Bismillahirrahmanirrahim..
Tak sepatutnya awak kat sini!
Tak sepatutnya awak kat sana!
Tak sepatutnya!
Tak sepatutnya!
Tak sepatutnya!
Arrrggghhhhhhhhh!!!!! Faham taaaaakkkkkk!!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Diri sendiri tak pernah nak salah, orang lain je yang MESTI salah. Kan? Hehe. Dialog kat atas tu, amik dari cite drama. Hehe. Dalam dunia ni, bape peratus gamaknya, diri sendiri nak mengaku kesalahan sendiri? Ce gitaw? Hehehe.
Teringat cite Tentang Dhia, beberapa ketol orang kampong cakap, “ diorang tulah bagi motivasi kat kami supaya kami boleh cerita pasal diorang,” gagaga. Bagi motivasi? Begitu nak menyalahkan orang lain, tetapi diri sendiri dok sebarkan cite tak betul kat orang-orang lain tu tak salah pulak ye. Haih, itulah norma masyarakat sekarang.
Gajah depan mata tak nampak, semut kecik cenonet nampak pulak kan. Mimi pun merasakan diri mimi sendiri macam tu. Tak yah amik cite lain, cite dengan adik sendiri. Adik tu dok diam2 je, tapi bile ada bende tak kene dalam rumah, mesti cakap adik yang buat, padahal diri sendiri yang buat.hehe. Jahatnyelah mimi ni.huuuu..
Dolu-dolu la, masa susah nak beralah dengan adik. Tapi sekarang dah kasi kurang la. Sikit. Sikit je.hehe. Ada lagi nakal-nakal. Tabiat cengginilah tak boleh dibiasakan. Sebab daripada yang kurang biasa, akan bertambah biasa dan akhirnya selesa untuk tidak men gaku kesalahan sendiri.
Mungkin nampak risiko nya macam tipis je. Tapi kalau dah terlebih selesa untuk tidak mengaku kesalahan sendiri yang melibatkan berlaku fitnah terhadap orang lain, tak ke naya orang yang tak bersalah tu. Maka terjadilah diri ini ibarat duri dalam daging.
Seronoklah gerombolan syaitan berparti hohahoha di sana kan. Nak ke macam tu?
Tak mo kan. Mimi tawu, semua manusia di dunia ni, masih ada sifat baiknya. SEkalipun kita jijik, kita benci, kita marah dengan perbuatan orang lain melukakan hati kita, melukakan hati kawan2 baik kita ke, biarlah dia berhenti disitu. Jangan biarkan rasa benci itu pergi ke tahap yang lebih mendukacita kan yang akhirnya memakan diri sendiri.
Kalau tidak mahu mengaku salah sekalipun, jangan ditabur pula kata yang “amat enak didengar” kepada orang lain. Tu bukan nak membaikpulihkan keadaan, tetapi mengharubirukan lagi keadaan. Mungkin hari ini kita selesa dengan taburan kata-kata fitnah, kata-kata umpatan tu. Esok lusa kita sendiri terbenam dek kata-kata kita itu sendiri.
Lagipun mimi ase tak de pekdahnya dok cakap yang bukan-bukan tentang orang lain untuk menutup kesalahan sendiri. Hari ni tutup salah. Esok lusa terbongkar jugak. Tambah kalau dok cite yang bebukan lagi bertambah2 malu kene tanggung dek badan. Rugi kan?
Maka, dok diam-diam. Senyap. Tak perlu nak cakap apa-apa. Kalau takut jadi bukan-bukan, jangan buat bende tak betul. Selamat dunia akhirat.
Kalau yang berani mengaku kesalahan sendiri, memang mimi salute toink2!! Suatu kepahitan akan berakhir dengan kemanisan. Pahit-pahit hempedu itu lah menjadikan tubuh badan sihat. Mungkin hari ini kita merasa malu dengan pengakuan kesalahan yang kita buat, tapi esok lusa kita akan merasa bersyukur dan melihat pengakuan itu suatu yang berharga di masa akan datang.
Wallahua’lam..
Yang ngarut,
12.37pm,
30112011,Rabu.
11 comments:
Sbb mnusie suke nmpk ngtf org dlu
kita selalu ckp psl org lain, tapi dr sendiri ? ish ish ish .
tabiat yg sukar diubah..
hmmmm
orang camtu memang selalu cari salah orang lain je..
Betul kate aimie ... susah nak jumpa orang selalu mengaku kesilapan ..kalau mengaku pun .. mesti 50 50 .. pandai je umi ni hihi :)
cewah.. pahit2 hempedu, sihat tubuh badan!
bukan senang nak mengaku berak tengah jalan wooo...hehe
nama pun manusia..ade je yg tak kena.. hehe so,marilah kita jauhi sifat2 yg xbaek itu sedikit demi sedikit.. :)
haha... biasalah tu... kalau dah buat salah biasanya rasa mcm tak bersalah je... kita pun kdg2 mcm tu.haha..
suka cari salah orang lain..hairan dengan perangai manusia sebegini...
huhu betul betul.kenape lah suke sgt cr salah org lain..diri sendiri lg banyak salahnya...
Post a Comment