Friday, December 16, 2011

kuatlah!

Bismillahirrahmanirrahim..


Mungkin aku perlu katakan,
yang aku tidak lagi kuat,
walau hakikatnya kuat  diri itu, adalah lebih daripada apa yang disangkakan.

Kuat,
kuatlah!
Di dunia ini, hanya ada seorang "kamu" yang dilahirkan.
Tiada satu,
dua, atau tiga, atau berapa sahaja.

Yang pasti hanya ada,
1 ibu dan 1 ayah,
yang melahirkan kamu.
Maka, kekuatan kamu, hanya kamu sahaja yang memlikinya, tidak bagi yang lain.
Mungkin kamu beranggapan sama, tetapi hanya hati kamu yang mampu menawan kekuatan itu, tidak pada hati yang lain.

Setiap yang terlahir,
pasti ada bezanya.
Yang pasti segalanya adil, tidak pernah ada yang kurang walau sedetik di mana-mana corong mahupun pelusuk dunia Dia ini.
Kekuatan itu sudah ada di dalam hati kamu.
Jauh disudut hati kamu,
mungkin hanya kamu yang masih belum berjaya membuka, meleraikan ketakutan yang menjadi benteng kepada kekuatan itu.

Sudah berapa juta
manusia yang dilahirkan dengan penuh rasa bangga dan gembira,
melihat begitu wanita atau ibu itu sungguh kuat, disaat dia memberi peluang sikecil untuk menjadi pelengkap warga dunia ini.
Begitu kuat wanita atau ibu ini, tiada siapa yang mampu membangkangnya, kerana tiap antara kita datangnya dari rahim ibu yang berbeza.
Rahim ibu yang menyimpan rahsianya hanya dengan Pencipta.
Begitu kuat ibu kamu,
Begitu juga kuat hati kamu untul terus melangkah.
Kuat!
Kuat lah!


Nukilan,
aimieamalinaazman,
02.12.2011,Jumaat,
1.14am.




18 comments:

hira said...

yup. hanya kita je yang boleh kawal kekuatan kita :)

mas saari said...

kekuatan itu datang dari diri kita sendiri..

KaK LimAh Si SupiR said...

kuat lahhh ^_^

ShahzCudin said...

saya kuat, saya kuat, saya kuat!

maszull said...

assalamualaikum mimi...kita kena kuat mimi jgn mudah lemah akan semuanya...kekuatan itu satu cara yg boleh buat kita cekal...:)

Baha Andes said...

semangat... :)

fathiahRAIHANA said...

be strong :>

Nadzirah K. said...

kuat dan tabahkan hati :)

nur Muhammad said...

kekuatan untuk meneruskan kehidupan dalam dunia yang penuh dgn cabaran ..

Yatie Awang said...

hidup perlu ada keyakinan dan kekuatan itu akan datang dengan sendiri

FasiHaH SupiaN said...

kuat2! jgn mudah putus asa...syaitan sukaa

Bulan Syurga Firdaus said...

yakin la sahabat :) Allah sentiase ad dsisi ;)

Gen2Merah said...

kuatkan semanagt diri kita selalu

era kecik said...

kuatlah.. :)

SoLy SoLicious said...

be strong !! versi BI pulak..hihi

Iffah Afeefah said...

K.ngh kuaaat
trngiang2 oph ckp ngn kngh cmtu


ps siyes rse nk ngdu ssuatu

Bidadari Syurga said...

1st skali... kenapa akak rasaa kamu tiada kekuatan untuk bangit... akak terlepas apa sebenarnya mengenai kamu beberapa hari ni... seminggu barangkali... oh... harap kamu baik hendaknya....

farhana said...

Mungkin dengan menulis entry ni, dah masuk kekuatan dalam diri awak.
Walau apa pun yang terjadi, awak kena kuat untuk diri sendiri =)