Friday, December 23, 2011

lessOn 137

Bismillahirrahmanirrahim..




Dalam menjalani kehidupan, kadang-kala kita diduga dengan perasaan yang sedih, yang sebak, yang mungkin seakan memecahkan ruang dada, kerana tidak tertanggung dek kesedihan yang menikam-nikam sanubari..

Maka, dengan pantas kita berubah menjadi kemurungan, kesenyapan, keseorangan, tidak mahu diri ternampak oleh orang lain. Tetapi pada masa yang sama, mahu mencari sekeping hati yang lain, bahu orang lain, untuk dijadikan sandaran..

Air mata. Air mata lah menjadi peneman dikala waktu kesedihan. Benarkah?


Kita sedar atau pun tidak, Allah S.W.T itu selalu menemani kita. Buktinya? Ya! Air mata itu. Dijadikan air mata itu, umpama datangnya Dia tiap kali kita kesedihan. Menjadi PENOLONG kepada diri manusia yang lemah ini. Tidak sekali Dia membiarkan manusia itu keseorangan, tambahan pula diwaktu kesedihan..

Sesekali Dia hantarkan kita "angel" yang menemani hati ini. DI waktu itu, kita baru jelas melihat begitu ramai manusia yang sayang akan diri ini. Mungkin kita ditinggalkan oleh seseorang, tetapi Tuhan itu datangi kita 10 lagi manusia yang lain, menemani jiwa ini tanpa kita sedari.

Titisan-titisan air mata yang keluar dari corong laluan air mata itu hanya kecil, tetapi mampu menenangkan keseluruhan jiwa yang sangat besar. Subhanallah. Begitu Dia selalu menemani kita. Tidak perlu meminjam hati orang lain sebagai tempat luahan perasaan. Cukuplah Dia menjadi pendokong utama diwaktu2 ini..




Sekali lagi, DIa menceritakan dalam kitab suci itu, betapa kita tidak rugi menjadikan DIa penolong kita dalam segala hal dalam kehidupan ini. DIa yang menjadikan kehidupan ini, maka kepada Dia jugalah menjadi rujukan Utama dalam segala hal.

Bukan hanya mencari Dia diwaktu2 kesedihan, kesusahan, setiap masa. Almost 24 jam itu, Dia selalu hadir, singgah duduk dalam jiwa selamanya, mendamaikan, menenangkan segala keributan kehidupan. InsyaAllah, segala keresahan yang bertapa dalam jiwa akan beransur mengucapkan selamat tinggal kepada kita..

Indah bukan? :))

Salam jumaat semua!!




9 comments:

Anyyss Shuhaimi said...

air mata perempuan sangat bernilai. yang pasti,menangis kerana Allah itu lebih baik sebenarnya. :(

bobiedanbad said...

Kita tidak pernah berseorangan, Dia ada menemani kita

fRaMe+LenSeS said...

Yang yakin pasti xkn tglkn sisi kita. Hanyalah DIA

Nalisa Syahira said...

Dia sentiasa bersama kita .

Cikgu Tie said...

Sesungguhnya airmata itu merupakan anugerah tuhan yang unik untuk kita. Gunalah airmata dengan sebaiknya dan jangan bazirkan airmata dgn perkara yang sepatutnya.

sayA tonaH said...

haah la baru terpikir yg air mata selalu mnjadik teman kita tatkala kita sedey

anugerah tuhan yg paling beharga

Unknown said...

gugur air mataku...sob..sob..sob

nuyui a.k.a miss YUI said...

pom takleh lari dari airmata..

Unknown said...

**aimie..
kalau nak paham tentang alexa aimie kena klik sini..
www.alexa.com.

nak lebih paham
baca sini..

lightshadow88.blogspot.com/2011/10/blogging-tips-jom-exchange-review-alexa.html#

bukan susah pun..
dalam segmen tu akak cuma letak link
dan yang lain cuma klik dan isi macam yang akak tunjuk dalam entry ni..

http://www.dianarashid.com/2011/08/cara-review-blog-di-alexa.html

tu je..sebenarnya ramai yang kata tak paham sebab tak pernah check rank mereka kat alexa.