Thursday, December 8, 2011

lessOn 131

Bismillahirrahmanirrahim..




Selamat pagi!
Lameeenyeee kali ni membiarkan ia berdebu2 seribu juta kali tanpa di buang seinci pon debunye ye. Terasa hari ini baru boleh nak melogin dan menaip dengan keadaan tenet yang terkemut2 ye,huhu.

Macam mana ari ni? jiwa dan fizikal ada sihat kah? Nak bace lessOn tak?




Walaupun, lesson hari ini agak terlewat keluarnye di belog ye, heee, tapi mimi saje nak penuhi Kerana Lily ni dengan lessOn2 yang mungkin kekadang diri mimi sendiri lupo. Samping ingat diri sendiri, bole ingat2kan kawan-kawa  mimi kan?

Hari ini dah 12 Muharam kan? So bermakna 2 hari yang lepas adalah hari yang bermakna juga dalam sejarah kalendar Islam kan. Asenya ramai yang dah tawu kan. Tak pelah. Mimi nak cakap jugak. hehe.

Apa yang berlaku pada 10 Muharam?
1) diciptakan Nabi Adam dan dimasukkan Nabi Adam dalam syurga.(Imam Al-Ghazali, kitabnya, Mukasyafatul Qulub)
2)Diciptakan arasy,kursi,langit,matahari,bulan,bintang.
3)Dilahirkan Nabi Ibrahim,diselamatkan Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
4) selamatnya Nabi Musa dan pengikutnya.
5) Lemasnya Firaun.
6) Dilahirkan Nabi Isa dan mendaratnya Nabi Nuh di atas bukit Judy.
7) Nabi Sulaiman diberi kerajaan Besar.
8) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan nun.
9) Nabi Ya'akub dapat melihat kembali daripada buta.
10)  Dikeluarkan Nabi Yusuf dari telaga buta.
11) Disembuhkan Nabi Ayub daripapada penyakit dan hujan pertama yang membasahi bumi.

Dan peristiwa yang hangat untuk kita ingati pada 10 Muharam, adalah terbunuhnya cucu Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Hussain di Karbala.

Maka, apabila berlakunya peristiwa sedemikian, umat Islam disunatkan untuk berpuasa bagi memperingati peristiwa yang berlaku disebalik 10 Muharam itu. Terdapat banyak hadis yang mengutarakan cara berpuasa untuk berpuasa pada Hari Asyura, bagi membezakan agama Islam dengan amalan agama lain.

Diriwayatkan daripada Mu'awiyah Abu Sufyan, aku mendengar Rasulullah S.A.w bersabda,
"Ini adalah hari Asyura dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka sesiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dan sesiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadis riwayat Bukhari)

Terdapat banya Hikmat disebalik puasa sunat pada 9,10 Muharam ini. MUngkin ini dinampak sebagai suatu yang "kecil" kerana sifatnya yang sunat. Walaubagaimanapun, hadirnya dalam setiap kali kalendar Islam itu amat dinantikan.

Rasulullah S.A.W. berkata, " Semoga dapat dihapuskan dosa di tahun yang lalu," apabila ditanya kepada baginda hikmah berpuasa pada 10 Muharam ini. Subhanallah :)

Ternyata Allah itu Maha pengampun. Begitu banyak ruang medan diberikan kepada kita untuk memperolehi pengampunan ke atas dosa kita yang lalu, cuma hanya diri kita sahaja yang mahu atau tidak menggunakan kebaikan ini untuk diiri kita sendiri.

Semoga masih ada kesempatan dan peluang kita menemui 10 Muharam ini lagi. InsyaAllah :)




10 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

kdg2 ramai dah pernh tau tp xingtkan..dgn adanya entry camni,mngingtkan kembali..

moga bertemu lagi muharam akan datang..

mas saari said...

puasa dah, tapi bubur asyura tak dapat2 lagi ni...

Anonymous said...

terbunuhnya cucu nabi.. ? siannya. :'(

The day we meet said...

dh puasa ritu..
posa 9 ngn 10 muharam ritu..
hehe

Unknown said...

tetibe nk nynyi lagu 1 muharam detik permulaan~~~

KaK LimAh Si SupiR said...

xdpt p0n lagi bubur ny..sedap :P

bobiedanbad said...

AS SALAM LILY :)

Munn Jaafar said...

byknya yg blaku masa 10 muharram =)

ai klau hr asyura teringat kt bubur asyura je...ermmm sedap :p

Nia Ridzwan said...

dgr benda yang sama masa kuliah muslimat jumaat lepas. kpd yg berpuasa hritu, semoga beroleh keberkatan ^^

fRaMe+LenSeS said...

banyaknya kejadian penting masa hari ni. :D