Tuesday, December 20, 2011

11.39pm ~ paHit verSus MaNis

Bismillahirrahmanirrahim.. 





Will to live by ~  Kanvadeafe


Aku rindu,
aku sayu,
tetapi aku bisu,
secara mentalitinya aku bisu.


Kenapa manusia itu selalu bisu walau sering berkata?
Kerana manusia itu mahu berkata yang manis sahaja daripada yang pahitnya.
Kenapa aku juga tergolong dalam manusia sebegini?
Kerana aku hanya cintakan kemanisan lebih daripada kepahitan.


Tetapi, kau buta walau kau ada mata.
Kau tidak sedar, yang pahit itu akhirnya pasti manis.
Tiada yang manis kalau tidak meneguk yang pahit.

Kenapa dibenci yang pahit sedangkan itulah punca yang manis?
Kenapa???
Kenapa???


LIhat!
Sekali lagi kau bisu walau kau ada mulut,
kau ada suara untuk berbicara.
Lantas memilih untuk diam umpama bisu
yang tiada lagu tetapi melodi tercipta di kerajaan hati. 

Kau tahu,
ada yang sedang membaca isi hati mu, 
tetapi kau masih keras kerikil,
masih lagi buta hati dengan akar kehidupan dari Dia.
Walau kau diam membisu, di hati?

Sumpah seranah membenci, 
menghina dengan kepahitan yang sedang dijahit dalam lukisan kehidupan.
Apa kau ini manusia atau .. ?


Sudahlah..
Selagi hati kamu membenci apa yang sedang dijahit di baju kehidupan kau itu,
jangan pernah meng awankan yang tidak tercapai di akal.
Lihat siapa kau itu.
Dari mana asal usul mu itu.

Kenapa kau jadi begitu.
Kau akan sedar, 
betapa hina nya kau bersikap bengkok yang degil untuk kembali lurus.
Kembalilah hati..
Yang pahit itu tidak pahit selamanya.
Yang pahit itulah bunga cinta madu yang mencipta kemanisan hidup mu..



Nukilan,
aimieamalinaazman
1256am,
02.12.2011, Jumaat.


p.s: Huuu..sempat post ni je, mengulorrr sajeee la rini, ishhhhhh, soriii kome yang belom terjejak lagi ye, nanti mimi akan jejak secepat mungkin, sayang semua! selamat malam! =)



20 comments:

Wanie said...

mimitoooooo..betul la mimito menyepi, wanie pun menyepi gak la..hehe..sorry baru nak balas jejak :) happy blogging..

nukilan terbaik la mimi :)

maszull said...

assalamualaikum mimi...wah bestnya sajak tu ....teruskanlah segalanya dgn usaha yg gigih yer...:)

Jue said...

msh bmonolog kwn virtual aku sorg ni. Cantek beb pe ko tulis. Agak2 bole buat lagu x hoho

Gen2Merah said...

syahdu sungguh membacanya... hebat,.. (",)

ShahzCudin said...

nukilan yang indah..suka baca...

KaK LimAh Si SupiR said...

ayat mimi sgt menarik..ske bace kalo mimi start mendeklamasi sajak :P

Lia Irdelia said...

best!..
tahniah2.. :)

JIJI YU said...

pahit itu membuatkan enko akan sedar betapa nikmatnya manis

nuyui a.k.a miss YUI said...

tu dia,berbakat sggh kembor ni..

kura said...

Kenapa dibenci yang pahit sedangkan itulah punca yang manis? - LIKE!

Munnafendy said...

sukaaaaa seribu kali la mimi!

mas saari said...

suka! berbakat sungguh adik akak ni..

faridah nazurah said...

Hehe terer la geng cool blog ni buat puisi

Juliet_iRa~" said...

wahh puitis sungguh...:)

pss : mimi suka alto juga ek?heee...sm ngan ira la ni?tp dlm dilema la..org kata suzuki spare part mahal...haishh...huuu

♥ p a a n i ♥ said...

woww..pandainye berpuitiss..kalau akuuu...tak retiiii hehehee

PeJuAnG CinTa said...

hebatnye die bermadah =P

Bulan Syurga Firdausi said...

pndai nye die...
mmm baru balik dr bcuti ni hehehhe

syarifahsidrus said...

pahit dan manis. tu lumrah hidup kan

Iffah Afeefah said...

akun terkelu

syakey said...

pahit dulu kemudian manis. itu mmg paling termanis sekali :)