Friday, December 23, 2011

biar lambat asal Gempak

Bismillahirrahmanirrahim..




Kome! buat ape? Mimi tak buat apa, tengah taip entri ni dan siap dibaca oleh kome la.hehe. Jenjalan tengok2 jengah2 alam maya, banyak juga isu cite-cite hot, cite tak bape hot, cite suam-suam kuku dekat tepi2, pinggir2 mukabuku, belog, tweet? errr, macam tak penah tengok je.

Dalam berjalan2, tetibe terasa nak nulis sumtin. So, setop kejap bejalan, maka menaip sumtin yang nak dikongsi la dengan semua. Dalam kita dok menghadapi pembelajaran kan, misalah kat sekolah ke kat U ke, mesti kita rasa nak cepat abis kan.

Aduiii, tak sabo nye aku nak abiskan sem ni. Maka, pulun la tak tido malam, kopi ke nescafe 5 in 1 jadi cam boipren dah. Sehari tak minum tak boleh, sebab nak siapkan semua keje, tak nak tangguh2, kene siap on time. Kalau pensyarah minta hantar rini, semalam dah antaq dah. Pehhh, rajin abis dah, ade tak yang buat macam ni?

hehe. Tak kesah la  macam mana cara pon, yang penting kalau boleh semua orang nak grad on time kan? Walau macam mana pun.. eheeeeemmm, ni yang tak bapa nak sedap didengar ni. emm, terdapat bape masalah yang membuat kan kita tak boleh nak grad on time.

Mungkin ada subjek yang tak lepas, kene repeat, so tunggu lagi satu sem untuk repeat baru boleh grad. Tak pun, ada projek final year, atau name lain FYP atau name dulunye PSM yang tercungap2 lagi tak bape nak lepas. Kita dah expect yang memang kita kene extend nak sambung projek tu sampai siap.

Dari mata pandangan mimi,mereka2 yang terlibat ni mungkin  rasa rendah diri, rasa macam sedihh je tak dapat grad sama dengan kawan2 yang lain. Ye, mimi paham, sapa yang tak nak grad on time sesame dengan kawan, boleh amik2 gambo, baling moltar board(topi convo tu) sesame kan. Sume mahasiswa mesti nak punye kan?

Tapi mimi perasan satu kelebihan buat mereka ni. mereke sebenarnye mensurvive kehidupan untuk sem seterusnye dengan lebih tabah. Orang lain yang dah grad mungkin tak rasa mende ni. Hanya yang rasa, bagi mereka yang extend sem ni.

Kalau ada orang dok sokseksoksek cakap "ish2..nape die tu..ni mesti fail ni.." "eh...ni mesti extend..kenapa die tu..", mereka tidak mempedulikan cakap2 orang ni, mereka meneruskan perjuangan mereka untuk grad. Mungkin ada sesetengah orang memandang rendah dengan  golongan2 ni, tapi bagi mimi, kita la yang kena support mereka kan.

Sebab apa mimi nak cakap ni?
sebab ni!



Dah tengok? heee..superb kan! ni classmate mimi mase kat U dulu. Ye meneruskan perjuangan ye menyiapkan Final Year project setelah melalui macam2 dugaan. Tahu tak dugaan ape? Meh nak cite :

1) Chip Laptop terbakar
2) Data kena virus
3) Internet xde
4) Kamera xde
5)micro chip PIC rosk tpi xtahu. p jumpa engineer kdai suruh calibrate dia kta OK. xtdo mlm fkr program aku buat salah dan btulkn. last2 beli bru bru OK.
6) Eloctrode y limited
7) Alatan makmal y rosk. Terpaksa calibrate dlu alatan tersebut dan beri thu pembntu makmal y alatn nie rosk. Klu x puas nk ckp tpi dh ada bukti tunjuk bru dia percaya. Mkan masa jgk 2.
8) Xde patient y setia nk tlong. Aku la patient, aku la ambik data n aku la ambik gambar.
9) Duit y limited..

(memang mimi copy paste dari Fb die..heheh)


Dan akhirnya, fuhhhh, finaally siap! Alhamdulillah. Antara projek yang tak pernah lagi orang buat dan dia buat, dan berjaya. Mimi memang kagum la dengan dia. Kalau jadi kat mimi, dah lame dah tukar buat projek lain. Tak denye nak extend semata2 buat projek tu. Tapi dia tak, dia tetap buat sampai berjaya.

Tiap berusaha, pasti ada ganjarannya. Dan ganjarannya? Hanya orang yang melaluinya yang merasainya kan. Alhamdulillah.Makanya, janganlah sesekali memandang rendah dengan orang yang mungkin kita sangka lemah daripada kita. Walhal, dia mempunyai kekuatan yang tersendiri yang kita sendiri tak dapat jangka.


p.s: lupa nak cite. Projek dia tu berkenaan menggerakkan pergerakan kereta mainan tu berdasarkan apa yang otak kita sedang fikirkan. Kalau otak kata gerak kanan, tayar kanan tu la bergerak. Kalau kiri, kirilah. heee.. Superb! Otak manusia memang superb.. Subhanallah :))




14 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

usah itu perlukan..

erm,rindu lak nak beljar..

^__^

bobiedanbad said...

Bila bc kisah ni, Akak grad dulu dr en. Suami yg terlajak smpi 9 sem... Tp yg magicnya en. Suami yg dpt keja dulu dr akak dan kawan2 dia yg dh lama grad..
Tak kisah lambat atau cepat yg penting mampu menamatkan dengan jayanya hehehe

Abg Stalker said...

usaha tangga kejayaan.mmg dlu zmn abg bljr pun ssh gila kot.kemain byk lg dugaan.suweh lg byk dr ong.tp xpe..sumenya da ditentuknNya. :)kita harungi je la sbb mmg ikut kemampuan kita jgk dugaan tu. :)

Iffah Afeefah said...

bgsnyeee


kngh plk xnk extend mse accdent ritu

PeJuAnG CinTa said...

respect kat beliau !!! awesome !!!

Nizam Ijam said...

yeah! usaha tanda kejayaan..

Paris Lipton said...

mmg bercite2 tinggi ni...aja aja fighting hingga ke hayat!

maszmadi said...

alhamdulillah....
usaha lift eh..... tangga kejayaan

maszull said...

assalamualaikum mimi...walaupun extand tapi tetap berjaya kn...:)

H.J said...

usaha yang gigih akan manis di penhujungnya walaupun di pertengahannya amat pahit...hoho

NoorAtika MohdAzali said...

everything happened with reason..
hargai pengalaman yg ada tu, nnt kite akn rasa kemanisannya..hihi

saffiya_aleesya @ echa said...

respect ar kat mber aimi tu..betul2 penyabar dan tekun dlm usaha..

p/s: saya singgah sini n follow!!!

Fatin Mraz said...

allah bersama org yg berusaha demi mengejar kejayaan..

kagum dgn kegigihan nya..

naim said...

SALAM

naim pon hadapi masalah ini juga, rasa berdebar2 nak kembali beljaq.. :P