...

rupa tu tak penting..yang penting kita kena pandai dalam bergaul..tak baik pilih kawan..kawan dengan siapa saja susah senang nanti ada tempat mengadu..:)

Unknown said...

kawan kene ikhlas,, jgn fikir nak cantik2 je.. kan geng coolblog?

Hanis MY said...

peliknya..kawan pun nak pilih2 takyah kawan la dgn org mcm tu hehe...

zareliqa afiqa said...

Kalau ikhlas berkawan,tak tengok rupa.Tapi tgk hati^^

Ujie Othman said...

mmg ada org gini..tp tak ramai.
biasanya org lebih pndng cara kita bergaul.
org yg ramah akan dipndg cantik!

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Berziarah di laman ini. :)

Unknown said...

masalahnya tuan punye diri je yang selalu berfikiran positif dan menganggap persahabatan bolah terjalin tanpa memandang paras rupa.
orang yang paras rupa nya elok tu tak pernah pun pikir macam tu..
SEBAB TU LA KAMI2 YANG TAK COMEL NI kecewa..hheheh

Lia Irdelia said...

kalau betul2 nak bekawan..,
tak tengok pun suma kekurangan...

errr.. tpi ada jer yg memilih kawan..
huhuhuhu

Unknown said...

sebuah tu tak payah letak

sebab kecantikan tu kate adjektif

opahku comel buat atok terpikat wakaka

Faaein Talip Roy said...

masing-masing punyai kecantikan yang tersendiri..

Muhammad Naim Abdullah said...

Kecantikkan tidak kekal..

syakirahmn said...

ok,yang last skali tu sgt agree. alhamdulillah la Allah dah beri kita ni cukup sifat kan.

takpayah nak jadi cantik2 sgt, dan takpayah nak berhias cantik2 sgt. :)