Friday, December 30, 2011

lessOn 142

Bismillahirrahmanirrahim..




Sekali lagi bercakap mengenai Tahun baru.
Segala nya baru.. Mungkin..

Tetapi..apa yang lebih penting..harapan.. dan semangat dalam menjalani kehidupan yang baru..

Tutup diari lama. Bukan diari baru. Maka ramai yang bakal mengucapkan Gudbye 2011, Hello 2012. Ini merupakan api kecil yang bakal mula merona dan membara untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih berbaki sehingga ke saat ini..



Walau masih merasakan baki kehidupan ini begitu perit untuk dilalui, tetapi dengan berbekalkan semangat dan keazaman yang menyala didada, kita akan terus gigih untuk menapak kan tapak kaki dari sebesar tapak tangan ibu dan ayah sehingga tubuh yang kecil itu mula menyamai  ibu dan ayah mereka sendiri..

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (Al-Mujaadalah 58:22

Sudah terang lagikan bersuluh, Allah itulah sumber inspirasi yang utama. Dengan ehsan-Nya.. semangat yang dialirkan dalam diri ini, membuatkan kaki dan tangan ini akan sentiasa menjadi anggota yang paling gagah di dunia tiada taranya..

Alhamdulillah. Laluilah tahun baru ini dengan berbekalkan semangat dari Dia, mengingatkan diri ini yang sentiasa perlu menjadi pendokong dan peneraju agama-Nya..InsyaAllah :))



9 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

Moga segala amalan diterima..

tidak mengira tahun baru atau lama..

dhiera said...

setuju dengan nuyui. baru atau lama tak ada beza tapi adakah amalan kite diterima? muhasabah diri untuk jadi lebih baik~

Iffah Afeefah said...

lepas ngis br lega ye tak

naim said...

Umat melayu kena di banteras sambut HappYn new year cara acuan yahudi..

kena acuan islam.. :)

Rai said...

insya allah..2012 tahun super utk kami!! go go..chiyokkk..

Nalisa Syahira said...

babai 2011 , semoga kita jumpa lagi .

mas saari said...

moga amalan kita makin bertambah di tahun baru ni...insyallah!

IMANSHAH said...

menghampiri hari lahirku ditahun baru

Yayan. said...

suka ayat tuu ^^