Thursday, December 22, 2011

ParenTal Guide 2

Bismillahirrahmanirrahim. 





learning to fly by ~  tolgacelikel


Pada 29/11/2011, aimieamalinaazman telah membeli berita harian. Antara isi kandungan berita itu ialah, "Dilema jaga cucu". (kenapa macam sekeme, issshhh) 


Heee, saje testing ayat karangan. hehe. Balik kepada jalan yang benar. Topik ni pasal, datuk dan nenek yang memelihara cucu mereka daripada kocik sampai la ke besau. Sapa yang ada pengalaman, boleh share di ruang komen ye, mimi sangat menghargainya :) 

Kalau pengalaman mimi pulak, emmm, rasenya, datuk dan nenek tu tak delah fully jage mimi. Mase kecik tu, opkosla opah akan tolong mak kan. Lepas bersalin semua tu. Kemudiannya, masa mimi umur 16-19, mimi banyak membesar dengan opah, kebetulan sebab sekolah dan matrik dekat dengan kampung, berbanding omak dan ayoh yang berada jauh sinun di Sabah. Kalau masa belajar di UTM pon, ase tiket kapal mahal, balik perak jelaklah, save sikit kan :) 

Makanya, pengalaman dibesarkan oleh opah tu, ada la jugak, sikit tak banyak. Mungkin penjagaan opah ni lebih rapi daripada omak dan ayoh sendiri. Tambah pulak ada Mem Beso, makcik, adik mak yang tinggal sekali dengan opah, maka kegiatan sosial mimi disekat abis. hehe. 

Mereka berdua ini, mungkin merasakan, tanggungjawab memelihara mimi lebih berat, kerana mimi bukan anak mereka. Yelah, macam kita jaga anak orang atau adik orang. Secure nye mesti lebih dari jaga anak sendiri. Kalau jadi pape, sape nak tanggung kan? Udah la orang luar, walau pun masih daging sendiri, lain cite kalau omak dan ayohnye dok bela kan. 

Sepanjang di bawah pemeliharaan mereka, kehidupan amat ketat. Kalau balik asrama dok rumah. Kalau tak de kat rumah, dok kat asrama la tu. Tak de jejoli dengan kawan. huhu. Kalau nak jejoli, kawan mai rumah, atau ke rumah kawan yang rapat sahaja, dan sejenis sahaja. hehe. Walau dulu mimi, dalam kelas, 2 je yang sejenis, kawan yang tak sejenis tu pun, makcik kenal jugak.hehe. 

Pendek cite, dengan sapa mimi berkawan, sejenis atau tidak, semua dia kenal. Yang tak sejenis pun, ada mai rumah, tak pe, asal dia tahu dengan sape anak sedara dia dok berkawan. Penjagaan sangat rapi, baik kehidupan sosial mahupun kesihatan dan lain2. hehe. 

DImanjekan? 

Ohhhh, sama sekali tidak rasanya sebab makcik dan opah agak garang.. grrrr.hehe. Opah tak delah, cume support makcik je.hehe. Tapi mimi paham kenapa mereka begitu. Walaucam mana pun mereka menjaga, ayah tetap hulur duit bulan2. Alhamdulillah :) 

Sekurangnya mimi harap mimi bukan bebanan untuk mereka. Sebab tu, rasa nya seolah ada 3 omak ha. hehe. 

Ibu bapa yang memilih, untuk anak mereka dijaga dan dipelihara oleh datuk dan nenek, pasti ada sebab tersendiri. Nak rungkai sebab apa? Macam-macam sebab boleh jadi. Yang mimi baca dalam paper tu, si ibu tu, nak mengaji keluar negara, suami nye pun sama, tapi lain U. So mungkin agak susah nak sesuaikan keadaan dengan si baby yeng kecik lagi. Mereka memilih untuk meminta bantuan datuk dan nenek yang memelihara anak mereka sepanjang 4 tahun mereka di luar negara. 

MUngkin dah rapat kan, sampai nenek pun dah dipanggil ibu, si cucu tu, memilih untuk stay dengan nenek sampai sekarang. Nenek dan datuk nye pon ada ijazah woo.hehe. Jadi penjagaan mereka, sama tegas sepertimana mereka mendidik anak-anak mereka dahulu. Alhamdulillah, walau pun begitu, tiada unsur dendam dan pertelingkahan berlaku, sebab masing2 paham kan :) 

Walau macam manapun, propesor dari sebuah IPTA berpendapat, si anak itu, biarlah dijaga, dipelihara sendiri oleh ibu dan ayah nya. Biar ibu dan ayah nye yang nampak setiap titik pertumbuhan dan tumbesaran anak mereka dari kecil tapak tangan sehingga sama size tapak tangan. Di samping, mengelakkan, pergaduhan masa kehadapan, timbul isu beza kasih sayang, 

contohnya: Kenapa mak bela akak je, tak bela saya? Apa beza saya dengan akak, saya ni anak pungut ke mak? 

ha, sebegitulah. Kalau dapat anak yang paham keadaan oklah, kalau yang "terlebih paham" cenggana tu kan? Timbul isu larikk dari rumah, terlibat dadah, gejala sosial, macam-macam lagilah. Sebab semua ni macam penyakit berangkai. Daripada satu hal, ke satu hal yang lain. 

So, pandangan kome? 

Mimi setuju jugak dengan pandangan propesor tu. Tapi apa yang berlaku di masa hadapan, hanya Tuhan yang tahu kan. Mungkin sekarang kita bebel kat bakal suami, aku nak jaga anak sendiri, nak beli rumah khas untuk baby, blablabla, tapi betulkah akan terjadi? 

Mampu merancang, tapi Tuhan yang tentukan. Tapi usaha masih boleh dibuat untuk capai segala perancangan kan? Kalau dah tiada upaya, maka redhalah dengan segala ketentuan-Nya. Mimi percaya, semua ibu dan ayah, suami dan isteri, mesti mahu melihat anak mereka. Masakan melihat benih tumbuh di pasu lain sedangkan pasu sendiri masih belum runtuh kan. 

InsyaAllah, berdoalah, semoga tiap yang dijalani, diredhai oleh hati ini, kerana segala yang terbaik, sudah direncanakan-Nya untuk kita. :) 

Wallahua'alam.. 



dicoretkan, 
30112011 
12.27am 
depan ruang tamu umah opah di UK.




11 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

pengalamn berbezza kan..

yui lak time kocik2 opah jagala..

mak dok citer dulu dimanjakan arwah tok..

maszull said...

assalamualaikum mimi...yer la setiap org lain2 pengalamannyakan begitu juga ngan mama sebab mama pun dibesarkan oleh mak saudara sejak dari kecil lg...

kekadang marah gak kenapa mama dibesarkan oleh org lain bukannya mak sendiri tetapi nak buat mcm mana kan...

dah itu ketentuannya terpaksalah redha ngan apa yg dah tertulis sejak azali lg...

pada semua mama nasihatkan jgnlah dibiarkan nenek atau sesiapa gak la menjaga eloklah mak n bapa sendiri yg besarkan mereka hingga dewasa...

walau susah mcm mana sekalipun biarlah kita sendiri yg menjaga anak2 kita...

Eera Shera said...

tak pernah tinggal ngan atuk dan nenek..heee

Anonymous said...

aku tak pernah tgk arwah datuk ngan nenek. zaman skrg mmg dilema bila ada anak, suami istri bekerja. nak hantar nursery byk kes kecuaian berlaku.ada sedara dekat bole la. sedara jauh??

sume tu perlukan perancangan dan usaha serta tawakal je. << komen aku pun skema.lol.

Unknown said...

xpenah rase pgalaman tu...kdg2 makpak bela pon timbul 'eh aku anak pungut ke?'
huhuhuhuhu

Unknown said...

sejak kecik akak dan adik beradik dijaga opah..
malas nak cerita la..
sebab banyak pahit dari manis..
kalau nak bayang kan cemana..
cer tengok filem2 dulu yang tunjuk
petang2 budak2 kecik kena cari kayu..
jangan sekolah..
kena masak..
macam tu la..

KaK LimAh Si SupiR said...

kaklimah dr kecik smpai beso dgn parents sndr..cume abg yg sulong j mase kecik2 mksdre yg bela sb mksdre xd anak :P

ShahzCudin said...

seronak baca pengalaman yg xpernah dilalui oleh diri ini sbb mmg dr kecik membosa dgn omak...

Juliet_iRa~" said...

umah opah kat United Kingdom ke Ulu Kelang?heee

ooh xpnh rs mcm mimi rs tp ada anak sedara y duduk dgn opah dia..sbb opah dia y nak jaga..bkn mak ayah dia..hee..smpai berebut dgn mak dia nk bw blk umah mak dia..:)

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) said...

pernah jugak rase tinggal dengan atuk ngan wan ni,masa mak & ayah pg haji,best,diorang mmg sporting sangat :)

Unknown said...

pjgnye entry



ai xske dok ngn atok nek