Friday, December 2, 2011

lessOn 130

Bismillahirrahmanirrahim..




Salam disember 2011!
heee, rasenya masih belum terlambat nak ucap, selamat datang Disember 2011, selamat babai kepada November 2011. Apa yang ada pada November? Sendiri boleh jawab dalam hati sendiri ye.hehe. Kalau nak share dengan mimi pon boleh gak, lai, lai :)

Sudah 2 hari tanpa lesson kan? Adakah yang rindu dengan lessOn dari belog ni tak?



Tanpa disedari, kadang-kadang, kita akan sendirinya mula mengasihani orang yang telah melukakan hati kita, telah melupakan pahit getir kesakitan yang pernah menjadi  duri dalam kehidupan, telah kembali senyum menghadapi manusia untuk terus hidup.

Kenapakah tiba-tiba perasaan kita bertukar sedemikian?
Ini adalah ihsan dari Allah untuk hati ini lembut, untuk hati ini menerima kebaikan dan melakukannya.

Ihsan adalah melimpahkan kenikmatan atau kebajikan kepada pihak lain baik secara fizikal mahupun spiritual. Terdeti dihati untuk tunduk secara ikhlas kepada Allah S.W.T itu juga termasuk dalam pengertian ihsan. 
(Ulama Tafsir al-Raghib Ashfahani).

Sebab itu, usah merasa hairan dan pelik, lagi buanglah rasa yang bukan-bukan itu jauh-jauh, apabila melihat seorang banduan, mahupun sesiapa yang pernah melakukan sesutau kesalahan besar, berubah 100% menjadi manusia yang lebih baik, lebih baik dari kita.
Sama juga, melihat "saudara Baru" yang berjaya mendalami Islam lebih baik dari diri ini. Kekadang mimi selalu pikir, berasa malu dengan Tuhan, macam mana muallaf mampu jadi manusia Islam yang lebih baik dari diri ini, huuu, sedih2.  ..

Makanya, sementara masih ada ruang dan lubang untuk bernafas ni, masih ada masa untuk kita meningkatkan kualiti ibadah dan kebajikan kita kan. InsyaAllah.Macam mana?

1)Kebaikan dalm niatnya.
Dalam apa-apa pun yang kita nak lakukan, jadikan Allah S.W.T itu tonggak utama. Jangan pernah alih-alih, simpangkan niat itu selain dari Allah S.W.T. Walau nak sidai kain sekalipun. Nampak cam remeh kan? Tapi ce kita sidai kain tanpa niat yang betul. Mata ni melilau jek nak tengok yang bukan-bukan, tambah umah sebelah ade cewek comei ke, cowok ganteng ke, hehe. BUkan pengalaman ye. :p


2)Kebaikan dalam sikap dan perilaku.
Selepas dah pasang niat yang baik punya, kerana Allah S.W.T, insyaAllah, cuba untuk konsistenkan sikap dan tabiat. Alah bisa tegal biasa kan. Ari-ari terapkan dalam jadual seharian, sehari 10 potong ayat Al-Quran mesti bace, lengkap dengan maksud dan fahamkan. Kalau ase banyak lagi, bagi kurang lagi, tapi WAJIB buat hari-hari. 

Lama-lama, kita dapat rasekan mende tu dah macam makan nasi. Hari-hari kene makan jugak.Kalau tak makan, perot gastrik. Sama jugaklah dengan baca Quran. Ase cam tak lengkap jek, kalau tak amal. Yang penting, niat itu ikhlas dan konsisten. :)


3) Kebaikan dalam waktu.
Inilah yang selalu menjadi cabaran kepada kita sebagai manusia. Walau dikurniakan 24 jam dalam tiap-tiap hari, kita masih merasakan masa itu tetap tidak cukup. Walhal, TUhan itu lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Dia tahu, 24 jam itu adalah suatu jangka masa yang terbaik untuk semua manusia itu memenuhi keperluan  baik "luar" mahupun "dalam".

Ce bayangkan, kita dikurangkan masa walau sesaat, menjadi 23jam 59 saat, mungkin kek dalam oven pon tak sempat dibako dengan baik. Bila tak bakor dengan baik, perot pon sakit, makan kek yang tak dimasak mengikut masanya. Begitu Allah itu memelihara kemaslahatan manusia kan. Subhanallah, :)

Sempat atau tidak, cukup atau tidak, 24 jam itu harus dihargai, dicuri, digunekan, diisi dengan sepenuh-penuhnya. Cuba kurangkan istilah "tidak cukup masa" tetapi lebihkan "masih ada masa walau sesaat" untuk kita bersama Dia.

InsyaAllah, Dia sentiasa mencukupkan segalanya buat kita. :)
"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik, melainkan balasan yang baik juga."
~ (Surah al-Rahman, ayat 60)

Semoga masih ada kesempatan dalam ruang waktu ini untuk kita selalu bersama Dia.. aminn.. :)


p.s: Maaf, masih tak dapat nak jejak balas kunjungan kome ye, masih di kampung, nak loading blog sendiri pun, kene amik mase setengah jam, =.=



13 comments:

Unknown said...

stiap hari kita cuba menjadi trbaik.. :)

musang said...

Allah maha berkuasa ke atas makhlukNya

bobiedanbad said...

saya cuba menjadi yg terbaik! :)

SoLy SoLicious said...

tingkatkan ibadah n kebajikan kite selalu..InsyaAlla mudah-mudahan terlaksanan dengan hati yang ikhlas dan diredhai Allah

syakirahmn said...

mudah mudahan ;)

miss Fyqa said...

sama2 hijrah ke arah yg lebih baik. Insyaallah :)

Bulan Syurga Firdausi said...

smge hr ni lebih baik dr smlm n esk akan lbh baik lg...

m said...

salam disember, salam maal hijrah, happy new year 2012. dan sama2lah kita terus perbaiki diri =)

Munn Jaafar said...

sntiasa berusaha mnjadi lebih baik hari demi hari...thanks =)

mas saari said...

berubahlah ke arah kebaikan kerana setiap perubahan itu pasti diterima olehNYA... selagi kita ikhlas berubah!

kura said...

yee. sy rindu lesson akak. Ewah.. :0

Muhammad Naim Abdullah said...

Tazkirah jumaat.. Terima Kasih akak.. :))

p/s: bila tenet dah ok. mai balik ke blog Naim.. :)

ciK LyndaWawa said...

pada org beramal je ade perasaan camtu..=]