Monday, December 5, 2011

Abai soal halal dan haram

Bismillahirrahmanirrahim.. 



Masa di kampung ni, banyak sangat otak ni berpikir yang pelik-pelik, sampai ada suara yang berkata-kata,

" akak ni, tahulah bakal engineer, kenapa satu hari ni, banyak tol soalan akak, soalan yang pelik-pelik pulak tu, grrr," marah tia, adik mimi.

Hehehe, engineer memang banyak soal ke? Wallahua'lam, tengah berusaha mintak keje jadi engineer la ni..hehe=p

Tapi tak de kene mengena dengan ape mimi nak cite ni.hehe. Nak bercerita tentang pandangan atau pemikiran segelintir lah, segelintir bangsa saya sendiri, sebab terjadi depan mata sendiri jugak.

NI lepas tengok cite sempena Maal Hijrah, kat Tibi 3, yang tajuknya, "Setitis Hidayah". Sape tengok?

" kalau nak berjaya dalam hidup, tak payah pikir soal halal haram. BUkan boleh sampai ke mana pon!!"

Ni antara dialog dalam skrip cite tulah, lebih kurang la. pergh! kalau tak tengok muke orang yang cakap ni pon, dah dapat rasa, belagak giler orang ni. hehe. Dia tu tuhan ke ape?

Sama jugaklah terjadi kat mimi. Eh, bukan mimi, opah dan makcik mimi. Rumah yang kat kampung ni, ambil masa lama jugak nak siapkan, lebih daripada limit masa yang dijanjikan.

"ohhh, nanti saya sambung balik, ni tak sihat ni.." walhal, sedaaaap je goyang kaki, baca suratkabo, borak-borak kat kedai, gelak-gelak. Tak sihat ye, memang tak sihat bebenau la. Kantoi dengan makcik mimi, terus tukar kontraktor lain, kontraktor yang lain.

Akhirnye,rumah dapat disiapkan kurang dari limit masa. Alhamdulillah, masih teguh sampai sekarang. Bila dah jadi macam ni, dah macam lebih kurang macam dalam cite drama tu.

Jangan soalkan halal dan haram dalam buat keje?

Anak dah kene himpap dengan rumah buatan sendiri yang dibuat cincai2 sebab "jangan soalkan halal dan haram", baru terasa langit tu tinggi sampai ke mana.

Duit yang kita dapat, hasil daripada pekerjaan kita adalah "amanah" daripada Tuhan , untuk kita sempurnakan kesejahteraan manusia, kekurangan, keperluan manusia lain.

Soal "halal dan haram" tu bukan lagi soal paling hujung. Soal yang paling mutlak , wajib di beri anak tangga yang pertama sekali. Dengan mengingati soal "halal dan haram" inilah menjanjikan, segala amal pekerjaan itu ada berkat daripada Tuhan ke tidak.

Bila sudah hilang berkat tu, jangan ditanya bila terjadi macam-macam bencana. Duit sentiasa tak cukup, tak senang hati, dengki mendengki tok sah kire lah kan. Sebab natijahnya semua daripada diri sendiri, yang suka memperlekehkan "soal halal dan haram".

Mungkin kesan takkan kita nampak sehari dua, esok lusa. Lambat laun, mesti terbongkar kekuasaan Allah itu.

Soal halal dan haram, jangan lah dilekehkan. Kerja biar sempurna, supaya hidup sentiasa bermakna.Wallahua'lam.. 

malam2 bebel je kan..heee.Selamat malam kome!



dibebel pada,

12.14am, 291111, selasa.




23 comments:

miss Fyqa said...

eh..kita tgk citer tu..hari tu.. hee:)

KaK LimAh Si SupiR said...

betol..skrg nk bwat pape ikt sedap j..xkire dh bnde tuu halal or haram =_=

Ezad Skytech said...

tengok jugak cerita tu...sentap jugak bila dengar dialog tu...nak buat seseuatu mmg kena fikir halal dan haram...baru duit yang kita dapat tu berkat...:)

AzatLazat said...

benda yg memang sudah jelas haram pon dah ramai yg buat
dunia akhir zaman kan

ShahzCudin said...

dlu masa ayah nak bkk kedai dlu pun cmtu..die saje lmbt2 kn masa..last2 ayah kena sambung kje org tu sndri..

maszull said...

assalamualaikum mimi...mcm2 skg nikn x kira haram pun die org buat juga...:)

Lia Irdelia said...

yang penting keberkatan..

haram tetap haram..
hasilnya takkan berkat..

huu..hu..

Juliet_iRa~" said...

huu..setuju..

sllnya ms bekerja y halal pon blh jd haram sbb sll curi tulang..

kan2..

K said...

opah memang suka membebel

nuyui a.k.a miss YUI said...

kbykn dah xfikir..bila dh kena,bru tau camne n apa sbbnya..

mas saari said...

bab halal haram tak boleh dipersendakan, nanti tak berkat!

Lea Isnawi said...

x berkat hidup kalo yang haram pun dihalalkan

Unknown said...

sesuka aty je nk abaikn...

kalo nk abaikn juga.. g jadi org kapir....

Unknown said...

jgn sesekai abaikn soal halal haram ni.. :)

Zahirah said...

bebel-bebel pun ada isi juga apa. hehe

Zul fattah said...

cite ape ni? cam best je?

syarifahsidrus said...

tak tengok pun cerita tu T__T

tapi halal haram tu basic in life la kan. memang kena jaga jugak

Lutfi Azmi said...

kalau x ambik kisah dengan halal haram ni.. mmg boleh kaya.. tapi percayalah.. hidup x kan dapat keberkatan.. dan kekayaan tu takkan pernah disyukuri ..

btw.. dtg sini jemput join contest .. tu pon kalu sudi

http://pejuangcinta93.blogspot.com/2011/12/contest-i-love-my-blog.html =)

Mutiara Bernilai said...

pergh,,itu macam ka?
tanpe pdulik halal haram?

Unknown said...

erm tula manusia

Bulan Syurga Firdausi said...

bahaya kn....kite kne la belajar ilmu agama ni...x blh nk mhalalkn yg haram :( Allah....smga diberi hidayah utk kite smua.....

nsk said...

Yang haram tu kalau makan jadi darah daging. Beri kesan pada diri dan keluarga. Moga kita dijauhkan dari golongan tersebut. Amin.

fRaMe+LenSeS said...

moga cpt dapat kerja ya mimi. :D